NU ZIME | Itu Aku...

As Salam semua, hari ni aku cuti... ada perkara yang harus aku selesaikan. Tapi sempat jugak aku buat satu entri, ini adalah entri ke dua aku untuk hari Selasa 27 November 2012. Ada perkara yang aku nak tanyakan pada korang, juga untuk aku kongsi... manalah tahu kalau-kalau ada pendapat yang boleh diguna pakai. Selalu tak, atau pernah tak korang terfikir apa maksud nama yang diberi pada korang?? Dan pernah tak korang dengar kata-kata yang macam ni: APA ADA PADA NAMA? Mesti pernah kan?? Yuppp... memang setiap nama ada maksud dan maknanya... Atau pernah tak korang rasa tak selesa dengan nama-nama yang diberi oleh mak pak korang tu?? Ha ha ha tak yah jawab pun aku dah tahu... and my guess sebilangan besar ada juga yang tak selesa dengan nama derang, sehingga membawa derang ke pejabat pendaftaran untuk menukar nama....

NU ZIME itu aku...


Tapi mungkin atas dasar alasan yang boleh di terima, seumpanya seperti; nama yang diberi itu mengaibkan seseorang (al maklum orang-orang dulu ni, derang tidak perlu susah payah untuk menggabungkan nama si suami & isteri sbg nama anak-anak mereka di mana, end up anak itu yg akan menderita akibat kepanjangan nama yang diberi sewaktu ujian nanti :P). Tapi aku juga pelik, kadang-kadang tu setiap nama mesti nak dikaitkan juga dgn nama ibu dan bapa. Aku bukan apa pertama kadang2 nama2 itu tiada maknanya... tapi itu hak masing2. Sebenarnya nama kita ini banyak mempengaruhi watak individu dalam kehidupan harian. Jadi bayangkan kalau nama yang diberi itu tidak baik maknanya... dan apabila disebut setiap hari... selama korang hidup aku rasa mungkin akan mendatangkan masalah jugak. Tapi apa yang aku faham maksud sebenar nama NOR ZAIMAH kalau di alihkan dalam bahasa jawi NUR ZAEMAH - CAHAYA PEMIMPIN... (walaupun ejaan nama aku tidak mengikut jawi) dan mungkin pengaruh dari nama aku itu maka aku mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin, tegas (tapi mudah tersentuh)... Dan nama ini jugalah yang aku pegang dari aku sebesar telapak tangan ibu sampai le ke akhir hayat aku nanti. 


Kalau harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Jadi impian aku, bila aku dah tak de nanti biarlah nama NOR ZAIMAH tu kekal di hati orang-orang yang pernah mengenali aku... biar sentiasa mekar di hati mereka.... biar nama itu meninggalkan kesan mendalam pada mereka.... ^_^. Dan selain dari nama itu aku jugak ada banyak nama gelaran yang aku dapat sama ada diberi oleh rakan-rakan atau aku yang sendiri menggelarkan diri aku... sbg contoh NU ZIME - ini adalah nama pena bila aku membuat lagu, ZAIMAH adalah panggilan di rumah, Jemah, Imah, Kak Mah ni memang nak kena cepuk dgn aku klw derang panggil aku cenggini ha ha ha, NOR adalah panggilan aku ketika di pejabat. Dan nama aku yang paling tip top sekarang ni kat blog-blog adalah mama ppp, noona, kak ppp, mama nor zaimah, kak periperi, datin ppp ha ha ha (mcm mcm korang ni kan??) tapi apa pun yang digerakan pada aku... aku tetap insan sama yg memiliki nama NOR ZAIMAH... itu aku pasti... walau apa jua gelaran aku dapat, aku tetap aku yang sama... cuma mungkin aku perlukan perubahan, aku perlu bertukar angin makan aku telah mengunakan nama pena NU ZIME di account FACE BOOK aku... harap korang akan adapt dgn nama baru aku ni ^_^

P/S: NAMA ANAK KU MUHAMMAD MIRZA YANG MEMBAWA MAKSUD ANAK YANG BAIK... (memang tidak dinafikan, dia adalah seorang anak yg baik) semoga kebaikan nama yang aku beri  itu akan berterusan sampai bila-bila... amin ^_^

nuzime.itu.aku@www.paripariputih.com

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

19 comments:

  1. nu zime tuh apa maksudnya??

    ReplyDelete
  2. @Syakir Rahman

    it's only a short form of nor zaimah ^_^

    ReplyDelete
  3. Best Entri mudah di fahami.. heheh..
    Nu zime tu unik gak tu... simple jer..

    ReplyDelete
  4. benar kata ppp.... apa2pun syukur kita ada nama yg baik maksudnya.
    yep...

    ReplyDelete
  5. Noona, aku igt Nu Zime tu sejenis makanan kesihatan..huhu.. Tp best r nama nu zime. Org xde panggil noona kak zai ke?

    ReplyDelete
  6. wah upgrade nehhh . nor zaimah = nu zime . hehe

    ReplyDelete
  7. Kdg2 ada ibu bapa yg memberi nama yg terlalu hebat utk ditanggung oleh si-anak. Misalnya anak lelaki diberi nama Jebat, tapi bila besar dia lebih suka memakai lipstik dan kain batik...

    ReplyDelete
  8. Mama.. Nama kita pendek je. Nama nk dekat2 dgn nama mama Nor Zaimah tu.. Hehe.. Kdg2 nama tu main peranan penting jgk.
    Tp xleh jgk nk salahkan nama bila mana perangai kita tu kita sendiri yg pilih.. Kan mama?

    ReplyDelete
  9. nama sebenar aku membawa maksud

    "keutamaan dan kelebihan" :D

    ReplyDelete
  10. aku stuju part anak ko tu

    memang baik
    kalo da baya aku, lame da aku meminang anak ko

    ehhh

    ReplyDelete
  11. si iffah nak meminang si Mirza? eh? ahahahahah


    PPP ni n3 kedua??

    ReplyDelete
  12. shortform rupanya..hahaha

    ReplyDelete
  13. disetiap nama ada makna..kena pilih betul2

    ReplyDelete
  14. bagi Cik Tulip nama yg diberikan juga 1 doa..mudah-mudahan peribadi kita juga seindah nama yang diberi

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum.

    Oh..cahaya pemimpin..hehehe ^_^

    Nu zime, bunyi macam animasi baru dari jepun,hekkk, hehehe. Asalkan ia tak membawa maksud yg buruk kira ok dah kak :)

    ReplyDelete
  16. padanlah pelik je sape pulak si nor zime nie.. skodeng2 baru tahu eh nie mama zaimah rupanya.. hehe. cahaya pemimpin :)

    ReplyDelete
  17. kalau sy panggil aunty boleh kan?? sebab sy jauh sgt umur dgn aunty..hehe...btw betul cakap aunty tuh..kdg2 nama itu melambangkan dan membentuk peribadi seseorang...heheh...tapi tak jugakkan..

    ReplyDelete
  18. akak tgh edit2 blog akak ker?
    sbb bila saya add akak dlm bloglist...
    ermmm dia tak detect new entri.

    ReplyDelete