Selangkah Ke Tahun 2014

Assalamualaikum, aku harap semua sihat. Rasa-rasanya tentulah sihat ye dop? Maklum hujung-hujung tahun kalau Cik Nab sakit rugi, tak dapat nak join rombongan Cik Kiah ke Putra Jaya, Kelantan, Langkawi, Hattnyai kan? Ha ha ha ha. Ok lawak jap tadi, sebenarnya bukan apa nak "amek mood" bak kata para-para retis tanah air, agak kalau tak amek mood amek apa plak kan? Ok aku tau tak lawak. 

Walhal tajuk aku tu Selangkah Ke Tahun 2014, apa lak melalut ke laut ha ha ha. Biasalah, kalau tak melalut limanamplo kali bukan blog PARIPARIPUTIH la bro. Ok, serius sikit. So dah menuju selangkah ke Tahun 2014, apa pulak tagline atau azam yang korang nak taruk kat status FB malam menjelang tahun baru? Sekali sekala letak la yang GEMPAK sikit kan, contoh nya macam ni: Azam tahun 2014 saya nak belajar sila cekak, tak pun saya berazam nak jadi ikan lumba-lumba, tak pun saya berazam nak jadi penggali kubur. Lol kalau korang buh cenggitu status korangkan aku grenti LIKE melimpah ruah, kalau tak like haters korang bertambah wakakakakaka. Janganlah, DON'T TAKE IT SERIOUSLY, korang bukan tak tahu aku kan? (lol macam la popular sgt budget sume kenal PPP). 

Anyway, kalau korang tanya azam aku untuk tahun 2014, seriously aku memang tak ada. Dan aku rasa kalau ada pun 2-3 kali jer aku pasang azam (tapi tak ingat la apa dia, lama dah lupa). Bukan aku ni jenis manusia yang tak punya perancangan hidup, tidak, ada, cumanya aku mengikut realistik dan logik. Aku tak pernah nak setkan azam aku untuk sekian tahun apa-apa. Sebab? Nak tahu sebab? Pertama-tama: PariPari ni adalah seorang yang cepat jemu (so kalau aku kata azam aku tahun ni nak jadi penulis ke novelist ke, first two weeks jer aku bersemangat, lepas tu bila idea dah kontang, aku akan jadikan karya2 aku tempat untuk labah-labah bersarang). Fikir punya fikir, at the end, aku mengambil keputusan utk tidak menanam apa-apa azam. So dengan cara macam tu aku tak terlalu terkongkong, dan tak akan rasa guilty, apabila aku tidak melaksanankan azam yang aku war-warkan di setiap awal tahun kan.

Bagi aku, setiap kejayaan aku, tak kira kejayaan dlm hidup, berblogging, berumahtangga, kerjaya dan sebagainya yang aku capai tiap-tiap saat, hari, minggu dan bulan itulah azam aku. Dan secara tidak langsung, aku telah dapat sedikit (walaupun tak semua) mengurangkan, sifat "hangat-hangat tahi ayam" aku. Sebab apa, walaupun tak besar tapi tetap juga aku perolehi kejayaan dari semua-semua yg aku sebut tadi. Tapi lain orang, lain caranyakan? Aku korang jangan ikut, kalau ditanya apa perancangan aku untuk tahun depan, list dia boleh dijilid jadi kamus la aku teka. Jadi baik aku tak payah tulis kat sini, lol nanti ada yang pitam dan dimasukkan ke wad kecemasan. Cuma kalau boleh, aku nak kembali aktif mengupdate entri-entri dalam blog PariPariPutih. Sian blog aku weh, macam orang hidup dalam buangan (ekekekeke).

Ok lah, cukup la sikit-sikit dulukan? Nanti-natila aku update lagi, tapi apa-apa pun sila tengok tips "dari aku" macam mana nak jadi seorang FACEBOOKER yg fofular (apa da lari tajuk pulak kan, lol ado aku kisah) Free ni aku bagi tips ni, tak de charge weh... ha ha ha. Dah jom kita tengok apa tips-tips tu:

TIPS NAK JADI RETIS KAT FB:
1. DP (display picture) memainkan peranan penting, walaupun wajah kita macam papan lapis, asal ko letak jer muka mcm ala2 LAKI AKU TU MMG PLAYBOY tu pun kira ok dah (tak caya cer korang buat)

2. STATUS korang kalau takat Hai... Pagi... Dah Minum... (jangan harapla nak dpt LIKE, kecuali korang tu EMMA MAKEMBONG ke, JUSTINE BIBER, ke itu tak pe la kan)

3. TIMELINE dah dibagi apa lagi kasi hias la time line korang tu, kalau boleh buat mcm slide show, ko kasi tukar selang lima minit lol mau melecet tangan frens korang nak like kan? Ekekekek, kalau dah timeline warna kelabu asap, dah sah-sah la bosan kan? 

4. SEPARUH orang suka gunakan wall dia untuk tempat berperang! Tempat Fire orang! Macam aku la tu, tapi sungguh sengal2 status aku, aku jaga weh adab dan tatasusila (tau tak apa tatasusila, kalau tak tau cari kat google). kalau agak-agak tangah marah pun kan ko tapis-tapis la ayat 4 letter words tu... Tak manis, di baca, tau ko tengah marah, control sikit kan FB ni umum orang2nya lol. Buat korang buat ayat2 cenggitu kali tengok bakal pak mertua yang like, tak ke haru wakakakaka.

5. PERASAN RETIS. Haaa orang macam ni memang tak leh bla... semua pasal dia aku tak kisah weh.. ni set-set masuk bakul angkat sendiri... siap kat caption, comil tak muka Ai? Ada tak macam Angelina Jolie (pas tu siap muncung kan bibir) wakakaka mmg x le bla weh... tpi kadang2 aku pun macam tu gak. Ekekekeke...

6. TUTUP JER FB TAK PUN DEACTIVE. Kalau setakat masuk FB lima nam bulan sekali bek korang cancel jer acc korang tu kan. Haha aha 

Dah... banyak lagi  tips sebenarnya, lain-lain kali la aku bagi, ni kat luar dah gelap nak siap-siap nak balik jap lagi. Hu hu hu MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

P/S: Ni header-header kat timeline fb aku (in case korang nak dpt idea kan) hu hu hu...











Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

16 comments:

  1. comei2 header dia... :)

    ReplyDelete
  2. jarang masuk fb... buat ping entry je...hhee

    samalah, sy jarang ada azam baru ni...

    ReplyDelete
  3. semoga tahun 2014 makin mantap ye

    ReplyDelete
  4. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Anonymous25/12/13

    salam sy suka baca blog sis.. ceria je. sis boleh x bg tips mcm mn nk tingkatkan followers google+.. anyway happy new year sis. ceria2 selalu :)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...PPP.

    cantik lah header nie .. nak satu boleh?..

    mselim3

    ReplyDelete
  7. wahh..lawa header timeline..:)

    ReplyDelete
  8. msredcheesecake: mohon update.. tak ti jadik mcm aku lol

    ReplyDelete
  9. the malay male aminnnnnnnnnnnn ^_^ tq

    ReplyDelete
  10. twinscraftlife thanks for dropping by

    ReplyDelete
  11. Tanpa Nama: Hurm akak pung x sure how i could get such big followers kat google tu... perhaps you kena buh dp yg menarik kot... sbb frankly i seldom log in to G plus :P

    ReplyDelete
  12. Mohd Selim Zainal walaikumsalam boleh silakan ;)

    ReplyDelete
  13. happy new year 2014 cik semot

    ReplyDelete
  14. Pencapaian di Tahun 2014 Musti Lebih baik dari tahun tahun sebelumya, Amin.

    ReplyDelete