Perangai Org Perempuan Ikut Bentuk Bibir, Acano Tu??


Betul ke, orang kata kalau kita nak tengok sikap seseorang mompan tu, ada banyak caranya.. dan salah satu  cara yang kita boleh skodeng ialah, melalui bentuk bibir derang... jeng! jeng! jeng...!! ha ha ha (suke le tu kan, kaum-kaum adam)... Aku tak tau la.. tapi kadang-kandang benda2 tajul muluk ni, ada benar dan ada gak yang x leh dipercayai... 

Tapi  aku dah telek beribu-ribu kali dah bibir aku ni.. dan bila aku bandingkan dengan fakta atau rahsia yang dibagi.. kat bawah ni, keh keh keh macam  80% samo jer.. kecuali... bergantung pada orang lain... :P itu tak sama...  mua ha ha ha... nak tau aku punya no bapa?? Malu nak habak.. ewuuuu (tutup muko dgn tangan ala-ala cun le konon nye ha ha ha sila terjun dari katil korang skrg) aku nyer bibir #4 hu hu hu... korang nye no bapa la agak-agaknya kan?? 

Harap maklong... maklumat ni untuk orang mompan jer.. lau hang rasa hang tu mompan buleh le nak bandingkan mua ha ha ah.... ^..^ Sebab aku bz dan begitu malas nak menulis jadi aku tiru & tampal jer info di bawah ha ha ha:

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

#1 - Bibir segar dan kemerahan


Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri.

Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.

Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

#2 - Bibir yang biru (pucat)


Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

#3 - Bibir yang tipis


Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

#4 - Bibir yang mungil


Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

#5 - Bibir yang tebal


Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat.

Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak- anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen- control!

Bibir sentiasa terbuka


Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat.

Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri .

#6 - Bibir sentiasa senyum


Ha ha ha itu bibir Cik Senduk!!!! :P

Ini hanya sekadar suka-suka... jan pulak korang gi ubah bibir korang tu, semata-mata nak dapatkan bentuk-bentuk bibir yg konon2nya cantik peribadinya kan.. (jan la ubah pemberian Allah, kita dah cantik dilahirkan macam yang telah diciptakanNYA)...

aku.bersyukur.dgn.wajah.aku.thank.u.Allah
@paripariputih.blogspot.com

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

14 comments:

  1. wah gitu plak..

    *jom boikot sila rujuk entry baru phat ye PPP

    ReplyDelete
  2. no.3.. malu nak ngaku.. yang dikatakan tu betul semua. tp pling aq xbleh blah nafsu yg besar!! omg.. nnt nak tgk la bila aq kawin kelak.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Hahahahah... Mengikut kajian aku pula, semua perempuan senang dipujuk dan didenak. Hahah.

    ReplyDelete
  4. bibir cik senduk tu lg xble blah..bahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  5. wahh gua bibir mugil dan separa terbuka wahh wahhh kuat seks? wahh wahhhaiii bakal suami, wah wahhh manja, wahh, dibelai oleh pasangan wahhh,

    #muhun campak gua dlm laut merah sbb gedik overdose =.=

    ReplyDelete
  6. hahha kelakar la yag no 6 :P

    ReplyDelete
  7. hahahahha bibir wa pun mungil jugak haha

    ReplyDelete
  8. yg no 6 tu, gambar kemain lg. hahahaha

    ReplyDelete
  9. gua datang lg mengomen disebabkan tadak post lain yg diping, kasihan gua, harap mama tak tibai T_T

    ReplyDelete
  10. Ehhh tak ngaku la , maluu .. ekekeke :P
    tp yg pasti bukan bibir yg biru pusat. eee geli ! haha

    ReplyDelete
  11. saya pulak macam mana ye?? bibir saya seksi dan tebal. kuat seks jugak ke??hahahahahahaa.. (walaupun dah tau ni hanya untuk perempuan je)

    ReplyDelete
  12. erkkk...poning den nak memilih gini :p

    ReplyDelete
  13. gambar yang last tu Datin PPP. tak boleh blah btul hehehe

    ReplyDelete
  14. ppp, jika aku mipi last bibir tuh,aku cari ko eh...

    on my god..aku trauma!!!!!!

    ReplyDelete