PERSONALITI | Andai Aku Seorang Retis..

Perghhhh! Tajuk entri mentabah tak hengat kan?? Andai Aku Seorang Retis... (ada ati gak nak jadik retis si PPP ni kan) ekekekekek... tersembur nasik ikut hidung, kalau mak pak aku baca menda ni. Ye le... itu masa aku muda-muda dulu... masih ingusan hijau mcm cendol erk...  Mana tak... bapak aku penat-penat bekerja cari rejeki... bagi aku duit suh belajar... tup-tup nak jadi retis... mak pak mana yang tak tensi kan?? hehehehe. Aku masa muda-muda dulu bukan betul sangat pun kepala aku ni... hahahah.. buka tak betul "psycho" tu... tapi ikut kepala hotak aku le... 

Mungkin kalau aku RETIS sekarang ni.. 
wajah aku dah tukau jadi macam SELIPAR JEPUN, 
cucuk sana, cucuk sini... naik senget-sengat mulut aku 
bila tengok gambau kat bawah ni hahahaha tolong la..


Aku ni pelajaran memang tak ada... setakat SPM gred 2 jer (itu pun tak tahu macam mana gak aku boleh dapat gred 2) Padahal masa exam, mak aku mentabah suh aku baca buku, bila dia masuk bilik jer aku cepat-cepat pegang buku (tapi kat dalam buku tu gambau pak we aku, he he he boley?) Orang kata kalau dah takde minat tu, ko antau le Aaron Ajis sekali pun jadi cikgu aku, haram... memang tetap tak nak jalan gak kan? Sila-silap hari bulan, si Aaron Ajis tu yg couple dengan aku eh! Ha ha ha ha...

Ni aku teka... gambau kalau tetiba aku dah insaf 
dan jadi seorang GURU.. cewah... sopan jew hahahah 


Nak dipendekan citer, bila sampai hari keputusan SPM diumumkan, aku pun dengan hati yang tak de hati sebenarnya, gi la ke sekolah... tapi sebleum tu aku sempat cakap dgn mak aku: "Mak ni kalau tak lulus, boleh tak kerja kat GLOBE SILK STORE (kedai kain paling popular masa tahun 80'an dulu)"... lepas tu aku siap bagi tahu mak aku option lain, aku cakap "Kalau tak dapat kat GSS, kat Shell pun jadik la ye mak?"... Mak aku dari dapur mentabah jer dia jawab "Sukati ko ler" (hahahah nampak sgt dia malas nak layan kepala aku yg ngek ni).. 

Yang ni plak.. aku teka, mesti gambau aku masa jadik model 
kulit novel cinta.. hahaha siap ada muka dalam munga ROS lagik... 
kelasss gitu.. ko hado ekekekeek


Sekali bila dapat keputusan... aku lak balik terkejut... hahaha dapat GRED 2... kira ok la tu... sedang2, itu aku main2 belajar dapat GRED 2, kalau aku buat betul-betul  harus le dapat GRED 1 kan?? Hahaha.. dan bila dah dpt keputusan tu kat kepala aku benda lain tak ingat dah... berlegar-legar aku berangan, aku kata lepas dapat keputusan SPM klw tak dpt gi mana aku nak jadi PENYANYI... macam Sheila Majid (memang  peminat fanatik dia dulu aku ni), lepas tu aku pasang angan2 nak jadi PENARI DBKL (sebab apa, sebab sambil menari boleh gi melancong perghhhh)... lepas tu tak cukup tu.. berangan pulak nak jadi PELAKON ekekeke... (banyak tul angan-angan aku kan), satu lagi aku berangan nak jadik MODEL (sebab apa? Dapat masuk majalah hahaha) dan angan-angan aku yang last sekali aku mentabah nak jadik PRAMUGARI (ni pun sebabnya aku suka naik kapal terbang dan boleh gi travel around the world).

Tapi nasib tak menyebelahi aku... sebab tak sampai beberapa bulan tu aku diterima masuk ke ITM KUANTAN (dalam jurusan DSS, Diploma Secretarial Science)... perghh... aku punya la berat hati nak gi... sebab satu hapah pun cita-cita aku nak jadik RETIS tak tercapai... sabau jer la... dan aku pendekkan citer... memang aku tak habis belajar pun (dua sem jer) sebab aku tak minat, aku lebih menjurus nak kerja sendiri. Lepas dua sem tu, aku slow talk dengan mak dan bapak aku, kata aku nak kerja... Pas tu aku rasa derang pun tahu "buang karen" jer kalau aku teruskan pengajian.. dan dari situ seawal umur aku 19 tahun, aku dah mula bekerja dan pegang duit titik peluh aku sendirik. Dengan berbekalkan gaji RM400 sebulan,  sebagai penyambut tetamu, aku belajar, kaut pengalaman banyak2, dan tempoh aku bekerja tu, semua angan-angan yang aku pasang tu dapat gak aku tunaikan walau pun tak sampai ke puncak kecemerlangan, tapi semua aku dah merasa. Aku dapat jadi Model untuk NOVEL CINTA - KELUARAN VARIA POP, berlakon dalam FILEM SUCI DALAM DEBU, penyanyi AKU JAMMING dgn LIVE BAND (tapi satu hari jer hahaha), PRAMUGARI aku berjaya dalam temuduga, tapi kat ground sebab aku tak ada ketinggian cet... mencik... 

Lastly aku jadik diri aku sendiri ^_^ (ini yang terbaik untuk aku) aku gembira dengan hidup aku sekarang, walaupun aku bukan retis sebenar, 
tapi aku adalah retis di hati kawan-kawan aku, suami dan anak aku... yay!



Jadi kira semualah apa yang aku angan-angankan tu, akhirnya dapat gak aku tunaikan walaupun tak secara serius.. tapi bila aku kenang-kenang balik, ada baiknya gak aku tak jadi  salah satu kat atas tu, kalau tak maybe aku tak jumpa le kawan-kawan blogger kan.. Silap-silap ari bulan kalau aku jadik retis... habis dah muka aku jadi macam selipar Jepun, ye la.. botox sana, cucuk sini, operate sana, operate sini.. hahahah kan?? Jadi syukur alhamdulillah, sebab walaupun aku bukan SEORANG RETIS untuk umum tapi aku adalah RETIS kepada suami, anak, keluarga dan parenst aku.. hahaha ok la tu kan??? Dalam hidup kita ni, kita perlu ada angan-angan untuk berjaya, angan-angan tu adalah pemangkin semangat untuk kita capai cita-cita kita tu... eh.. agagaga...

Andai.Aku.Seorang.Retis.@www.paripariputih.com


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

25 comments:

  1. wahh tahniah2 :D

    ReplyDelete
  2. Ehh . FIRST ^____________^

    ReplyDelete
  3. @Cik Pensil

    tahniah?? eh.. hahahah

    ReplyDelete
  4. agagaga .. angan2 itu perlu.
    sikit lg nak jd retis sebenau.
    kalau lah ko jd retis aku tompang femes ok dak?
    hahaha.. tp muhun jgn cocok2.haha

    ReplyDelete
  5. @michelle De hunny

    hahaha klw aku jadi retis aku rasa aku cuma kena manuk dan itit jer mici ekekeek >..<

    ReplyDelete
  6. I datang ! I datang !

    Fuhh fuhh setelah sekian lama jadi Silent Reader je kat blog akak, kat FB, Ety kembali mengomen. Cewahh. Macam buat comeback. Hahahaha :D

    I pandang you dari jauh je tau, stalk senyap2 je, jadi paparazzi you, sbb I tahu you retis terkenal. I segan nak approach. Hahahah.

    Kejadah apa Ety merepek ni.

    Betul tak, jadi diri sendiri itu yang terbaik. Yup! Kita jadi retis untuk orang-orang yang kita sayang.

    Kak, gambar yg kat bunga ros tu, mmg betul2 boleh buat kulit novel laaa. Ety sukaaaaa. Aucak aucak ! :D

    ReplyDelete
  7. @Ety

    erk kemaheng ko ety... sejak bila ko segan dengan aku?? mencik ah... hahahah mohon rajin-rajin tegur aku yg bukan retis ni ek... agagaagaga welcum back aummmmm hahahaha

    ReplyDelete
  8. tak syok la jadi retis.. nanti gosip2.. nnt PPP yg tension..ahaha

    ReplyDelete
  9. @Nana Liena

    aku tak jadik retis pun dah kena gossip gak nana eh... hahahaha

    ReplyDelete
  10. oklah nak sign boleh...takpe..dlah retis blogger...gituuu

    ReplyDelete
  11. kalau la ppp ni retis, mesti ppp takkan kenal ngan aku yang kiut miut ni kan.. rugi tau sbb aku ada bahu yang menjadi kegilaan ramai.....hihihi

    ReplyDelete
  12. @xila dot

    meh meh mana ko nak aku sign? LOL

    ReplyDelete
  13. @Dik bee

    dik bee muhun pada yg asik nak numpang bahu tu.. tak kan asik nak umpang jer... booking la dulu eh.. hahahahaha

    ReplyDelete
  14. hahahaha.. byk gak angan-angan Datin PPP ni ye kekekeke..

    ko memang retis la Datin PPP,
    kat Masih Cinta tu ko memang retis kan.. kekekkeke


    ReplyDelete
  15. Hehe masih berminat nampak...

    ReplyDelete
  16. @Nong Andy

    begitulah nampaknya datin hahahah kawan mu ini mmg kuat berangan :P kat masih cinta tu sbb aku admin jer.. lau tak haram jugak org tak kenal aku ==

    ReplyDelete
  17. @paripariputihahaha..tapi tapi tapi kan..kalau jd retis lg hebat dugaannya..huhu

    ReplyDelete
  18. aku xpenah jdi retis dan tak teringin pon

    kbai

    ReplyDelete
  19. @Iffah Afeefah

    aku ingat lepas ni aku nak jadi PM mompan Malaysia yg pertama la mohon ko undi aku eh :p

    ReplyDelete
  20. andai ko retis , ko kompom tak kan kenal kami2..

    yela pasni nak mitak sign....


    ehhhh..

    hahhahaha

    ReplyDelete
  21. aku suke pic ko pakai spek besar aku..hehhehe..kiut..

    ReplyDelete
  22. @Cik Zaitul

    sebab tu aku tak jadi retis jai.. sbb memang kita berjodoh utk berjumpa dan jadik bff ^_^ syukur la kan eh.... hahahah sepek tak dek cermin agagagaga

    ReplyDelete