Jangan Nak Jadi Hantu!!!

Wah! Wah! Wah! Wah! Marah betul tajuk aku kat atas tu kan?? Siap ada tanda seruan lagik... Ha ha ha ye le... perkataan "HANTU" kan selalu dikaitkan dengan perbuatan yang jahat. Sebagai contoh: Sedang ko tengah duduk-duduk bersantai dalam kereta tepi padang bola, tiba-tiba PANG!!! Satu hingapan manja sebijik bola jatuh atas keta ko, yang tengah sebuk sekodeng awek-awek yang dok kat tepi-tepi tu... mesti le ko terekejut kan?? Dan dah sah sah akan terkuar ayat ni : HANTU PUNYA BUDAK!!! TAKDE TEMPAT LAIN KE NAK TENDANG BOLA?? Haaa kan?? kalau tak tepat pun, kira lebih kurang la kan... padahal yang tendang tu bukanya hantu, orang.. keh keh keh... 

Tapi yang aku nak story mory ari ni bukan le sebab aku nak tukar konsep blog PPP ni kepada blog SERAM-SERAM SEJUK... ha ha ha takde.. don't worry... aku masih belum tergerak dan tak  berminat nak tukar kerjaya jadik macam UNCLE SEEKERS :P... cuma nak beri peringatan jer kat kita (yang beragama Islam ni), mohon le korang prihatin sikit ye... bila dah tiba bulan October ramai le yang sibuk2 nak prepare untuk 31st October .. hari apa lak tu? Nak kata merdeka dah lepaskan?? Haa.. itu la dia.. menda-menda yang tak sepatutnya kita follow, itu le yang menjadik keutamaan kan.. Cuba aku tanya... bilakah tarikh AWAL MUHARRAM?? Aku rasa haraammmm, ramai yang terkial2 mencari kalender nak check tarikh tu ha ha ha.. apa kah??


Tujuan aku ni bukan apa.. harap-harap jan la ada di antara kita, yang dok nak sambut hari HALLOWEEN ni kan, yang disambut pada setiap pengakhir bulan OCTOBER.. dah berbuih mulut, dah berkali-kali tulis kat PISBUK, tapi masih gak ada yang tak amek POT... hurmm yang paling tak sedap tu, cara orang kita (yang beragama Islam) ni menyambut hari HALLOWEEN tu, mengalahkan orang depa... siap gi club lagi gitu.. kan, ko ada SENAH?? Nak gi clubbing sempena hari HANTU2 SEDUNIA ni??? Siap muka coreng2 tompok-tompok tahi unta... eh tompok-tompok darah gitu.. ala..ala hantu kak limah... ha ha ha apa kah?? Ok la ya, sebelum berceloteh secara  membabi buta (walaupun babi2 kebanyakkannya celik jer) aku ada lah buat sikit kajian.. kenapa dan apa hukumnya lau kita sambut perayaan ni... :) 


So mohon korang faham dan elakkan ya... sila baca info di bawah ni... dengan ucapan RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL :)

Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekukufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah.

Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir.

Firman Allah (yg bermaksud): "Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan  mereka pula beroleh azab yang besar (Surah al-Nahl, ayat 106).

Perayaan Halloween sangat sinonim dengan watak Jack O'Lantern, yang mana objek anthropomorphism-nya adalah ukiran buah labu yang menyala. Jom baca sejarah sambutan Halloween.

Perayaan ini disambut oleh golongan bangsa Galia kuno yang dikenali sebagai Samhain. Asalnya sambutan ini diadakan pada setiap hujung musim panas yang dipanggil Hari Samhain. Hari Samhain jatuh pada penghujung musim panas dan permulaan musim luruh dan dikatakan kaum Samhain percaya bahawa pada waktu ini batas antara dunia nyata dengan ghaib amatlah tipis sehinggakan roh orang mati dikatakan dapat menyeberangi alam kita.

Orang-orang Samhain akan mengadakan  perayaan besar untuk menyambut roh nenek moyang mereka yang sudah meninggal dunia. Roh-roh "diundang" untuk makan bersama, sedangkan roh yang jahat dihalau. Pemkaian topeng hantu dan mengerikan dapat mengahalau roh-roh jahat tersebut lalu menghalang mereka daripada mengganggu perayaan itu. Bermula dari situlah setiap perayaan Halloween orang memakai kostum yang menyeramkan, dan ada juga yang lucu.

Kenapa dinamakan Halloween? Bukan Samhain? Sebenarnya nama Halloween adalah usaha oleh gereja dalam menyekat perayaan Samhain yang dianggap bertentangan dengan ajaran agama Nasrani. Nama perayaan diubah dengan harapan orang-orang Samhain akan meninggalkan perayaan yang dianggap sesat itu. Namun, sehingga kini, perayaan Samhain tidak dapat diubah walaupun namanya sudahpun ditukar kepada Haloween.

Dah tahu hukum menyambut Halloween dan juga dah tahu asal usul perayaan Halloween ni kan (penat aku berusaha nak cari semua info2 ni tau) so aku harap info2 yang aku bagi ni terang dan jelas napa kita sebagai umat Islam haram sambut hari HANTU2 SEDUNIA ni kan??

aku.hanya.ingin.menyampaikan@paripariputih.blogspot.com


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

18 comments:

  1. thank syg sb sharing bt susah jer, tu la kdg2 xpham nape nk join skali bnda mcm ne tak cukup gaknya perayaan yg kita da ada

    ReplyDelete
  2. aq kak hanya tgk je laaa.. xminat pon nak smbut hari hantu2 ni.. xde mkna'y.. nnt silap haribln dok siok2 smbut hari hantu ada kak ponti dpn mataaa.. xhuruhara jd'y?? hahahahaha..

    baik duk uma tmbhkn amal ibadah.. ngaji quran kn??? ada jgk bekalan d akhirat kelak...

    ReplyDelete
  3. thxs for sharing PPP..
    and yes sampai skrng masih ramai lg "orang islam" yg suka sgt clbrt party Halloween ni..yg lg sadis nya
    kita(orang islam) yang paling semangat dari org yg bukan islam ni..TERBALIK dictukan?

    ReplyDelete
  4. ooo...mcm tu upe nye.Cik xpenah tgok pon owg smbut hllowen ne..apatah lagi nak smbut...Islam xde pryaan mcm tu.so tak payah smbut2 lah^^

    *jemput baca http://azlyiejah.blogspot.com/2012/10/warkah-buat-isteri.html

    ReplyDelete
  5. nauzubillah mintak dijauhkan dri club mlm

    ReplyDelete
  6. hana suka tengok hari hllowen dalam movie. Suka ja xpa kan. bukannya da pa2 pun. Macam kita suka perayaan tahun baru cina :) ada tarian singa ada itu ada ini

    ReplyDelete
  7. buat keje tak pekdah; macam pam tayar ketapi; sambut halowin apa ke jadah; kubur kata mai rumah kata pi.

    tenang-tenang la weh....

    ReplyDelete
  8. Salam Paripariputih...

    Halloween lah tu...hehehehe...Anyway Azera singgah & follow sini ye...

    Dijemput untuk join GA dari Azera....

    [GIVEAWAY] Kelasss Kau! Apa Rahsianya?

    ReplyDelete
  9. Org kita memang suka meniru..org putih buat halloween kita pun nak ikut juga. Bila betul2 kena sampuk hantu pandai pula cari ustaz...

    ReplyDelete
  10. kak PPP, terima kasih sbb berkongsi. saya baru tau ada org islam yg sambut hari hawaw yg ntahpape ni. maklumlah saya org kg, duduk kat kg jadi memang xde pendedahan pasal hari hantu ni.. pelik? kita kan ada tuhan ada Allah, ada Rasulullah.. nk buat pe dgn hari halo2 ni ye??
    errk maaf kalau ada salah silap :)

    ReplyDelete
  11. gud info mma.:) xmau sambut hantu2,heheh

    ReplyDelete
  12. gud info mma.:) xmau sambut hantu2,heheh

    ReplyDelete
  13. isyhhh holoween ni semua sambutan org putih.
    tak sure lah kristain di malaysia smbut atau tak?

    ReplyDelete
  14. Aku...
    Tak nak jadi hantu...
    Dan tak mau digelar hantu...
    Juga tak suka cerita2 hantu...

    ReplyDelete
  15. ntah apa ntah mindset rakyat malaysia skrg ni...tambah2 yg muslim pun gah juga sibuk nak sambut.

    semakin pelik skrg ni

    ReplyDelete
  16. salam..
    Tirana aduka singgah ingin bertanya khabar.

    ReplyDelete
  17. salam..
    Tirana aduka singgah ingin bertanya khabar.

    ReplyDelete
  18. baik.. aku janji tak akan jadi hantu hallowen..

    tapi dah lama jadi hantu komik.. yang itu masih tak insaf2 lagi sampai sekarang :p

    ReplyDelete