Berblogging Ibarat Air Pasang... Surut...

Aku rasa dalam dunia blogging ni... semua-semuanya berkait rapat dengan alam. Contohnya kadang kadang derang cakap mood "terjun ke laut..." mood "macam air laut kejap pasang... kejap surut...". Ha ha ha... itu termasuk jugak lah diri aku ni... Tipu la kalau aku cakap aku sentiasa ada mood nak buat entri, nak blogwalking, nak add follower and so on.. kan?? Aku pun terjebak jugak dalam kancah "mood terjun" ni... sebenarnya.


Kadang-kadang tu aku rasa macam tak nak update jer blog aku ni... biar kan aja.. bersawang... biarkan saja diam-diam kat situ... tak payah nak update... tak payah nak sibuk-sibuk tengok apa yang jadi... (kadang-kadang tu ada rasa jugak nak kebumikan aja ha ha ha)... bila dah menyampai ke satu-satu tahap (pada korang yg dah otai la kan) pasti ada perasaan mood "air pasang surut ni"... percayalah.. mesti ada punya... Salah satu sebabnya ialah, bila rakan-rakan bloggers tetap aku yang selalu kunjung aku, secara tiba-tiba menghilang, itu buat aku rasa betul2 kehilangan. 

Betul, mungkin ada yang berpendapat "alah.. kalau dia x de apa nak kisah?? Ramai lagi blogger-blogger lain yang sudi datang... Memang aku akui pendapat tu. Tetapi sebagai seorang sahabat alam maya... mereka2 yang sentiasa mengujungi aku itu lah yang amat berharga... Bila dah kebiasaan, dan secara tiba-tiba derang "menghilang" itu sedikit sebanyak, benar2 buat aku patah semangat.... bagi aku korang (bloggers yang datang ke blog PPP ni) adalah inspirasi untuk aku terus menulis dan menulis... 

Setiap komen-komen yang diberi umpama sumbu yang membakar semangat aku... (bagi aku setiap komen itu harus aku ambil berat... sbb walau hanya sepotong ayat atau perkataan adalah penting bagi aku... even they just leave smiley) Sebabnya bagi aku setiap komen itu bermakna blog aku diberi perhatian, itu cara mereka berinteraksi dengan aku sebagai pemilik blog.. dan kadang-kadang memang banyak jer komen2 pedas... tapi alhamdulilah aku jadikan ia sebagai satu perkara positif... lau ikut perasaan dah berpuluh-puluh kali aku SENTAP.. ha ha ha... 

Maaflah kalau enteri aku malam ni, sedikit sebanyak membuatkan korang rasa nak terlena dibuai mimpi (emotional sgt) ha ha ha aku kan manusia, tidak sempurna, tak lepas dari melakukan kesilapan pun :). Cuma kalau aku ni ada menyakitkan hati korang yg membuatkan korang x sudi lagi bertandang ke teratak buruk aku ni.. aku pohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, dan sekali lagi aku ingin nyatakan AKU HANYA SEORANG INSAN YANG TIDAK SEMPURNA. Semakin lama korang kenal aku, semakin banyak lah  kepincangan yang akan korang nampak dalam diri aku... tapi aku tetap bersyukur, kerana memang tak ada seorang pun di dunia ni, yang dijadikan SEMPURNA :)

Semoga aku akan terus berkarya di alam maya ni... dan semoga setiap karya-karya lusuh aku ni , masih ada yang sudi untuk meluangkan masa dan membacanya, dan supaya ia dapat dijadikan sebagai panduan, ambil yang elok dan selebihinya aku rela kalau korang abaikan... :)

Aku Hanya Ibarat Seekor Semut Hitam Di Dalam Pekat Malam

http://paripariputih.blogspot.com

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

13 comments:

  1. kuatkan semangat akak..jadikan SOMETHING yang boleh inspired akak untuk terus berkarya..akak ramai readers setia..percaya lah..

    ReplyDelete
  2. betul.. kadang-kadang ada rasa macam tu.. :)

    semoga akak sentiasa cekal dalam dunia blogging.. :)

    ReplyDelete
  3. zul selalu rasa cmtu kak...sebab tu zul jrg update tapi rajin jugak baca blog owg lain..heheh..terutama blog akak...akak idola zul sampai bila2 :))

    ReplyDelete
  4. saya ni hampir setiap hari akan rasa down dgn blog ni. tp kdg2 bulatkan hati gk utk terus, terus & terus berjalan walaupun belum mampu berlari.. ye, bukan kesempurnaan yg ku cari cuma cukuplah bila diri terasa dihargai.. thanks akak, i like ur smile

    ReplyDelete
  5. aku percaya dan aku setuju sngt

    bertahun aku menaip

    aku dapat rasa angin ribut taufan

    musim berganti msim

    idea surut kontang kering

    tapi y ade kawan2 y sentiase memberi senyuman

    #itula kepuasan blogging aku rase kini

    ReplyDelete
  6. blog gua dah sebulan setengah karam wakaka. ni timbul balik :)

    ReplyDelete
  7. happy bday to you.. eh apakah?? haha tetiba.

    kak sama mcm saya.. mood tetiba terjun dalam laut.. bila kakak rasa nak terjun dalam laut jgn lupa ajak aq skali ya.?? haha

    ReplyDelete
  8. betol3 .. dulu aku menghilang dan kau mencari2 aku. hehehe >..<

    teruskan berblog sygs/mama/bibik
    ekekee :P

    ReplyDelete
  9. aku lambat datang.. tapi jgn risau. aku pasti datang :D

    *faham ajalah mood berukband aku. kekadang byk nak tulis tapi line down :(

    ReplyDelete
  10. Dah kalau aku hilang sebab kerja, takkan kira hilang juga? Hahahah.

    ReplyDelete
  11. jangan biarkan blog anda diselubungi sawang sudah...

    teruskan usaha keras ppp !!

    jgn jatuh ...ppp ade pembaca setia mcm kiteorg.. kannn kannn kannn



    ReplyDelete
  12. sampai satu tahap patah hati nak berblog ni..huhu

    ReplyDelete