Aku Rindu Dia...

Tanggal 9hb Mei, 2013. Sedang aku sibuk mebuat kerja-kerja pejabat, tiba-tiba hati aku tersentak tak kala mata aku melihat sesuatu di kotak PM Facebook aku... "Salam Zaimah, tadi pak cik Hod ter call kita, dia nak call zaimah tapi tak dapat... pak cik hod cakap mak cik simah lemah.. tolong call pak cik hod balik yer.. kita tak da no. zaimah... risau pulak kita.." Hati aku tiba-tiba jadi cemas! ~ cepat-cepat aku dail no telefon babaku... (talian sibuk). Menyesal betul rasa aku, sebab silentkan taipon bimbit aku tadi. Bila aku bukak memang ada 5 miss call. Argggghhhhh! Macam mana aku boleh tak perasaan? Menggeletar-geletar jari aku tak kala adik bongsu aku menghantar gambar mak melalui WhatsApp... Ya Allah! Di dalam gambar tu terbujur kaku tubuh mak yang tak bermaya.. air mata aku mulai merimbas perlahan-lahan. Dalam keadaan panik, aku minta kebenaran untuk balik. Dan sebagai boss yang memahami, aku dibenarkan balik.


Dalam perjalanan balik tu tak henti-henti aku berdoa supaya mak tidak apa-apa. Air mata makin deras jatuh ke pipi, kali ni aku tak dapat kawal lagi perasaan aku. Aku takut apa-apa yang tak diingini berlaku pada mak. Dalam keadaan kalut, aku masih sempat menghubungi adik aku, bertanyakan keadaan mak. Dan adik aku kata dia telah uruskan Ambulan untuk membawa mak ke HKL (hospital Kuala Lumpur). Sebaik saja aku sampai di depan rumah, Ambulan sudah siap sedia bertolak. Aku tak sempat pun tengok mak. Aku masuk sekejap je, untuk memastikan pembantu rumah mengunci semua pagar dan pintu, aku sempat tukar bag lappy aku jer, sebab aku rasa mesti akan makan masa. Jadi aku capai bag dalam almari baju mak dan buku telefon (in case klw aku nak hubungi saudara mara).

Sampai di HKL alhamdulillah, aku dapat parking di tempat yg paling dekat dengan hospital. Aku bergegas ke wad kecemasan. Baba call aku, katanya dia tunggu di pintu depan, lega hati aku bila terpandang wajah baba. "Mak macam mana? Ada doktor tengah perkisa dia.. Ringkas baba membalas. Aku terus masuk bilik kecemasan, dari jauh aku lihat wajah mak yang sugul, letih, kulit muka dia pucat, bibir lebam, dan dia bernafas melalui oksigen... air mata aku hampir-hampir mengalir, tapi ku kuatkan hati supaya mak tidak risau, dalam lelah dia masih mahu bercakap. Aku suruh dia tidur, kerana nafasnya turun naik. Lama juga aku menunggu dari pukul 1 lebih.. pukul 7.45 baru selesai.. baru mak dimasukkan ke wad... (kerana terlalu risau, ada satu kejadian yang amat memalukan, masa aku nak pergi tengok mak, aku terlanggar tiang dlm bilik kecemasan tu, sakitnya tuhan saja yg tahu, aku tak perasan sbb tiang tu tersorok dicelah kain langsir).

Dan seperti yang aku jangka malam tu, memang mak kena tahan di Wad kelas tiga, (kesian betul aku tengok keadaan wad tu) dah macam ikan sardin dah. Malam tu kami adik beradik pakat untuk pindahkan mak ke wad yg lebih selesa (tapi kami kena tunggu, sebab bilik kelas pertama or dua, masih penuh). Malam tu bila semua nak balik aku ambil keputusan untuk jaga mak, jadi aku balik rumah dulu mandi bebuka, sebab aku puasa kebetulan hari tu. Dan bila aku balik ke HKL alhamdulillah aku dapat lagi parking yang dekat. Malam tu memang aku tak tidur, risau aku bila tengok keadaan mak. Habis tangan dia di cucuk, sbb dok tak jumpa urat untuk drip. Aku tak mampu nak buat apa, kesian tak sampai hati bila tengok tubuh dia yang tak bermaya tu dicucuk sebegitu, tapi apakan daya mereka lebih berpengalaman, aku hanya mampu memandang dia dengan pandangan sayu. 

Pukul 4.00 pagi aku terpaksa tinggalkan mak, berat hati aku, tapi aku harus balik, untuk hantar anak aku ke sekolah. Dan tengah hari tu bila aku bawak baba pergi hospital, katil mak telah dipindahkan, aku tanya kenapa, doktor kata pagi tu mak mengalami kesukaran bernafas yang agak kritikal.. (sekali lagi aku rasa sangat2 bersalah sebb membiarkan dia menanggung kesakitan seorang diri). Dan alhamdulillah berkat kesabaran kami semua, akhirnya mak akan dipindahkan ke High Dependecy Ward. Kat sini mak dikawal rapi, cuma ada lima pesakit saja dalam satu bilik yang dikawal oleh 12 orang jururawat terlatih. Dan hanya 2 pelawat saja dibenarkan untuk melawat setiap satu masa. Sekrang mak masih lagi bernafas dengan bantuan oksigen, keadaan dia jauh lebih baik berbanding hari pertama dia dimasukkan ke hospital. Berkat doa kawan2, suadara mara, dan teman tak kira jauh dan dekat, alhamdulillah dia semakin pulih walau tak sepenuhnya. Paru-paru mak dijangkiti virus, selain dari terdapat darah beku yang menyekat saluran paru-parunya yang membuatkan dia sukar bernafas. Tapi yang merisaukan aku sekarang, kaki dia semakin membengkak.. kerana kurang pergerakkan... Ya Allah semoga mak akan boleh berjalan seperti sedia kala. Tak sanggup aku tengok dia terlantar macam tu... 

Sealam aku berpindah rumah... aku duduk di rumah mak... sebab aku harus jaga baba jugak, itu pesan mak dia nak aku jaga rumah dan baba aku. Biarla aku penat asalkan aku dapat memenuhi permintaan mak... tapi bila aku masuk rumah sekali lagi hati aku sayu... bila aku tengok katil yang selalu dia baring... kosong tanpa dia... Ya Allah aku mohon mak cepat sembuh... aku tahu dia di kawal rapi oleh misi-misi kat sana, tapi aku rindu dia.. aku rindu masakan dia... semoga mak akan dapat balik, dan duduk ditempat yang selalu dia baring... amin..

P/S: Aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua sanak saudara, jiran-jiran, kawan-kawan yang tak henti2 mendoakan kesejahteraan mak... dan ramai teman blogger yang melawat mak Ahad lepas... terima kasih UMAR, MK SYAHIR, MAWARDI, IFFAH AFEEFAH, DIK BI, AIN, CIK ZAITUL sebab meluangkan masa melawat mak... thank you all...

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

19 comments:

  1. Semoga ppp bertabag dan kuatkan diri untuk harungi semua dugaan ni. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

    Tak mampu nak sumbang apa, nak melawat pun, jarak jauh. Hanya mampu hadiahkan DOA supaya bonda ppp cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  2. Akak jgn putus untuk berdoa okies.. Ritu ziarah mak pon, bersemangat ag die.. Duk risaukan orang lain kt umah tuh.. huhu.. Semoga Mak cepat sembuh.. Amin.. =)

    ReplyDelete
  3. maaflah tak berkesempatan melawat...
    saya tau akak kuat... jom sama2 kita doakan kesejahteraan Mak.....

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh.. ;)

    ReplyDelete
  5. Teruskan berdoa kak PPP. Smoga segalaNya dipermudahkan olehNya

    ReplyDelete
  6. semoga makcik cepat sembuh... to ppp, kuatkan semangat ye, kalau kita kuat, baru la org lain akan kuat...

    ReplyDelete
  7. semoga ppp dan keluarga terus tabah.
    jangan putus doa, Allah itu dekat.
    semoga mak cik cepat sembuh..

    ReplyDelete
  8. teruskan berdoa.
    insha Allah pasti akan sembuh. sabar okayy

    ReplyDelete
  9. Semogaa mak PPP sihat spt sedia kala...kuatkan semangat ye... :)

    ReplyDelete
  10. teruskan berdoa ppp. jangan berhenti berdoa.. hanya kepadaNYA kita meminta segala-galanya...

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah, mak PPP akan kembali pulih spt sediakala. Moga terus tabah, jgn berhenti berharap dan berdoa ye mama PPP

    ReplyDelete
  12. kuatkan semangat ye..berdoa banyak2..

    ReplyDelete
  13. assalam,

    dah lama tak nampak..semoga PPP sehat2 selalu..

    ReplyDelete
  14. semoga terus kuat dalam menghadapi dugaan ini. semoga dipermudahkan segala urusan dan bykkan doa utk makcik.. kuatkan semangat kak.. ;)

    ReplyDelete
  15. semoga beliau cepat sembuh..kuatkan hati dn banyakkan berdoa pada Allah swt :)

    ReplyDelete
  16. Turut merasa sayu..semoga mak cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  17. allah lebih mngtahui atas sgala2Nya , smoga mak ppp dlndngi nya dn dbri nikmat shad oleh allah , banyak kan solat hajat dan baca yassin mintak dekat allah . allah tue maha pemurah , dekat kita denganNya insyaallah dekat dea dengan kita :) . bersangka baik dengan allah dan ketentuan nya yea ppp . insyaallah berkat doa kwan2 dan kluarga , maak ppp cpat sembuh , Ammiinn :)

    ReplyDelete
  18. moga semuanya selamat,,,, amiin,,

    ReplyDelete
  19. Mak ko da ceria n nmpk sehat

    tapi aku br nk kmen blog ko

    nmpk x pmainan aku lol

    ReplyDelete