Blog Pari Pari Putih Berwajah Baru Di Awal Muharram 1435

Assalamualaikum w.t.b. Di hari yang mulia ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua umat Islam di muka bumi ni, terutama rakan-rakan blogger yang beragama Islam. Semoga kita tinggalkan tahun yang lalu dengan seribu pengalaman, yang banyak mengajar kita untuk menjadi lebih baik dari diri kita yang sebelum ini. Semoga tahun yang baru yang bakal menjelma tidak beberapa jam lagi ini, dapat kita sambut dengan penuh rasa syukur. Syukur kerana kita masih lagi berpeluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang penuh dengan onak yang berliku, yang tidak mudah untuk kita harungi, seandainya tidak diiringi dengan kesabaran, kecekalan, usaha dan tawakal.

Seiringan dengan tahun baru ni, aku pun nak buat sedikit pembaharuan pada layout www.paripariputih.com. Layout yang lebih "fresh" dan mempunyai sentuhan "kewanitaan" seiring dengan personality aku yang agak-agak "femini" ni... ha ha ha (gurau jer). Aku harap dengan beberapa perubahan-perubahan pada blog PPP ni, maka enteri-enteri aku pun akan turut berubah wajah jugak, masih mengekalkan konsep "bahasa pasar" atau "santai", aku jugak telah mengembalikan nostalgia di zaman kegemilangan blog PPP ni dulu, dengan meletakakan kembali lagu latar yg sinonim dengan PPP (follower tegar aku ingat la lagu ni hu hu hu). Tujuan aku tu bukan nak kasi korang, sayu sampai tangkap leleh dgn mendengar lagu tu, tapi yang sebenar-benarnya, ialah untuk mengembalikan semula mood berblogging aku yg dah ke laut, (nampak sgt betapa kritikalnya diri aku dgn blog ni hu hu hu).

Inilah wajah sebelum "makeover" blog paripariputih


Setelah aku berbincang dengan tokeh kedai layout, design-design blog Cik Dik Bee maka tercetuslah idea ni. Terima kasih la tak terhingga buat beliau yang bertungkus lumus, tak makan, tak tidur, tak ketawa, tak buang angin selama beliau menyiapkan layout aku neh (ha ha ha aku tipu, sila sentap). But seriously... aku nak ucapkan terima kasih pada beliau, di atas kesungguhan dia, menggodek, sana sini, di blog aku ni maka terhasilah "NEW LOOK" blog PARIPARPUTIH, mengikut citarasa yang aku nak (hu hu hu sian ko Dik Bee, penat nak meng "in" kan taste aku kan). And inilah hasilnya sila tengok kat bawah... TADAAAAAA!!!

Macam chantek jew.... Macam chomel jew... ekekekekekek ^..^


Moral of the story, dalam hidup kita perlu ada "penghijrahaan" atau "perubahaan" sesuai mengikut waktu. Tak kanlah asik nak duduk takuk lama jer kan? Sekali sekala perubahan tu perlu, untuk diri kita dan juga orang-orang sekeliling. Jadi tak de la bosan, dok menghadap benda yang sama jer bertahun-tahun. Tapi perubahaan tu, biarlah yang berpada-pada, tak perlulah sampai tahap "over-over" bak kata blogger Lelaki Ini kat aku, (time2 aku over acting wakakakakaka). Dan aku juga nak ucapkan terima kasih pada owner  blog SilenceBlogz, yang telah berjaya, "menterjebakkan" aku dalam dunia dot.com, sbb sebleum ni aku masih guna blogspot. (aku menang contest yg blog dia taja). Bermula dari situ jugak la blog PPP makin maju setapak dua... Thanks gak Potia  (muhun jgn lupa ye 22 ni contract dot com ppp nak tamat eh). Jadi itulah sedikit sebanyak update untuk entri aku kali ni.

Insyallah jika diberi kesihatan yang baik, beserta umur yang panjang, aku akan terus menulis di blog PARIPARIPUTIH. Cuma mungkin tidak sekerap macam dulu la.. yang penting aku tak terus hilang dari dunia blogging, tul tak? Ok la.. sampai sini dulu celoteh dari aku. Lain kali aku celoteh lagi ek.. hu hu hu till then tata titi tutu ^..^ kbai..

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

21 comments:

  1. aku tak buat pape pun... aku salinkan baju blog ni jek...hehehe

    ReplyDelete
  2. Salin ke apa ke... ttp usaha kau gak Dik Bee senkiu senkiu sayam ko byk byk ^_^

    ReplyDelete
  3. saya pun suka header yang baru ini, teringin jugak buat make over untuk header blog sendiri, tapi tak tahulah bilanya..huhu..

    ReplyDelete
  4. Cik Matahariku vaa vaa vah... mekaceh... bila ada masa buat, kita ni nak mulakan tu malas, tpi once dah start insyallah akan rajin pulak hu hu hu gud luck la dgn header tu nnti ok ^_^

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...blog PPP,

    dah maju template pun cantik dan kemas moga PPP terus maju dan maju.k

    mselim3

    pls: sentiasa sokong blog nie...

    ReplyDelete
  6. Tika momey momey gak komen tu hu hu hu ^_^

    ReplyDelete
  7. wsalam Selim thanks sbb sentiasa support blog PPP ^_^

    ReplyDelete
  8. cun..!..:)
    Salam maal hijrah akk..

    ReplyDelete
  9. Tq Lyeen De Syifa Salam Maal Hijrah jugak ^_^

    ReplyDelete
  10. Hahahaha sabo jela
    pnjg bona

    ReplyDelete
  11. SB je yang belum tukar baju blog ni..blogger seangkatan tahun dgn SB dulu rata-rata dah tukar template..hihi

    ReplyDelete
  12. looks very nice :) congrats

    ReplyDelete
  13. Iffah ini adalah salah satu entri aku yg terpendek eh :P

    ReplyDelete
  14. Lyeen De Syifa tima kasih sya tahu saya mmg cun wakakakakkaa kidding... ^_^ thanks singgah and komen

    ReplyDelete
  15. Perenggan pertama sungguh feminin sungguh ayat noona.. ada unsur2 Ustazah Pilihan gitu.... bila masuk perenggan kedua, pehh.. feminin ke mana, ustazah kemana.. hahaha... good job noona.. tak hilang lagi trademark noona walaupun dah jarang2 menulis..
    all the best noona...

    "macam chantek je.. macam chomel jew.." keh keh keh..<--trademark siapa tatau..ahaha

    ReplyDelete
  16. Amirul Nadzri wakakakakaka kan Noona ni x pandai berpura-pura... itu la Noona cuba gak jadi sopan santun akhirnya akan ke laut jugak... gitu gitu... tq rajin2 la dtg sini mcm emo aje macam emo aja... itu trademark budak sengal mana tah lol... ^_^

    p/s: hanya org2 tertentu saja yg tahu sapa ini paripariputih eh

    ReplyDelete
  17. pergh..baju baru sempena tahun baru...:) bila la blog zaxx nak bertukar baju,heheh eh, tapi syg nk tukar..hasil dik rajanah..:) xpe2..sblum tukar baju,kena tukar entry dulu,3 bulan tak mnaip,hahahha

    ReplyDelete
  18. zaxx omey kan?? hu hu hu boleh jer zul... kita kena cari masa.. klw x mmg x de harapan nak tukar2 yes pls muhung tukar entry tu... 3 bulan?? humakhai lamo tuuu :P

    ReplyDelete
  19. dah lama tak singgah sini.. rindu nk dgr lagu kiss the rain.. :)
    btw, nice blog akk :)

    ReplyDelete