Penat Jerih Aku Sebagai Blogger - Jom Kita Tambah Teman Di Blog

Assalamualaikum, pejam celik, pejam celik dah nak masuk akhir tahun kan? Tapi itulah masa sekarang berlalu macam kilat, pantas meninggalkan kita. Dan dah nak dekat hampir setahun jugak la blog www.paripariputih.com ni berhijrah jadi dot com, bermula dengan blogspot. Kalau ditanyakan macam mana rasanya jadi blogger? Jawapan aku mudah jer, "struggle". Bukan mudah nak jadi blogger, bermula dari aku punya follower 2,3 kerat jer, sampai le nak mencecah ke 1700 follower, macam-macam dah aku lalui, pahit, manis, masam semua ada, lengkap kalau sebagai perasa.  Dan sepanjang perjalanan aku sebagai blogger ni, ada juga pengalaman-pengalaman manis yang aku kutip. Banyak sangat-sangat, paling manis, sejak menjadi blogger hidup aku mula berubah. 

Sebenarnya aku dulu walaupun nampak seperti person yg "outgoing" but in real-life aku seorang yang kurang bersosial, (mesti korang x caya kan?) Ye percayalah macam kata-kata dalam lagu Siti Nurhaliza. Aku tak selalu keluar lebih dari pukul 7 malam, tapi sekarang aku dah tak kisah, boleh jer. Dan sejak aku jadi blogger jugak la ramai kawan-kawan aku dapat, macam-macam ragam, tapi semua tu adalah harta yang berharga bagi aku, tak boleh dibeli dimana-mana. Yelah, kata orang pengalaman mematangkan kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ni aku kurang sangat-sangat update entri dekat sini, disebabkan kekangan masa dan kerja yang semakin hari semakin membukit. Nak-nak pulak dah sampai penghujung 2013 ni.

Namun semua tu tak menghalang aku untuk terus mengeratkan silaturahim antara blogger-blogger yang ada. Walau tak bertemu di blog, tapi kami tetap adakan acara-acara bulanan. Mana mungkin aku sia-siakan persahabatan yang telah hampir setahun terjalin ni, ada jugak yang masuk tahun ke dua. So aku rasa, sesibuk mana pun aku dgn dunia pekerjaan dan kehidupan seharian aku, tak akan aku tinggalkan dunia blog yg byk memberi aku peluang untuk mengembara lebih jauh. Bak kata pepatah JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN. So kalau korang sudi meh le jadi kawan aku di blog, kita saling tukar pendapat, berkongsi cerita sedih gembira, dan paling penting untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama blogger. Ok sampai sini dulu update dari aku PARIPARIPUTIH... sampai ketemu lagi... jom layan gambar2 event yang aku sertai dengan geng-geng blogger baru baru ni. ta ta ^..^


Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

25 comments:

  1. wah.... huntung jadik parik parik... selalu ada aura positip... terbaek..

    ReplyDelete
  2. dari kurang kawan, terus ramai kawan kan :-)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...PPP,

    Lama rasa nyer mselim3 tungu entry terbaru daripada PPP. Alhamdulilah ok... PPP ada event dengan blogger baru.. meriah... rasa nak join pulak..

    Memang benar dan setuju penyataan kehidupan blogger memang seronok ada masa sedih,gembira, dan masam2 manis semua itu mematangkan kita dalam berblog, dengan berblog kita dapat kenal ramai blogger lain.

    Insaallah kami semua blogger sentiasa menyokong PPP. dan saling sokong menyokong agar ukhuwah yg terbina berkekalan.,,

    mselim3

    ReplyDelete
  4. Seronok ada kawan yang boleh support kita.. berkawan bukan kerana blogging semata.. blogging cuma medium yang menjadi pengikat tapi bukan terikat..^___^

    ReplyDelete
  5. @the malay male

    Yup, alhamdulillah... awak tu bila nak jumpe kawan? ekekekek mcm ckp org johor lak

    ReplyDelete
  6. @siti hadijah

    ye siti... thanks follow saya... saya dah polo balik ekekeke

    ReplyDelete
  7. @Mohd Selim Zainal

    Walaikumsalam Selim thanks sbb tak putus2 bagi semangat kata kwan blogger selim yg tenggelam timbul ni hu hu hu jasamu ku kenang ^_^

    ReplyDelete
  8. @amir zahari

    Amir agree 200% kadang2 kawan dlm blog fb lebih reliable compared to mostly kwan2 dunia alam nyata

    ReplyDelete
  9. Anonymous23/10/13

    Saya x pndai tp akan mencuba

    ReplyDelete
  10. @Tanpa Nama

    hi tanpa nama... tak pandai apanya?? hu hu hu

    ReplyDelete
  11. wah sangat meriah korang semua...
    terbaikkkk...
    ╔════════════════════════╗

    ║ My Blog ► http://abgdude.com/blog   

    ╚════════════════════════╝

    ReplyDelete
  12. @CHeMiCaL^BoYz a.K.a PeNDeKaRz

    hi i dah follow u thanks ya follow ppp berkarya boleh jer

    ReplyDelete
  13. @EncikKai Abgdude

    ye tapi tapi mcm mana nak follow ur blog??

    ReplyDelete
  14. wuaaaa... huhuhu.. nk hug...

    ReplyDelete
  15. ujung tahun ada apa?

    hee.. ada tarikh 12.12.13

    :p

    ReplyDelete
  16. Seronoknya ada member ramai kan..lebih2 lagi kalau yg spotting..

    ReplyDelete
  17. salam kenal kak , hehe tq to syahir sbb kenalkan ain dikbee , akak tak jumpa lagi , teringin jugak ngee qaseh mmg muka tak malu haha

    ReplyDelete
  18. Salam...1st time singgah lawat blog anda...cantik, kemas, lawo..keep it up..

    jika ada masa.. jom singgah blog saya.. terima kasih..

    http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/ganjaran-apabila-melayari-internet.html

    ReplyDelete