RAHSIA | Apa Kaitan Cara Makan Dgn Peribadi Si Dia

Ceh! menabah aku nak letak tajuk kat atas tu... =..= macam novel cinta plak aku rasa. Maklum la dalam minggu ni, aku sibuk melayan tetamu-tetamu aku, kat GROUP MASIH CINTA dalam FACEBOOK. Tiap-tiap hari aku pulun dengan ayat-ayat "JIWANG KARAT" sampai terbawak-bawak lah dalam percakapan harian eh.. ha ha ha (yang ni aku TIPU). Tipu tak tipu gak la.. tapi separuh-separuh tu aku cedok dari pengalam hidup agagaga... MANUSIA DAN CINTA... memang tak leh terpisah kan?? 


Dah! Jan ko layan merapu aku kat atas tu. Senang citer, hari ni punya entri, aku nak share dengan korang satu rahsia TOP SECRET. Aku tak tahu la, kot-kot dah ramai yang tahu benda ni ke tidak kan? Tapi aku rasa, RAHSIA ni tak lah 100% boleh korang caya bolat-bolat. Tapi bila aku amat-amati, kat orang-orang yang aku pernah jumpa, tak kira la lelaki ke mompan, macam lebey kurang ada jugak la kesahihanya tu.. ha ha ha sabau jer la ye... pada sesiapa yg pasangan dia makan  dengan cara yang tak berapa korang suka. Mohon bertabah yew! Sebab dalam tips kata bawah ni kena ingat... walaupun dia makan cara tak elok, tapi rahsia dia tu, macam cun jugak... tak caya?? Cer korang korek RAHSIA tu kat bawah ni...  Selamat memerhatikan orang makan ek?? Ha ha ha ha ^_^

1. Cara Si Dia Makan: Makan dengan tenang.
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih minat dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya!

2. Cara Si Dia Makan: Asyik belek makanan.
Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. Jadi, usahlah diragukan cintanya!

3. Cara Si Dia Makan: Serius ketika makan.
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi wujud di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu hilang sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

4. Cara Si Dia Makan: Makan sambil borak. 
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. Angin satu badanlah pulak!

5. Cara Si Dia Makan: Makan sambil kerap tengok jam. 
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak dikejar. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti on time dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

6. Cara Si Dia Makan: Makan sambil merungut. 
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Biasalah, dia jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!


PENGAKUAN IKHLAS AKU PUNYA NO 4 HARAP MAKLONG HA HA HA 
(beza selalu makanan aku tak pernah tak habis agagaga)

Rahsia.Peribadi.Si Dia.Melalui.Cara.Makan
@

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

13 comments:

  1. Mv pula no.3 tp kadang2 ada feel yg no.6,,huhu

    ReplyDelete
  2. @Mrs Velentine

    wah wah wah bagus tul.. dia... ha ha ha klw aku mentabah jer nak makan cenggitu :P

    ReplyDelete
  3. aku makan cepat. acener tue?

    ReplyDelete
  4. aku makan cepat. acener tue?

    ReplyDelete
  5. aku makan cepat. acener tue?

    ReplyDelete
  6. err, kalau makan sambil meniarap acanor pulak? mniarap gaya bebas...

    ReplyDelete
  7. @Lelaki Ini

    ha itu dah sah sah le ko masuk dlm categori yg no 5 ha ha ha kemaheng ^_^

    ReplyDelete
  8. @kopi pasta

    Erkk... miko itu ppp teka dia masuk dlm categori no 1 sbb dia meniarap tu sbb dia nak focus pada tulang2 ikan tu yg terpaksa meniarap serius tu klw dia makan tu ha ha ha ^_^

    ReplyDelete
  9. aku agak aku orng y suke berborak

    ReplyDelete
  10. @Iffah Afeefah

    ko sama le ngan aku weh.. ha ha ha mmg pun dua dua sengal baban ekeeke

    ReplyDelete
  11. disebabkan sy seorg yg ayu (sambil letak tgn atas bahu) maka jatuh ke kategori no 3... bab mkn mesti kena serius beb.. sedap tu. tambah2 time laporrrr...silap2 kalau ada mak mertua lalu belakang pun tak perasan..hehehehe

    ReplyDelete
  12. Saya macam no.3. Tapi kena tanya kawan2 untuk confirm balik! :)

    ReplyDelete
  13. Am kalau makan mestila bersepah, macamane tu ek? Memang dari kecik kot, segan nak makan depan orang.

    ReplyDelete