Mimpi Atau Deja Vu??

Déjà vu, merupakan sepotong ayat yang berasal dari Perancis, yang bermaksud secara literal "sudah dilihat", ia merupakan satu fenomena mempunyai sensasi yang kuat bahawa suatu peristiwa atau pengalaman yang sedang dialami telah dialami pada masa lalu. sepanjang hidup aku... banyak kali dah aku mengalami "deja vu" ini... 


Acapkali ia menjelma otak aku akan terhenti sedetik, dan mula berputar dengan beribu persoalan bertubi2 menerjah benak aku... dengan soalan2 yang aku sendiri tak terjawabkan... dimana, bila, bagimana, dengan siapa, pukul berapa... cuma setahu aku, apabila berlakunya "deja vu" aku pasti hanya mampu mengingati kurang dari 50% ingatan aku tentang peristiwa sebelumnya... dan sesuatu yang amat aku pasti, ialah  "deja vu" ni sering berkaitan dengan sesuatu yang indah ... (orang lain aku x pasti la pulak)...


Adakah mimpi tu boleh di catogerikan dengan deja vu?? Aku tak pasti... cuma dalam minggu lepas... Malam tu aku bermimpi... aku sedang memandu... melalui sebuah terowong... yang dipenuhi dengan juntaian-juntaian pohon-pohon renik, aku memandu dan aku tahu ada penumpang disebelah, cuma aku tak pasti siapa... dalam mimpi tu bila memasuki terowong tiba-tiba pandangan aku menjadi kabur... dan kereta yang aku pandu mengiring ke dinding terowong yang dipenuhi kabus... yg peliknya walau kereta hilang kawalan... (dalam keadaan bergerak laju...) aku seperti menungguh sesuatu yang menakutkan terjadi... seolah-olah menunggu untuk menghentam dinding terowong tersebut, masa tu (yg aku pasti dalan keadaan separa sedar ~ masa dalam tidur) perasaan aku.. dah semestinya aku akan ditimpa kemalangan yang teruk.. namun bila tiba di satu penghujung jalan aku terhenti dan aku tersentak.. peliknya tak ada apa-apa pulak yang berlaku.. apa yang aku pasti di hadapan aku ada kabus yang terang dan cahaya... dan sekelip itu juga aku terjaga... (aku tak tau apa sebenarnya mimpi aku ni)... barangkali aku terjaga antara pukul 2-3 pagi ketika itu...


Mungkinkah itu yang menganggu perasaan aku semenjak dua menjak ni?? Entah aku pun x pasti... aku harap mimpi aku tu hanyalah mainan perasaan dan mainan ketika "mati yang sementara" (tidur) saja... Aku hanya berserah pada Allah.. hanya dia yang maha mengetahui... semoga ada hikmah disebalik semua ni... (entah.. aku cuba tipu diri, tapi rupa2nya bukan senang nak tipu hati sendiri... ) aku harap biar perasaan ni berlalu cepat... sebab aku bukannya jenis orang yg sentiasa murung.. and i really don't understand my own feelings... right now... JIWA KACAU?? entah... sebab lately ni perasaan aku mudah tersentuh.... jadi aku harapkan doa kalian supaya aku dapat kembali ceria macam dulu2... insyallah amin....

hanya.padaMU.ALLAH.tempat.aku.meminta@paripariputih.blogspot.com

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

18 comments:

  1. PPP

    rilek la....mimpi mmg mainan tido
    jgn jiwa2 kacau sis

    ReplyDelete
  2. PPP

    rilek la....mimpi mmg mainan tido
    jgn jiwa2 kacau sis

    ReplyDelete
  3. sabar yew mama...nnt kita
    teman mama..eh? :p

    mainan jew tu..:)

    ReplyDelete
  4. dejavu diterowong yes bleh buat filem hehe

    ReplyDelete
  5. mama, jgn fikir bukan2 tau.. mainan je semua tu. :) mimpi,mainan tido..tapi mainan aku neelopa..eh? hahah doakan mama tak apa2:)

    ReplyDelete
  6. xda pa2 la tu kak.. ilek ye...

    ReplyDelete
  7. kadang salu gak rasa mcm deja-vu ni tp entah, misterius suggh rasa @,@

    ReplyDelete
  8. rilek je PPP .. toksah pikiq sangat naa. mimpi je tu,mainan tdo. cuma kite je rasa benda tu mcm akan terjadi tp harap2 ko "pulih" dari mimpi2 ngeri, hehe~~

    ReplyDelete
  9. perasaan seperti kdg2 kita mcm pnah pegi tempat tu.. pada hal tu kali pertama kita pegi situ.. ada rasa cmtu x? ^^

    ReplyDelete
  10. harap PPP ceria2 selalu hokey

    ReplyDelete
  11. aku kan. pernah rase bnd2 macam ni. tapi tu dulu. dan selalu jugak kene sebenar nye. peristiwa tu macam di filem kan balik. dan aku mcm buat ape y aku dah buat. dan orang2 yang ade dengan aku. aku ingat siape mereka dan mereka. dan selalu nye. mase 'mimpi' tu. ending die tibe2 macam laju sampai aku rase sesak. ahh aku x pasti tu ape. tp hakikat nye mcm tu. tp skarang aku dah tak kene lagi dah.

    dan ppp. mohon jgn murung. insyaAllah sume nye baik2 :)

    ReplyDelete
  12. kadang mimpi ni ada yang betull.. ntahler

    ReplyDelete
  13. Mungkin juga dejavu tu.. atau ada makna lain yg tersirat dalam mimpi
    wAllahualam ;D

    ReplyDelete
  14. mimpi je tu toksah pikir sgt

    ReplyDelete
  15. mainan mimpi smata2 atau mungkin petunjuk nk bgtau sesuatu...ppp try cari tafsir mimpi kt internet dan cuba try hubung kait mimpi ppp tu dgn tafsir mimpi tu mana la tau boleh bgi petunjuk utk sesuatu...

    ReplyDelete
  16. Mungkin Tuhan hantar mimpi untuk kita ingat padanya.. mungkin..

    *kalau mimpi hantu pula macam mana? letih lari di kejar hantu ekekeke.. ---> itu aku!!

    ReplyDelete