Tolong Ingatkan Aku...


Dalam sehari dua ni aku rasa emosi aku tak stabil, kenapa tah… aku sendiri tak faham. Ada kalanya aku bergelak suka ria, dan adakalanya tiba-tiba hati jadi hiba… kadang-kadang walaupun diri berada di sekeliling umat manusia, dan dikelilingai orang tersayang, tapi aku tetap rasa sunyi dan kosong… Mungkin itu petanda aku dah lama tak berzikruallah kepadaNYA?? Mungkin jugak… sebab aku rasa, sebagai manusia aku sering alpa dengan tipu daya dunia, kadang-kadang terleka dengan kesibuakan diri, walaupun aku jarang meninggalkan 5 waktu ku, tapi masih lagi ada rasa kekurangan diri ini…


Aku juga macam manusia lain, yang sentiasa inginkan yg terbaik, untuk memperlengkapkan diri dengan amalan2 mulia, untuk dibawa ke sana nanti. Sebab aku sedar, sebaik kita meninggalkan dunia ini, hanya kain kapan, amalan dan doa anak yg saleh jer sebagai peneman di sana… Dan seperkara lagi, bila aku sudah terasa aku sedang berada di puncak, tidak kira dalam apa jua bidang yang aku ceburi, aku masih ingin tunduk ke bumi, sebab aku takut, aku takut akan jadi sombong, takbur, riak dan bongkak, aku takut aku akan jadi lupa daratan, jika ada pilihan aku hanya ingin kekal di mana aku berada sebelum2 ini, tapi dalam hidup, kita harus terus berjalan, mengikut putaran roda kehidupan…


Atau mungkin juga, aku telah banyak melukakan hati orang-orang di sekeliling aku?? Dan sebagai balasanya ini lah yang aku dapat?? Mungkin juga.. tapi siapa, dan apa yang aku dah buat?? Mungkinkah kerana keegoan diri? Ego kah aku?? Itu jugak aku tak mampu nak jawab, sebab aku tak punya sifat ego dalam kamus diri ni… 


Walau apa sekali pun keadaan aku ketika ini, kalau ada yang menggelarkan diri mereka teman dan sahabat, aku mohon TOLONG INGATKAN AKU… sesungguhnya aku ini manusia yg sering melakukan kesilapan… dan mungkin tanpa sedar “kesilapan-kesilapan” itu telah membuatkan semua orang di sekeliling aku menjauh kan diri… MAAFKAN AKU ANDAI AKU TELAH MELUKAKAN HATI KORANG… SEKALI LAGI AKU MOHON TOLONG INGATKAN AKU….


P/S: Penyesalan itu bukanlah perkara yang boleh dipermain-mainkan, sekali sesal, seumur hidup aku akan terhukum di atas penyesalan itu….

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

5 comments:

  1. kadang2 kita tak sedar kita dah kecikkan hati org...apapun kita hanya cuba buat yg terbaik..:)

    ReplyDelete
  2. Semoga cik pari pari putih sentiasa gembira dan tenang..

    ReplyDelete
  3. atau mungkin awak ada tertengking anak kucing jiran sebelah agaknya..hehehe

    ReplyDelete
  4. nana rasa cik ppp x de wat salah ape2 pon..jangan lah rasa macam tu ye..

    chill laaaaa :)

    ReplyDelete
  5. yg sebenarnya n3 PPP ini. telah mengingatkan aku juga..

    aku pun manusia yg mudah lupa.. alpa...

    jadi terima kasih utk n3 ini

    ReplyDelete