Jom Start Butang ON

Aumcakk! Assalamualaikum dan Selamat tahun baru 2014 semua! Rasa-rasanya masih tak terlambat kot untuk aku ucap betul tak? Apa macam? Ok tak bila dah masuk tahun baru ni? Mestila ok kan? Apa-apapun yang baru dalam hidup ni semuanya ok, walaupun adakalanya kita rasa kekok dan masih tak biasa dengan keadaan baru tul tak? Tapi no worries itu semua akan berubah menjadi baik je. Tak caya tunggu la dua tiga minggu kan?

Let's Start The 2014 Button


So kita dah tinggalkan 2013 dengan macam-macam perasaan, sedih, gembira, suka, duka, teruja dan mungkin juga kepedihan. Apa-apapun yang berlaku pada tahun 2013 tu adalah pengajaran untuk kita, yang harus kita kutip dan sematkan kemas-kemas dalam hati. Jika tahun 2013 banyak beri kegagalan pada diri kita, tak kiralah gagal dalam pelajaran, percintaan, hidup dan sebagainya, jangan jadikan itu alasan untuk korang terus kecundang. Sebab orang-orang yang berjaya dalam hidup mereka, adalah orang-orangnya dahulunya adalah orang-orang yang pernah kecundang dalam hidup mereka. Tapi mereka bangkit dan jadikan kegagalan itu tonggak untuk mereka terus maju dan berjaya. Macam aku la. Hu hu hu... tahun 2013 adalah tahun "malap" bagi blog aku. Tak banyak entri yang aku paparkan, entah kenapa 2013 entri paling sikit yang aku pernah buat. Tapi bukan aku matikan terus, masih ada cuma jarang-jarang. Tapi, aku kuatkan semangat aku, aku tetap "ping" kan entri2 lama aku supaya ia tak berkubur macam tu saja. Dan hasilnya cuba korang tengok kat bawah ni.

Walaupun masih belum mececah jutaan, alhamdulillah aku sudah punya 205113 pageviews dgn jumlah 793 post.


Walaupun aku tidak perolehi satu sen pun keuntungan dari jumlah page "view" yang aku terima, tapi inilah kepuasan sebenar seorang blogger bila korang menerima banyak view.


Jadi, apa kata pada tahun baru ni kita kasi suntik semangat kat diri kita semua. Mana-mana yang rasa-rasa blog korang dan bersawang tu, kasi bersih, isikan dengan info2 menarik, cerita2 menarik, gambar2 menarik. Aku yakin mesti korang ada banyak yang nak dikongsikan dengan pembaca-pembaca blogkan? Terutama pembaca setia korang. So, jangan tangguh-tangguh lagi. Mulakan sekrang, kalau tak korang tak akan lakukan sampai bila-bila. Jadikan tahun 2014 ni tahun untuk korang upgrade blog masing-masing. Hu hu hu, sekarang aku ni tengah berperang dengan diri sendiri untuk merajinkan diri "blogwalking" macam dulu-dulu. So, apa perancangan aku seterusnya, itu korang  kena tunggu, insyallah, adalah plan kecil-kecilan yang aku dah ada dalam kepala. Tunggu masa yang sesuai aku akan kongsi dengan korang ok?

Oh ya.. aku nak ucap tahniah pada sesiapa yang bakal bertunang, mendirikan rumah tangga, bakal menimang anak, bakal menjadi ibu dan bapa pada tahun 2014 ni, semoga kita semua akan dilimpahi kurnia dan rahmatNYA amin...  

Muncung 2014 Ekekekek kbai ^..^


Inilah event pertama "geng blogger sengal" aku untuk tahun 2014






Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

9 comments:

  1. Assaalammualaikum...PPP,

    Insaallah moga tahun baru nie akan memberi sinar baru buat blogger moga lebih berjaya kan..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Selim... tq sbb tk putus2 berkunjung d blog ppp ni... insyallah amin

      Delete
  2. muncung tu nak kena sebat tu.. ekekekek larikkkk....

    ReplyDelete
  3. potia ekekekekek sini! mana mau larik wakakakakak

    ReplyDelete
  4. Ye Iffah aku nampak lol kbai

    ReplyDelete
  5. jujur je. aku jelez yang korang,, rapat sangat :'(

    ReplyDelete
  6. bestnyer dapat berkumpul sama blogger

    ReplyDelete
  7. waahh...rapatnyer sesama blogger..nak rapat juga boleh...hehehhe

    ReplyDelete