Percubaan Yang Tidak Berjaya

Aku selalu mencuba nak buat perkara-perkara baru tapi selalunya semua tu tak menjadi... semua mati tengah jalah... terbengkalai sebelum waktu... hangat-hangat tahi ayam... dan kalau boleh segala apa juga ayat yang bersesuaian dengan makna-makna tadi, nak jer aku luahkan kat sini.... Memang aku akui, aku punya berjuta idea untuk aku muntahkan ke mana-mana medium yang boleh dimanafaatkan untuk diri dan masyarakat. Tapi atas beberapa faktor yang mempengaruhi diri... jadi semua tu akhirnya akan terbazir sia-sia macam selalu-selalu yang terjadi. 


Aku memang sangat-sangat meminati bidang karya... yang lebih menjurus pada kesenian. Contohnya menulis lagu, puisi cinta, novel, layout dalam majalah, photography, dan lain-lain cabang seni yg berkaitan. Tapi disebabkan beberapa sebab yang tak berapa nak sebab aku jadi "mati kutu" selalunya bila mood terjun ke laut especially. Dan yang paling jelas... bila "mood dan feel" tengah melambak... tiba-tiba bila didatangi dengan situasi-situasi yang boleh menganggu concentration aku sewaktu berkarya... itu lah saat-saat paling aku geruni... sebab apa? Sebab idea dan creativity datang hanya sekali... dan kalau datang untuk kali ke dua ia tidak akan jadi terbaik seperti yang mula-mula...


Dan knowing me... aku ni jenis yang cepat bosan... walaupun sangat penyabar orangnya (hahahaha sabar la sangatkan). Menjadi seorang aku... aku memang x suka kongkongan... aku suka freedom.. aku suka berkarya mengikut kebebasan minda aku... tapi kadang-kadang bila terlalu bebas.. terus terbabas hahahahah... Tapi alhamdulillah... when it comes to work, aku memang seorang yang berdisplin.. aku akan bekerja secara systematic... aku ada plan.. dan flow yang harus aku follow... dan juga date line yang aku kejar. 


Motif aku menulis entri ni...?? Entah... tak tahu aku apa motifnya.. mungkin aku ingin memotivasikan diri aku supaya jangan suka buat kerja separuh jalan. Jadi maybe ini adalah titik permulaan untuk aku meneruskan apa jua karya-karya aku yang masih "terbengkalai" dalam laci yang tidak bersentuh... mampukah aku?? Harap-harap begitulah... semoga aku terus kuat, bersemangat dan penting tidak akan putus asa dalam menyiapkan segala projek "percubaan yang tidak berjaya ini" mohon doakan aku ya kawan-kawan...

Dear ME... Please Don't Quit =.=


Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

9 comments:

  1. semoga berjaya dgn projek kamu..salam singgah.

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat2 pulih dan berkarya kembali. Tapi kan saya ingin mendaki style mcm gambar terakhir tu....oh bestnya kalau dapat buat begitu

    ReplyDelete
  3. chaiyok2..!! same lah ngan ain.. bnyk bnda hangat2 taik ayam n taik itik jek.. hahaha.. pape pon, kita mencuba jgk kan.. hehe.. chaiyok2!! do ur best akak.. :)

    ReplyDelete
  4. Yang penting consistency and dont quit. Salam kenal pari-pari putih.

    ReplyDelete
  5. sama2 kita doakan. Aima pun sama lebih kurang dgn mama PPP, punya rasa tp bila started dgn 1st step terus mati kat situ. then dont know how to step forward pulak padahal one way je.
    Slow slow mama. keep walking biarlah perlahan pun janji sampai ke destinasi tu. biarlah kereta kat kiri kanan menderum laju, tak kisahlah ferari sekalipun, janji kita maintain dan jgn hilang fokus dan terbabas masuk lorong yang bertentangan. lebih baik amik lorong plg kiri sebab takut nanti org hon-hon pulak. tapi kang kena bersaing dgn lori besar gedabak. Takpe, bawak je. kita pun bayar roadtax jugak apa.. kan?

    ~apa yg aima merepek ni eh? harap bertabah ye mama PPP

    ReplyDelete
  6. <---- taktau nak komen apa sbb rasa diri ini mcm lebih kurang jer. buat kerja setengah jalan lepastu cepat bosan. ditambah pula dengan perasaan malas... =.='

    ReplyDelete
  7. humans are just the same, noona.. *tepuk2 bahu* aku kalau time dirasuk semangat membuat kerja, tgk muka member bilik pun aku jadi menyampah..eh.. maafkan aku nadzrin..aku bergurau kasar ngan ko.. apa yg jadi kt noona, jadi kt aku jugak.. bila idea melambak-lambak especially bila nak tulis entry, mulala sibuk nk kena buat itu ini..*feeling calon Parlimen* so, satu benda yg aku boleh buat so that the ideas tak ilang is to jot down everthing.. then tunggu jela masa mengizinkan.. tupun kalau idea tu tak basi...

    ReplyDelete
  8. dalam berkarya ni, jangan berputus asa.. kalau tidak, karya kita tu akan terbengkalai macam tu je.. sayang

    ReplyDelete
  9. sama macam aku hurmm

    ReplyDelete