Aku Nak Kad Raya!!

Aku nak kad raya!! Haaaaa boleh.... ayat cenggitu?? Macam memaksa je bunyik dia kannnn?? Ekekekeke. Rilek.. la aku tahu ni baru puasa ketiga, belum seminggu lagi. Asal lak aku nak kecoh-kecoh pasal kad raya ni kan? Tu la korang tak tahu. Aku ni kan seorang yang praktikal, aku suka plan ahead. Itula sebabnya, lagipun kesian kat abam-abam posman nanti (mohon hanto kad2 raya aku secara percuma ekekeke). Kalau last-last minute baru korang nak hantar kad raya, harus la depa sume kena "overtime" di penghujung Ramadhan nantikan.. (nampak tak keperihatinan aku tu? Meheheheheh). 

Dulu-dulu mana ada kad raya UPIN IPIN ni..


Motif aku tu bukan apa, tahun lepas buat sekian lamanya (agak-agak aku adalah makan puluh tahun kot, last aku dapat kad raya masa zaman-zaman anak dara dulu), barulah aku dapat semula kad raya, itu pun dari blogger-blogger buddies (setelah aku jadi blogger). Lepas tu budaya kad raya ni hilang dan makin pupus disebabkan dengan adanya rangkaian-rangkaian sosial, yang dalam diam-diam telah "membunuh" (kasi nampak kejam sikit ayat aku ni) tradisi yg selalu kita buat apabila menjelangnya Aidilfitiri. Ikut-ikutkan memanglah tak dinafikan, megirimkan kad-kad dan ucapan-ucapan raya itu lebih MURAH, MUDAH dan PANTAS berbanding penghantaran kad raya secara tradisional. Di mana korang kena beli kad raya, tulis kad raya, beli setem dan hantar (nampak banyak na porses dia kan) tapi korang tak tahu itulah "kepuasan" yang akan korang dapat bila ianya dilakukan secara tradsional... thrillnya itu yang sangat berharga dan sangat "down to memory lane" kan...

Zaman aku dulu, kad-kad raya kebanyakkannya gambar bunga, ketupat, 
pemandangan, pelita dan lain2 memang sangat popular


Dan bercerita pasal kad raya ni, dulu masa aku kecik-kecik, kami adik beradik berlumba-lumba kumpul kad raya, sapa paling banyak kira dia paling "tyco" la hahahahha. Dan.. aku lah tyconya setiap kali tiba hari raya. Bukan setakat tu jer, siap gantung lagi kad-kad raya tu kat dinding rumah, bila dah moden sikit aku gantung kat ranting kayu yang aku buang daunnya. Kira lagi banyak kad yang korang ada lagi hebat la individu tu. Sekrang ni? Usahkan kad raya, kad kawen pun dah jarang-jarang dapat sebab sume pakat-pakat hanto ikut PISBUK... (ni suma si Mark punya pasai le ni)... dan paling x leh blah.. bila dapat kad raya 'SEPESEL' siap ada lagu tuuu.. Haaahh! Klw dpt kad ni maknanya pakwe le yg bagi tu... pas tu mula la tersenggih-senggih sensorang bila baca kan.. kan (sapa tak tersenggih tu, nampak na nipu hahahah).

Dan paling banyak aku terima kad raya yang ada gambo kucen... 
comey sgt-sgt


Jadi aku tak kira... tahun ni aku nak collect lagi kad-kad raya dari korang ekekekeke... seronok tak terhingga. Keseronokan dapat kad raya ni mengalahkan dapat surat cinta pulak, bayangkan bila tahu nak terima kad raya, tiap-tiap hari aku gi jengah peti surat ekekeke... 

Selalunya kad-kad raya yg letak gambar pengirim tu yang paling HOT.. 
macam-macam gaya ada kan... macam kat bawah ni... 
KO HADO...??? ekekekek kbai ^_^


P/S: Semua kad-kad raya yang aku terima pada tahun 2012 dari blogger-blogger budies aku, sampai hari ni lagi masih tergantung di dinding ruang makan codo aku hu hu hu...


Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

28 comments:

  1. nak bg kad raya nie..hehehe...bolehla hantar alamat kt saya...sitirohaida81@gmail.com ..sy pun suka kumpul kad raya dari blogger...

    ReplyDelete
  2. Puasa ketiga la, bukan rasa ketiga... ekekeke

    Aku dulu bukan hot stuff, so x byk dpt kad raya...huhu

    ReplyDelete
  3. Bagi la alamat umah nk pos kad raya ini

    ReplyDelete
  4. kad raya yg ika dapat semua dah masuk dalam kotak . lebih selamat di situ . hahaha . bila gantung, terus anak buah main -_-

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...PPP,

    Dah buat bersiapan raya ker.... ?

    mselim3

    ReplyDelete
  6. @Kisah Si Dairy

    aku nak yang ada lampu lip lap lip lap ok tak?? hahahaha

    ReplyDelete
  7. @Dik bee

    kooo nampak jer kelampian aku tu kan.. ekekeke aku dah kasi edit dah

    ReplyDelete
  8. @tarmizi

    ko lak jan lupa aku nak yg ada muzik pas tu jan lupa selitkan angpau dlm tu ye ekekekek ^_^

    ReplyDelete
  9. @Noor Atikah Ramli

    aku ni jenis menunjuk jadi aku x simpan dlm kotak takut labah2 jer yg baca wakakakakkaka ^_^

    ReplyDelete
  10. @Mohd Selim Zainal

    lum lagi... nak dekat2 raya suk baru nak fikir eh... ^_^

    ReplyDelete
  11. arhh, nak kad raya jugak hehe, tetibe jerit..:), btw alyn follow sini, salam ramadhan..:)

    ReplyDelete
  12. @Alyn Roslan

    mujur la ko x dek depan aku klw tak harus pekak tinga ni wakakakak ok x lawak aku pun dah pollow kau salam ramadhan gak... ^_^

    ReplyDelete
  13. kad raya..dah lama tak dapat..ekeke..
    ok, tahun nih kita collect kad raya memanyak..ekeke

    ReplyDelete
  14. Isyaallah.. tahun ni aku hantar kad raya lagi heeee

    ReplyDelete
  15. @Nong Andy

    hahahah ko punya mmg aku tunggu datin

    ReplyDelete
  16. tahun lepas korn ade bg x? kalo xde sila cuba tahun ni ok.. ekekeke

    ReplyDelete
  17. nak kad raya jugak.. dulu2 jerk dapat..itu pon 2 3 kad jer.. huhuhuhu :)

    ReplyDelete
  18. zaman moden, kene la aplikasikan e-kad raya pula. hantar ikut facebook. amacam?

    paperless n cost saving. nampak sgt kedekut kat situ. mahahaha

    ReplyDelete
  19. orang bg kad raya mmmg behlah tp zaman skrg org bg msj je

    ReplyDelete
  20. Sejak berada di zaman SMS ni, dah jarang terima kad raya.....

    ReplyDelete
  21. dengan adanya kad raya ni, sebenarnya ia buat kita lebih excited nak beraya sebenarnya.hehe. setakat emel dan sms tu macam tak ada sentimental value dia

    ReplyDelete
  22. tahniah, blog pari-pari putih masuk akhbar kosmo hari ini..Syabas

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum.

    Kak, awl beno ko wish salam aidilfitri,hahaha

    Nak kad raya ke.. insyaAllah..lana tak janji.. kalau ada, sampailah dia ya.. :)

    ReplyDelete
  24. thn ni kita tak sempat nk beramah mesra dgn kad raye. thn depan insyaAllah. tak pun raye aji ada lg kan.... hehhehe

    ReplyDelete
  25. selamat hari raya.
    ekekeke awal pula aku wish :D
    rasa nak bg kat raya jgk la..hehe.

    ReplyDelete
  26. oit !!! apa ni meroyan ni.. orang lepas besalin jek meroyan... ni nak kad raya pon meroyan ekekeke...

    tunggulah kad raya tak siap lukis lagi.. dah siap cek hantor ok...

    minta sms alamat Mija dgn Che Mat sekali ok... ahahha

    ReplyDelete