Apa Kata Warna Tentang Personaliti Korunk.. CHECK IT OUTTT!!

Haisssy... mata aku ni dah berdabal aku tengok font kat screen ni... tapi ku kuat kan jugak demi nak menyiapkan "tesis" erk... dah macam student la plak.. kan... (dah le dengan rancangan tv yang membosankan dari pagi tadi... ni tengah citer Adnan Sempit...) bertambah sempit pala hotak aku tengok citer yang dah berpuluh2 kali main kat Astro, RTM, TV3 dan yg sewaktu denganya..

Ok back tu topik hari ni, ekceli aku nak share ngan korang tentang rahsia petua awet remaja eh.. ha ha ha AKU TIPU... aku nak share ngan korang.. macam mana nak kenal hati budi orang lain dan jugak diri sendiri... haaa... nak tau tak.. jom! jom! Meh kita cungkil taik gigi rahsia peribadi memasing... aku dah tau aku munyer.... i MAROON 5 eh i punya kaler MAROON you... ( he he he saja kasi besau sikit) kelasss.. Ada sapa-sapa yang same kaler dengan aku?? Mohon angkat ketiak ha ha ha... tapi ada sikit negative nye sikap aku tu kan... ko hade... ?? heh heh... (amaran jan la percaya sgt ni kajian jer bukannya 100% tepat hokeh).

Nah sebelum korang baca rahsia Rahsia Personaliti Melalui Tarikh Lahir Dan Warna... Sila Tengok Kat Bawah Ni Dulu... Bertabah Aku Buat Kaler Tu Satu-Satu Guna Excel (mohon click gambau utk enlarge)
 =..=



Ok.... Bila dah cari yang mana satu warna korang, mengikut tarikh hari lahir, kendian baru la bertabah membaca yang mana satu sifat dan kelakuan korang ek.. he he he good lucky draw eh... :P

MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi ja

P/S: HARAP MAKLONG DAN PAKLONG ENTRI NI HANYA UTK SUKA-SUKA, DON'T TAKE IT SERIOUSLY OK :)

i.am.who.i.am@paripariputih.blogpsot.com


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

34 comments:

  1. agak2 ppp leh teka sy kaler apa? hehe :) teka jgn tak teka

    ReplyDelete
  2. Anonymous20/10/12

    saya mmg suka kaler biru ~ dan kalo baca balik mmg betul pon..kah3...

    ReplyDelete
  3. saya suka warna biru tapi 31 March warna ungu.. so dah baca.. hehehe.. memang ada dalam diri.. tapi satu je tak setuju "kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka" :D

    ReplyDelete
  4. MIKO KALER ORENG :P ~ Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

    ReplyDelete
  5. Syakir Rahman BIRU ~ Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

    ReplyDelete
  6. Fiza Suhaimi Ungu?? Ok apa cantik gak kaler tu.. dah lah ada group band lagi ha ha ha KUMPULAN UNGU :p

    ReplyDelete
  7. mine blue...hehe ade 70 percent je btul

    ReplyDelete
  8. err..salah...sy punyer colorless..bhahahaha

    ReplyDelete
  9. kita suka kuning, gold, hijau, biru.. sume kita suka. tapi semuanya tak kena kak =) hehe

    ReplyDelete
  10. Edy Fee hurm can see that clearly in you... mmg pung suka seni :)

    ReplyDelete
  11. MIKO la la la la... gotcha.. ha ha ha (tak leh nak elak dah ni siap tilik ikut tarikh lahir ha ha ha) >..<

    ReplyDelete
  12. baby comel tak aci... (eh aci kat india ha ha ha) mana bule.. aku nak gak tau ko punya kaler hape?? =..=

    ReplyDelete
  13. erkkk...adakah ini cinta? hahaha

    akak teka zul apa?

    ReplyDelete
  14. Zul De Alexis bertabah aku carik b.o.d ang.. aku teka ni ang nyer he he he Warna buah limau (Lime)

    Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

    ReplyDelete
  15. aku warna ungu. Ada jugak betul.. kih kih.

    #da lama tak jenguk siini.. heee

    ReplyDelete
  16. hahha..ade betul..ade xbetul nyer..
    suke ayt mama..xyah caye 100% sbb xbtol pn..hahhaa :P

    ReplyDelete
  17. perpel mama.. owh, adakah aku seorang mata duitan??? owh tidak...

    ReplyDelete
  18. reen unggu ek??
    Ungu

    Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. ha ha ha betul la tu.. perahsia he he he >..<

    ReplyDelete
  19. Yana ko puji2 aku ni nak kaber line kan?? ha ha ha ko kaler hape? >..<

    ReplyDelete
  20. baby... ha ha ha muhun carik dato2 atau tansri tansri... ok?? ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  21. aku pong oren juga.... hurm.. susah nak percaya, dah percaya tus percaya smpai mati hehehehe...

    ReplyDelete
  22. Nong Anday hang boleh sekapal dgn si MIKO sude.. ha ha ha .. aku ni dlm list boleh bercaya ko ke atau tidak neh?? mua ha ha ha muhun mo jawapan sekadar segera... teeeettttttttttt! >..<

    ReplyDelete
  23. hangin satu badan??homaiigooddd-.-

    ReplyDelete
  24. wahh..anak mama kaler pink la :p

    Merah Jambu

    Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

    hehehe betul ke ni?haishh

    ReplyDelete
  25. gua hitam mama, hehe betoi lah tu, gua mmg xsuka sgt tolak ansur, related jugak dgn nama, zafira, maksud dia kemenangan. so logic lah kan gua xnk mengalah sebab nak menang je.

    tapi kalau sekali dah mengalah tu faham2 lah,kira gua dah jatuhkan maruah tahap agk rendah la tu. gua mmg tak suka gaduh2. kalau dulu mmg jgn harap la sekecik2 benda pun nak mengalah.

    skrg ni dah pandai kawal diri skit2, kot ye nak mengalah pun kena berbalah dulu, skit pun jadi lah :P

    bangganya gua sorg je hitam takde share dgn org lain :P

    ReplyDelete
  26. saye suke warne purple. yehaaa

    nak bgtaw MIKO warne putih. hihi

    ReplyDelete
  27. saya punya warna biru..tapi semua tak sama langsung pun..sobsob

    ReplyDelete
  28. Seronok membaca nie... Yahooooo

    ReplyDelete
  29. jatuh pada warna kelabu...
    pentingkan diri sendirikah aku?? haha!

    ReplyDelete
  30. aq kaler perang... mudah jatuh cintaa?????omg.. dunt blive. muehehehehe

    ReplyDelete
  31. nice info tapi untuk tirana aduka tak tepat bg graf tu..sory

    ReplyDelete
  32. nana warna kelabu

    errr...ada sikit yg betul..kekekekkeekkekeeke

    ReplyDelete
  33. aku hijau dan aku kira itu betul hahaha

    ReplyDelete