Rombongan Kak Limah Pulang Ke Ganggang SEGAMAT - PART 1

Perggghhhhh! Nampak sangat dah lama aku tak masuk rumah, eh masuk blog aku. Usahkan sarang labah-labah, sarang anaconda pun dah bergayut-gayut sana sini (hahahaha sila muntah aku tipu jer tu). Ni dengan lapang dada dan lapang hotak... baru le aku ada masa nak mengupdate apa-apa yang patut. Mana-mana yang dan ketinggalan keretapi tu, harus la aku kejar, lau tak nanti tercicir lagi. Sebenarnya banyak sangat benda-benda yang aku nak buat dalam bulan lepas tergendala, disebabkan kekangan masa yang sentiasa 'jeles' pada aku yang begitu berharga (sila muntah sekarang ekekekek). Sebenarnya bukan apa.. dah lama sangat aku abaikan blog PPP ni, sebab aku banyak urusan kerja, dan aku lebih banyak tumpukan masa aku dengan "bergelumang" di Facebook... nampak tak permainan aku...?? Nampak sangat aku "MENGANAK-TIRIKAN" blog aku ni kan?? Nasib aku cepat sedau diri dan kembali ke pangkal jalan.. ekekekekek itulah yang dapat nama entri KAK LIMAH PULANG KE GANGGANG... la la la la la ko hado?? Ha ha ha ha.. ok TAK LAWAK (mohon sekeh aku limaanamplo kali) grrrrr... Sebenarnya aku dah plan dari awal tahun lagi nak balik ke kampung sebelum cuti sekolah, (yg baru start hari ni ~ aku suka bila cuti sekolah sebab jalan raya macam aku yang punya mueh heh heh heh)... so jom aku pendekan citer yang panjang. Jadi untuk memeriahkan lagi suasana balik kampung yang tak ikut landasan ni, maka aku dengan sengal hati telah mengajak geng-geng blogger senget aku pulang ke ganggang... hurm.. bila dah dengan derang, Kampung Sermin yang sebelum ni sunyi, tetiba jer bertukau jadi macam pesta... ko hado?? Ha ha ha ha... siap mak pulis datang buat serbuan masa kami balik ri tu, (la la la la la aku tipu... mak pulis tu kakak ipau aku, hahahha sila sekeh kepala masing2). Ni aku bercerita pun dah panjang lebau kan? Jadi aku pendekkan la ek.. korang tengok gambau udah le kan?? Jom layan citer BOLLYWOOD ROMBONGAN KAK LIMAH PULANG KE GANGGANG TENIS SEGAMAT

Hari Jumaat malam tu macam biasa la... kiterang adakan majlis 'MEREWANG', ko tak tahu apa itu merewang mohon cari dalam google. So bebudak ni, kalau dah merewang dan sah-sahlah kena berkemah kat rumah aku, sebab katanya aku harus bangun seawal 5 pagi untuk buat nasi goreng 'KAMPUNG' yang akhirnya jadi nasi goreng 7 pagi ekekekeek (la la la la la UMAR mohon jan sekeh aku hahahahha)


Yang anak-anak dara ni IPAH, JAITUL, DIK BIK, AIN derang buat kontrak perap "CHICKEN DRUM STICK" utk majlis isi perut BBQ malam esok. Nampak tak permainan dia?? Aku dengan si UMAR, cuma amek kontrak sediakan bahan-bahan nasi goreng kampung je la la la la la 


Selain dari BBQ, NASI GORENG KAMPUNG dan SALAD, kiterang dah berpakat-pakat nak jual burger kat simpang KAMPUNG SERMIN tu selepas upacara BBQ tu nanti, itu yang siap beli burger ayam daging dan hotdong (hahahah sila jangan percaya yang ni pun aku rasa macam aku tipu jer ni la la la la la)


Entah macam mana aku boleh terlajak lak bangun, maybe penat kot sebab start dari balik opis sampai ke subuh aku terkejar sana, terkejar sini.. sampai aku ingatkan suara si UMAR kejutkan aku pagi tu, dan macam bunyi suara ayam serama lak.. aku pun dah "kompius" yang mana bunyi suara UMAR, yang mana munyik ayam serama... ok tak LAWAK == (tapi alhamdulillah sempat la jugak aku masak nasi goreng kampung aku tu kan, so gambar kat bawah ni masa kiterang bersiap-siap nak gi dah.... jadi bermula la EKSPEDISI ROMBONGAN KAK LIMAH NI)....


Sebelum berlepas kiterang sempat servis keta sat, isi air, isi minyak la mana-mana yang patut. Dan paling penting kiterang sempat isi perut memasing meh meh meh... Hari tu kiterang bawak dua biji keta jer, yang anak2 dara naik keta  pesona, si UMAR yg jadi pemandu, aku Dik Bik, cik Somi dan anak satu kereta dan aku la yg jadik supir.. macam besa la aku kan superwomen eh....


Alhamdulillah cuaca hari tu memang awesome sangat-sangat


Sepanjang perjalanan tu, budak2 yang follow belakang keta aku dok sms suh aku bawak laju sikit... ko nampak tak permainan derang?? Suh warga emas macam aku merempit... sengal....grrrrr...


Yay! Dah sampai destinasi pertama... oleh sebab kakak ipar aku yg no dua tu umah dia paling jauh dari kampung maka kiterang berpakat2 (padahal tak tanya pun derang suka suki aku jer bawak derang ekekekek) kami pun sampai lah ke destinasi pertama iaitu BATU ANAM...


Lepas menyinggah kat BATU ANAM, jadik sampai le kami semua ke destinasi yang di tuju.. iaitu KG. SERMIN, SEGAMAT, JOHOR... elok-elok jer kami melabuhkan punggung ke rumah pusaka En.Somi... tiba-tiba aku dapat panggilan mengatakan ANUAR ZAING nak sertai rombongan KAK LIMAH NI.. (so korang harus tepuk dahi sebab aku tipu jer hahahahha) sebenarnya kakak ipar aku yang no 3 call suh gi umah dia lunch, dia dan MASAK tuk kami semua... (perghhh aku rasa macam YB pulak aku ri tu) la la la la 


Ni lah lauk tengah hari tu IKAN BAUNG masak tempoyak dengan buah cepu, ayam (bandar) masak lemak cili padi, ikan masin, sayur goreng petola dan air jambu fresh dari ladang perggghhhhh! Kecur air liur aku tengok lauk lam gambar ni...


Perghhhhh! Inilah ikan BAUNG tu rasanya lemak2 dan berkrim 
la la la la ini sungai punya bukan kolam punya..



Bila perut dah kenyang... mata pun mula la mengantuk... nak nak pulak malam tadi tak puas tidur kan... tapi kiterang semua x beralah kat mata masing-masing, sebab lepas sesi lepak-lepak lepas lunch tu... kiterang dah  decide nak gi satu tempat... gi mana tu?? haa mohon tunggu episode ke dua ok... nak cite kat sini panjang sgt nanti tak cukup tempat aku nak story dan tepek gambar-gambar kami yang "vogidevas" gitu.. ekekekek


So sebelum ke destinasi seterusnya... macam biasa la.. 
sesi photography ala-ala sengal.. ko hado?? ekekeke...


Ni nak rempit ke mana lak ni kan?? Ha ha ha ha TUNGGU next episode.. k bai


Rombongan Kak Limah Pulang Ke Ganggang




Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

24 comments:

  1. aku no 2...
    hahaha...

    ReplyDelete
  2. aku nak kate bertahun dah event ni

    baru nk update

    btw da stat rindu semua

    geli gile

    ReplyDelete
  3. hehe, bestnyaaaa..... :D
    Nampak ke"happy"an disitu.. ^_____^ bestnya bila la boleh join sekali kan..hee

    ReplyDelete
  4. @Lelaki Ini

    Umar ko telan ke komen si dik bi yg pertama tu?? lol hilang doe komen dia yg comel lote tu... :P

    ReplyDelete
  5. @:: Mrs.Eady ::

    Ha ha ha ha mmg tersangat-sangat layan masa tu >..<

    ReplyDelete
  6. @Iffah Afeefah

    Lain kali balik ganggang kat FRIM lak ipah

    ReplyDelete
  7. @Seneorita Baharin

    Boleh jer nak join... janji sanggup turun padang eh...

    ReplyDelete
  8. @BUNDA a.k.a KN

    alhamdulillah begitula adanya bunda :)

    ReplyDelete
  9. Anonymous26/3/13

    aku suke bila berjimba2..
    dan mekasihlah ajak aku pulang ke kampung yang suasana ye aku jadi seronok nak ke kg !!

    mekasih sgt2 ajari aku erti kg.. <3 ko !!
    ehhh

    cikjetoll

    ReplyDelete
  10. wah berkumpul ramai2~~best

    ReplyDelete
  11. <---- terasa diri ini dalam keadaan kejelezannnn yg kronik...

    ReplyDelete
  12. menantikan bahagian kedua pulak :)

    ReplyDelete
  13. peh santai sakan dah nie.. padanlah senyap dan menghilang. hehe. berjimba rupanya. :)

    ReplyDelete
  14. perasaan yg paling best antaranya bila dpt hang out ngan kwn2.weheee

    ReplyDelete
  15. @Diari Si Froggie


    takut tak dpt gi jadi baik aku diam jer eh..

    ReplyDelete
  16. @maitimie


    tersangat-sangat setuju dgn ko >..<

    ReplyDelete
  17. @paripariputih aku sedih....mana komen aku..... ko kejam umar...huhu

    ReplyDelete
  18. @paripariputih haah... ternanti2 kedatangan miko gak ni...huhu

    ReplyDelete