Bantulah Aku Membantu Mereka | Selamatkan PALESTIN

Bismillahirahmannirahim, Ya Allah... aku ini hanya manusia kerdil yg berhati besar, sesungguhnya aku ingin membantu saudara-saudara ku yg menderita di sana, sedangkan kami di sini masih bersuka-suka (ampun kan hamba mu ini). Ya Allah, bantulah kami untuk kami membantu mereka... aku tidak terdaya namun ini saja yg mampu ku hulurkan selain bermohon agar dipeliharalah mereka dalam setiap doa kudus ku. Semoga KAU memakbulkan doa-doa kami untuk saudara-suadara kami di sana. Amin.. amin ya Rabbal Ala min...


Assalamuaikum W.B.T

Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim kami melancarkan satu aktiviti amal yang dinamakan BANTU PALESTIN kami iaitu ahli GBS dan GROUP BLOGGER APAKAH? mengambil inisiatif mengadakan satu kutipan sumbangan untuk membantu saudara Islam di Palestin. 
Sumbangan ini terbuka kepada semua pihak sama ada blogger mahupun bukan blogger. Sama-sama kita berganding bahu meringankan beban saudara kita disana.

Info tambahan :
Sumbangan BERMULA dari : 21 November 2012 hingga 12 Dis 2012
Kepada yang sudah memberi sumbangan anda hanya perlu inform Yuyu Ali (Nur Maizatul Idayu Mazlan) dan Nabiel Faan (Nabil Farkhan Radzuan) untuk GBS dan MK Syahir (013-2757252) untuk Group Apakah samada secara PM di facebook mahupun mesej/hubungi no. telefon yang tertera di poster untuk memudahkan urusan sumbangan.
Anda juga boleh menyebarkan poster ini di blog, di facebook atau dimana sahaja.. 

semoga dengan usaha kecil kita ini dapat membantu Saudara Islam kita disana..
Derma ikhlas anda akan memberikan senyuman buat mereka disana :)
Segala budi dan jasa anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..

ringankan.penderitaan.penduduk.PALESTIN@paripariputih.blogspot.com


Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

14 comments:

  1. aku tak sanggup nk tgk gamba pon

    apetah lg nk share psl mereka

    #ckop sekadar doa...hurm

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. insyaAllah moga di permudahkan segala urusan bantuan mereka. share selagi termampu ye sis :)

    ReplyDelete
  3. Kesian mereka semoga kembali Merdeka!

    Saya nak invite semua reader untuk menyertai 1st Giveaway Blog Qashmere

    Banyak hadiah-hadiah menarik menanti. Cepat jangan lepaskan peluang.

    Thanks Sis

    ReplyDelete
  4. Doa juga merupakan sumbangan. Dan ya.. n3 ini juga adalah sumbangan.

    ReplyDelete
  5. sama2 kita membantu mereka..

    ReplyDelete
  6. yer.. sama2 kita membantu, wlpn hnya sekadar doa. yg penting kita ada usaha membantu.

    ReplyDelete
  7. sama-sama kita menghulurkan bantuan meringankan beban mereka..insyaAllah

    ReplyDelete
  8. DOA.DERMA.BOIKOT demi GAZA :') semoga rmai terdetik hati utk menderma..

    ReplyDelete
  9. semoga mereka di lindungi oleh-Nya...

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan :)

    Jom join Give Away dot my. 10 domain bakal di hadiahkan percuma. Easy n simple saje

    http://www.khairul-zamri.com/2012/11/give-away-dot-my.html

    ReplyDelete
  11. Marilah kita bersama-sama memberikan sumbangan kepada mereka.. disamping berdoa kalau ada kemampuan dari segi kewangan boleh sama2 menyumbang :) In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  12. hanya doa saja yg mampu mee sumbgkn.. Humm. Maklumlah goyang perut dan seisi organ dalaman saja kerja mee. Huk

    ReplyDelete