DAN SEBENARNYA | Tak Berapa Nak Sihat..

Assalamualaikum sume, ok aku happy sangat sebab aku dah kembali berblogging. Tapi aku masih tak puas hati sebab tak dapat berblog walking seberapa banyak dan memberi komen panjang-panjang seperti yang selalu aku buat. Tapi tak pe aku pujuk hati aku sendiri yang penting aku jengah blog kawan-kawan. (better dari tak de kan?)

Tapi apa kena mengena dengan tajuk aku kat atas tu kan? Ada sebenarnya... Apabila umur kita bertambah kesihatan pun makin berkurang ye dak?? Bukan setakat pandangan mata dah berkurang, stamina semua akan merundum juga. Memang kalau diperhatikan, dari luarannya sihat tegap.. tapi dalaman tu tak semestinya sihat kan.

Aku Selalu Ingatkan Diri Aku Tentang 5 Perkara Ni


Sejak kebelakangan ni, aku selalu sakit dada (penyakit lama menyerang balik aku rasa). Rasa sesak nafas bila duduk lama-lama. Doktor?? Aku dah pernah gi specialist, tapi semua kata ok, condition jantung aku ok.. and so on.. dah bertabah, dan macam-macam check up yang aku buat. Tapi sakit dada ni tetap mendatang. Dan semenjak kebelakangan ni makin kerap pulak. Mungikn sebab aku stress kot... Tapi aku rasa sakit dada aku ni ada berkaitan masa aku kecik-kecik dulu.

Dulu masa kecik aku pernah jatuh dua kali. Yang pertama masa aku naik buaian  kat taman, masa tu buaian tu tengah berada kat paras tinggi, entah macam mana genggaman tangan aku terlepas dari besi buaian, dan aku jatuh tersermbab atas tanah... sakitnya tuhan jer yg tahu. Tapi, nasib baik tak ada apa benda buruk yang jadi, aku memang terkejut masa tu. Beberapa minit lepas tu aku bangkit dan jalan macam biasa. Aku tak cakap dengan mak aku takut kena marah. Itu kejadian pertama.

Kejadian kedua berlaku masa tu umur aku 11 tahun kot, tak ingat sangat. Masa tu rumah kami renovation, so adalah tangki air lama tu kontraktor tu letak kat padang depan umah mak aku, and biasalah budak-budak, aku ni masa kecik-kecik memang lasak, tak reti duduk diam. Jadi aku pun naik la atas tangki air tu (aku buat-buat macam atas pentas, aku kan kuat berangan) entah macam mana ntah, tiba-tiba tangki tu tersenget (mungkin sebab kedudukan dia atas tanah yg berbonggol dengan batu-batu konkrit). So bila dah senget tu aku tak leh balance badan aku, sekali lagi aku terserembab, kali ni dada aku betul-betul menghempap tepat pada batu konkrit sebesar bola. 

Perghhhhhh! Masa tu aku ingat... nyawa aku dah berakhir kot.. sbb aku tak leh nak bernafas atau pun bercakap (dah la masa tu aku sorang2) kemudian aku diamkan diri beberapa minit.. lepas tu baru aku boleh bernafas. Tapi memang sakit sangat-sangat. Bila aku cerita kat parents aku pasal tu, derang bawak aku jumpa doktor. Tapi entah apa kena tah, semua wayar2 yg di letak kat badan aku tak berfungsi.. (dalam hati aku kata rasa macam wonder girl pulak eh).

Tapi itu beberapa puluh tahun yang lalu... dan aku harap penyakit aku ni sbb umur dah meningkat, bukan sebab dua kejadian tu... Anyway... kalau aku jarang berblogwalking tu.. harap korang faham la.. Cuma aku pohon agar korang doakan supaya aku sihat dan panjang umur.. Itu dah cukup memandai buat aku... So esok aku ada perjumpaan dengan adik-adik blogger aku, harap ini dapat memberikan aku semangat untuk meneruskan perjuangan aku ni... sekian dulu..


Dan Sebenarnya | Tak Berapa Nak Sihat 




Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

15 comments:

  1. Samalah...JR pun pernah rasa dada kurang selesa 2-3 bulan lepas, sampai sebulan tak mau hilang..on & off..Pergi check 2-3 doktor yg berbeza, jawapan doktor tetap sama: nothing to worry, semua OK..Tapi nasib baik sekarang tak rasa apa2 lagi...

    ReplyDelete
  2. sila jaga kesihatan ppp. kne ubah tabiat tidor ppp tu. jangan asyik tidor lamabat jer memanjang. tak elok. paksa diri utk tdo awal, bangun awal...DAN exercise la 2x sminggu. lari2 keliling kolam renang pon dh ok...

    ReplyDelete
  3. @Jay Ar

    Agaknya makin meningkat umur kita makin mcm2 penyakit yg tak pernah kena pun mula dtg kan JR... ??

    ReplyDelete
  4. @kopi pasta

    Insyallah Miko tapi as you know ppp ni buka tak mo tidor awal... tapi masalah insomnia yg makin teruk... anyway i will try... follow ur advise...

    ReplyDelete
  5. aku sebenrnye nk wat komen sedih2..skali bace miko nye komen terus tergelak

    ape kes nk berlari kat tepi? baik berenang je dlm kolam tu. bgus untuk jantung..

    btw beb, ko kene xray la kot kalo cmtu. buat medical checkup penuh...

    dan betul kate miko, pakse diri tdo awl...

    xckop tdo, akan letih, penat, emosi tak tentu, hormon xstabil pastu ko akan rase lg tua dr usia

    so jage tidur, jaga makan, jaga ksihtan

    walaupun aku sayang beto, kau pon aku sayang ehhh

    ReplyDelete
  6. @Iffah Afeefah

    I'm touch... aku tak janji aku boleh ikut 100% nasihat tu but i'll try my best.. thanks Iffa.. aku tahu itu me too ^_^

    ReplyDelete
  7. mohon jaga dri sebaik yang mungkin kak.... syg kak pp

    ReplyDelete
  8. semoga baik2 aja ye.. huhu.. maaf lama x sempat singgah blog otai nie :) busy baru start keje

    ReplyDelete
  9. @MawardiYunus

    thanks... sokey faham ^_^

    ReplyDelete
  10. 4 minggu demam ..ain betul2 rasa umpama nyawa dah nak berakhir....hahaha..tp minggu nie dah makin surut..kepala pulak pening lepas hadam berpuluh puluh ubat...

    ReplyDelete
  11. 4 minggu demam ..ain betul2 rasa umpama nyawa dah nak berakhir....hahaha..tp minggu nie dah makin surut..kepala pulak pening lepas hadam berpuluh puluh ubat...

    ReplyDelete
  12. 4 minggu demam ..ain betul2 rasa umpama nyawa dah nak berakhir....hahaha..tp minggu nie dah makin surut..kepala pulak pening lepas hadam berpuluh puluh ubat...

    ReplyDelete