Rahsia Tulisan Tangan...

Ok aku kena pecut laju-laju ni... malam nanti tak pasti boleh berblog ke tidak. Jadi sebelum aku frust menonggeng lagi dgn "tenet" aku, bek aku buat lagi satu entri. Mana datangnya idea aku nak tulis entri aku yang ni?? Yezzz, semalamkan aku tulis kad raya, (lama dah tak menulis guna tangan). Untuk pengetahuan korang aku ni KIDAL (left handed), jadi bila tulis besar-besar tangan aku cepat penat dan sakit. Dan sebagai keputusannya tulisan aku jadi tak cantik, sekejap ke atas, ke bawah, lurus, senget.. macam-macam gaya adalah.. ha ha ha.. Tapi masa sekolah2 dulu tulisan aku comel2 jer, kecik, sebab byk buat nota, kadang2 aku sendiri jer yg boleh baca tulisan aku. Cikgu aku selalu komplain dia kata "kedekut kertas" ha ha ha...

Ini lah tulisan "tak kerauan" aku ~ ko hade? kejap tegak, kejap senget, 
kejap huruf besar ha ha ha


Pas tu pagi tadi aku bw kat Telor Power punya entry (thanks ya TP, buat entry tu, walhal bukan le apa pun setakat postcard jer), tu dia "STEPEK" gambau tulisan tangan aku dia post... (SEBASAU-BESAU ALAM) adehhhh... malu aku.. tulisan kalau ayu tak pe, ni mengalahkan tulisan kengkanak RIBENA la pulak... Jadi sekarang korang tau la kan, aku ni left handed... jangan sekali-kali ko suruh aku tulis guna tangan kanan... harus tak ke mana... aku banyak kali cuba tulis nama aku guna tangan kanan, ermmm aku rasa... siput lagi laju kot.. ha ha ha... Kalau aku buat juga, tangan aku jadi geli (langsung x boleh tulis dan tulisan aku terus ke laut.. hancussss tak cantik gile ha ha ha) Ok! Enough of my handwriting, now i want to share with all... apakah peribadi korang mengikut bentuk tulisan... aku punya byk yang sama... especially yg part paling bawah sekali tu... MENULIS PENUH SATU MUKA SURAT ko hade??? Ko mampooo?? ha ha ha dah jom terjah...

Pusing sudut mana sekali pun tetap senget... 
macam tuan dia gak senget ha ha ha..


TULISAN BERUBAH UBAH

Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia
juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang
tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas.

Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

KECONDONGAN TULISAN

• TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

• CONDONG KE KANAN

Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan
cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

• CONDONG KE KIRI

Wah! Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

BENTUK TULISAN
• LEBAR

Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

• TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

• TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.

• TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

• BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.

• BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!


JARAK TULISAN

• TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia
sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan
apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada
orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

• TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

RUANGAN DI TEPI

Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:

• RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna
dia seorang yang berfikiran optimistik.

• RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

• RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan
yang sewajarnya.

• PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas
yang boleh dikongsi bersamanya.

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

28 comments:

  1. nak kene tgk tulisan sendiri skrg jugak...

    ReplyDelete
  2. Mrs. Eady: ha cek cepat... kot2 byk yg sama macam PPP ni :P

    ReplyDelete
  3. hehehe. Kak, Ety pun left-handed juga. tak payah suruh menulis, suruh Ety buat benda lain selain makan, kalau guna tgn kanan mmg confirm ke laut :)

    hehehe. dah detect, Ety yg mana. dan mostly betul la :)

    ReplyDelete
  4. Ety... kan..... seksa rasanya... tapi yang pasti kite... klw menulis penuh satu muka surat derang mampoo?? hade?? keh keh keh >..<

    ReplyDelete
  5. yeahh, jumpa lagi geng kidal :))


    ermmm, gua tak berapa setuju dgn analisis diagnosis tu . haha kbai

    ReplyDelete
  6. piraaa ko pung MAN KIDAL?? ha ha ha... ko abaikan jer le kalau ko tak setuju... yg pasti kebanyakkan org kidal ni fikiran pun agak kidal jugak kot?? keh3 >.<

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Saya yang, ruang kiri kanan sama tu kak..

    bermakna sy optimistik??

    Err... saya suka mistik2 betul la, tpi optimistik, entah le,keh3

    ReplyDelete
  8. mai pun kidal...dannnn eh tulisan kita nak sama la akak.eheee

    ReplyDelete
  9. kalau papari2putih nak tau lebih lagi, email dengan wa okay? take care dear

    ReplyDelete
  10. hurm..macam2 jenis tulisan ada

    ReplyDelete
  11. Sambil membaca sambil membanding tulisan aku yang condong ke kanan dan kecik serta berserabut..

    ReplyDelete
  12. tgk tulisan sndri, mcm pndai bergaul, tp bila tgk yg jauh2 tu, xsuka bergaul plak, ap kontra sgt ni, haha
    celaru personalitikah?

    ReplyDelete
  13. Hanif idrus: condong ke kanan = hehehe ada personaliti extro vert..maksudnya seorang yang amat mudah/bergaul dengan orang sekeliling. Tidak mempunyai masalah dalam berkomunikasi dan berkawan dengan orang baru. Mempunyai kawan yang ramai.

    Tulisan kecil = saiz tulisan tu ada saiz2nya tersendiri. sebab wa tak nampak tulisan hanif, so wa tak leh nak komen banyak. Tapi tulisan yang kecil ni menunjukkan seseorang yang mempunyai kemampuan untuk memberikan fokus yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Maksudnya, selagi tak siap, selagi tu kerja tu Hanif akan pulun suapkan hehehe

    wa suka dengan bidang grafologi (interpretasi tulisan ni) hehe kalau wa dapat tengok tulisan tu, lagi byk wa leh bagi info :) sorry sebab komen banyak sangat ye tuan rumah :)

    ReplyDelete
  14. trah zain: bukan macam tu sayang. bila memberikan interpretasi tulisan, seseorang tu mesti memberikan rumusan secara holistik. Maksudnya secara keseluruhan, bukan interpret tulisan tu satu demi satu. it doesnt work that way sayang. kena baca satu2 (saiz+kecondongan+pressure pen+ dan lain2 lagi) then buat rumusan.

    kalau interpretasi level tinggi, seseorang tu boleh mengenalpasti tahap stress penulis, kemurungan (depression), compatibility (keserasian pasangan) dan segala yang sama waktu dengannya. Banyak kegunaan bidang grafoloi ni :). Sorry sekali lagi ye tuan rumah, wa banyak bercakap lagi :)

    ReplyDelete
  15. Datin PPP

    kalau tulisan cakap harimau macam aku gimana pulak? hehehe

    kad raya aku nanti pls la jgn masuk blog... jgn buat macam TP hehehe... ekekekeke

    ReplyDelete
  16. tulisan aku tak cantik langsung, makanya aku tak hensem langsung...

    ReplyDelete
  17. sy tulis guna mesin taip..so cmne nk terjemah yer,hahaha weyh..ko kidal eak.. so kalo pelempang,guna tgn kiri gak ke? (nk prakts mngelak dari kiri ni,hahah)

    ReplyDelete
  18. Lana: Opss sikap tau la OPTISMISTIK tu rasa2nya lebih kurang mcm gymnastics la kot keh3 >..<

    ReplyDelete
  19. Cik Mai: Hang biaq betuui...na aku klw dpt nak mcm tulisan professor haa ko mampoo?? hi hi hi =..=

    ReplyDelete
  20. Azwa: Apa kata, senang2 aku HIRE ko jadi juru nasihat jer bagi ruang ni?? he he he sapa2 masuk jer bagi komen; ko reply balik dengan ko punya kepakaran dalam bidang "grafologi" ko ni?? kan?? ha ha ha aku HIRE je, gaji ko mintak le kat sapa2 yg nak tau makna dan kaunseling secara peribadi tentang tulisan derang tu kan... kelass ko JAH... he he he >..<

    ReplyDelete
  21. En.Del which one is yours...?? hu hu hu :p

    ReplyDelete
  22. Hanif ha pada tafsiran aku ko punya tulisan jadik cenggitu sebb jari2 ko jadi terketar2 tak lama lagi nak guna jari yg sama gak nak kuar duit kat bank bagi duit raya keh3, tu yg tak tentu arah jadiknya mua ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  23. Trah bukan apa... ko tu byk sangat berbloggging... dah tak tau yg mana satu jauh... yg mana satu dekat.. keh keh keh >..<

    ReplyDelete
  24. Datin Sri Nong INSYALLAH aku tak kan post, kecuali aku terlupa akan pesanan dikau ini mua ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  25. Nizam Ariff: bior tulisan dan muka tak cantik.. asal aja hati dan budi kita SUPERB! KO HADE?? ha ha ha..

    p/s: ko ni apa la... suka sgt merendah diri ko tu kan??? cubalah jadi bersyukur pada apa yg ada pada kita ni... :)

    ReplyDelete
  26. zaxx eh budak saiz baju XXXX keh keh keh... aku klw nak pelempang, aku tak kira mana2 sempat jer... tapi klw belah kiri lagi POWER ROOT la kot... tatoo yang lekat kat pipi ko nanti ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  27. potia: sila la buat ujikaji pada tulisan sendiri ha ha ha ppp punya byk jer yg sama lam ni :P

    ReplyDelete
  28. kdg2 sy tulis cntik, kdg2 ntahapa2.. so, susah nk puas ati dgn tulisan sendiri, huh...

    ReplyDelete