HAPPY BIRTHDAY 12.12.2013
Ye manakala tepat detik 12.00 tengah malam (aku tulis entri ni pukul 10 tadi, hu hu hu saja nak prepare awal-awal, pas tu buat countdown kan), maka beranjak la setahun lagi usia aku. 43 tahun yang lampau, bersamaan 12 December, 1970, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel ke dunia (ha ha ha bayi memang la comelkan?) Walaupun pada masa itu, dia tidak tahu apa erti kehidupan. Lalu dengan penuh kasih dan sayang, dan bagaikan menatang minyak yang penuh, maka dia pun dibesarkan dan dididik sehinggalah kini, di mana dia telah menjadi seorang penulis dan blogger sampingan yang sangat mahsyur dan berjaya (ha ha ha yang mahsyur dan berjaya tu aku tipu, sila sentap). Dengan limpah kurnia Ilahi kini aku secara Sah telah dinobatkan setahun lagi pangkat pada umur aku. Ye! Hari ni PariPariPutih telah berusia 43 tahun.
Alhamdulillah, doakan semoga aku dipanjangkan umur, dipermurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dan dipermudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat (itu jugakla doa aku pada orang-orang lain yg menyambut hari lahir tiap, kali bday derang hu hu hu).
Oh ye... sebenarnya setiap tahun, mesti ada orang yang akan buat sambutan hari lahir untuk aku. Memandangkan masing-masing bekerja, dan harijadi aku jatuh pada hari bekerja. Maka mereka telah sepakat untuk membuat majlis lebih awal. Office aku sambut harilahir aku pada 2 December hari tu. Meriah jugak la, walaupun yang hadir tu budak-budak pejabat aku jer kan ha ha ha jadilah, orang nak sambut pun dah kira bersyukur kan? Dan pada Sabtu lepas giliran geng-geng Blogger Senget, Juling + Sengal aku yang meraikan harijadi aku, walaupun ramai yang tak dapat datang di saat-saat aku kehilanganmu akhir, majlis tetap berjalan dengan lancar dan meriah (mengalahkan beratus orang la, masa tu, walhal tak sampai pun 30 orang).
"CHAOS" jugak le malam tu... he he he. Paling istimewa, dari hari Jumaat malam derang sampai rumah aku, sbb nak buat KEK RED VELVET, aku dok "goyang kaki" jew... haaaa gitu... maklum BEZDAY AUNTY kan... harus la dpt layanan VVVIP ekekekeke (sila muntah).
JAM DINDING dr BLOGGER MY LOVELY BEE |
BEG TANGAN dr BLOGGER I'M BLUE WENDY |
SEHELAI KAIN BATIK LEPAS DAN JAM DINDING dr BLOGGER BABY COMEL |
SATU SET SUDU dr BLOGGER BUTA+PEKAK+BISU=CINTA |
THANKS ALL FOR YOUR LOVELY GIFT AKU SUKA SEMUANYA
So, hari Sabtu tu, di mana selesai majlis makan2, bukak2 hadiah, gelak2, bergambar2 sakan, dan sebagainya dan bila kami pun dah kenyang, jadi kiterang decided nak sambung lagi aktiviti. Mula-mula tu nak gi tengok wayang tapi aktiviti tu dah "CLICHE" sangat kan. Jadi tukau program, akhirnya derang ajak aku gi lontar suara kat KARAOKE, aku pun apa lagi nak tunjuk la konon bakat terpendam aku kan... ha ha ha sempat la memasing melalak barang dua tiga buah lagu sorang. Nasib tak tercekik "microphone" tu ha ha ha. Bila dah letih, ingatkan nak balik terus la kan... rupe-rupenya menyinggah pulak minum2 lagi, pas tu sempat lagi merayap-rayap kat "Bazar Larut Malam" kat Danau Kota. Last-last aku sampai ke pukul 6.30 pagi tak tidur, sebab sibuk upload gambo. Hu hu hu... jadi itu lah serba sedikit coretan sambutan majlis hari jadi aku. Apa-apa pun aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat derang (Potia, Mawardi, Kunci, Faiz, Iffah, Norain, Noor Zaitul, Dik Bee, Syazana Temp, Wani, Anis) sebab bersusah payah buat sambutan hari jadi aku yg ke 43, thank you sangat-sangat. Korang memang "awesome" tahu tak? Ok la aku x leh nak tulis berjela, sebab ada banyak gambar-gambar untuk aku kongsikan pada korang. Till then... Happy Birthday PariPariPutih... |
miss u kak.. semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki.. menjadi isteri yg solehah dan senyum sokmo..awek muda sokmo..ekekeke.. muahh3!!! :D <3
ReplyDeletehappy bufday kak pp. thanks sudi terima adi dlm keluarga akak. :"
ReplyDeletetudiaaaa besday retis. hewhew.
ReplyDeletegua doakan moga mama zaimah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati dan di redhai oleh Allah swt setiap masa, menjadi ibu yang paling sporting, menjadi isteri yang mampu bersama sang suaminya tika senang mahupun susah dannnnnn semua yang terbaik untukmu kakakku.
Dengan bertambahnya usia, makin dekat dengan kematian. Moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirah. Allahumma ameeennn..:)
<3 <3 <3
Happy Birthday! Moga sukses selalu :)
ReplyDeleteJom Terjah : Perkara yang WAJIB ADA pada Blog
Happy Birthday kak.. sori kalau terkasar bahasa.. terguris hati.. :)
ReplyDeleteSelamat hari jadi kak, semoga terus dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberkati selalu.. seronoknya tengok ramai2 ada. Teringin nk masuk sekali,
ReplyDeleteanyhow u look soooo cute :)
Ah aku tacing
ReplyDeletejemmmm
btulla
da la madi kat karok ade pnmpakan lol
happy birthday to u kak ppp..
ReplyDeletesemoga di panjang kan umur dan di murahkan rezki...
amin
Seronok pulak kakak tengok sambutannya.
ReplyDeleteHappy belated birthday dari kakak juga..
HHAHHAHHA..meriah noo majelis kau..
ReplyDeleteda pulak masak sedap2..
ekekeke..mekasih sudi jemput dan meriahkan majelis ni..
cikjetoll
Assalammualaikum...PPP,
ReplyDeletewah... meriah sungguh majlis hari jadi nie . Moga dipjgkan umur dan diperluaskan rezeki PPP k. Moga sukses selalu dalam apa jua bidang diceburi.
mselim3
pls: "Selamat hari jadi ke 43.
Assalamualaikum kak.
ReplyDeleteSaya still ingat lagi, awal kenal, saya expect akk umur around 20s,hehe
Walaupun dah terlambat,tapi hari jadi bukan sehari.. semoga menjadi insan yg lebih baik dari hari ke hari.. :)
Selamat hari lahir kak zai.. :)
hadiah tu semua dari aku kan? ekekekeke... miss u guys
ReplyDeleteselamat hari lahir kak pari-pari... :) moga happy selalu... :)
ReplyDeletehappy birthday walaupun da terlambat hehhe
ReplyDeleteSelamat Hari Jadi ya,
ReplyDeletesemoga sukses selalu :)