Jenis-Jenis Mangkuk!

Assalamualaikum, dah lama aku tak update blog, so hari ni disebabkan mata aku tak boleh nak lelap jadi aku nak share dengan korang satu entri aku yg aku kira boleh box office jugak la ni. Udahle aku menaip dalam gelap (sebab orang lain semua dah bedengkur), nak tak nak aku redah jugak la menaip dalam gelap. Ok malas citer panjang oleh kerana ni entri "siaran ulangan" maka mana2 waktu dan ayat2 yg mcm tak sesuai tu korang halalkan je la ek... krik krik krik... jom aku nak kenal kan korang dengan jenis2 mangkuk... ko hado? MANGKUK ekekekek

Selamat tengah hari... dah makan sume?? Aku.. pagi tadi makan mee goreng pun x habess der... tengok la kejap-kejap lagi kalau aku rasa lapar. Ye... bercerita pasal mangkuk ni terkenang aku masa kecik-kecik dulu, aku selalu ikut mak aku gi "parti tapauware" he he he... (macam rombongan Cik Kiah tu) datang berduyun-duyun, pas tu ada demonstrasi memasak, pas tu sambil-sambil tu tuan rumah pun keluar kan le catalogue-catalogue kat tetamu-tetamu ni untuk di pilih barang satu, dua tupperware yang nak dijual. (Yang tetamu ni, kalau tak order malu la pulak kan, sebab dah dapat makan free, tak kan ko dah belasah makanan2 tuan rumah tu dan nak blah cenggitu jer kan?? show some respect please he he he), yang pening kepala ujung bulan adalah para-para suami, yang menggaruk kepala nak membayornye... he he he (nasib ko la kan sapa suh carik binik yang suka party2 tapauware ni) ha ha ha...

Tapi sebenarnya, aku bukannya nak citer pasal tapauware ni ke hapa... aku nak bercerita, sharing dan mengkaji tentang beberapa jenis mangkuk yang harus kita ketengahkan, disebabkan  "keterpupusan" penggunaan mangkuk-mangkuk ini pada zaman sekarang. Oleh kerana ramai orang dah jarang pakai mangkuk-mangkuk, sebab sume sekarang ni pakat-pakat pakai mangkuk jenis pakai buang (macam lagu Satcy tu, keh keh keh). Mudah dan senang (katanya ~ lepas tu dok berterabur sana sini, yang penat kena kutip orang Majlis Perbandaran)... aku pun x paham peel manusia2 ni kan... 

So apa kata kita terjah sambil menimba ilmu menafaat tentang jenis-jenis mangkuk yang hampir pupus di mamah dek zaman ni... satu peninggalan tradisi yang harus dikekalkan oleh genarasi sekarang dan akan datang.

Yang ini kalau korang nak tahu penggunaanya sangat popular di era 70 dan 80 an... Lagi banyak warna dan bentuk lagi "POWER" la kedudukan makcik-makcik ni di carta RIM dan TOP 10 koleksi pemilik pinggan2 Pyrex, di taman-taman tersebut (keh keh keh) mangkuk pun boleh jadik perbandingan ek... dan aku percaya masih ramai lagi kaum-kaum ibu yang masih menyimpan koleksi MANGKUK PYREX ni...


Yang bertingkat-tingkat macam Menara berkembar KLCC ni, di kenali sebagai "MANGKUK TINGKAT", ia digelar sebgitu rupa sebab, dah fizikal dia bertingkat, jadi kena la paggil mangkuk tingkat, tak kan nak panggil "MANGKUK FLAT" pulak kan?? Ada di sesetengah daerah atau negeri di Malasysia ni, ia dikenali sebagai SIAH... eh SIAH ke?? Dah macam nama Makcik yang buat tempahan kuih karipap kat umah aku jer ni he he he... Entah, korang cari la sendiri kat google ejaan dia yg betul ya.. Malas aku nak kaji pasal mangkuk tingkat ni he he he


Ya.. yang melekung bulat ni, boleh dikatakan hampir 99.99% ada di rumah-rumah kecil korang. Tapi ini bukan untuk mangkuk makan (cehhhh! nok muntah aku bayangkan keh keh keh) ini adalah mangkuk yang digunakan untuk menggumpulkan hasil-hasil "PELABURAN" ASB ha ha ha... (lu pikir la sendiri apa dia kan)... jadi ianya di beri nama sebagai "MANGKUK TANDAS", tidak sesuai di pamerkan di dalam almari, tempatnya hanya di bilik-bilik termenung jer ye... (Eh! En Kucen, ko ni asal aku buat entri jer mesti ko pun nak enter frame kan) ha ha ha nasib ko comel kalau tak...



Hah! Yang ini adalah mangkuk yang paling jarang diketemukan walau dimana-mana sekali pun, jenis mangkuk ni aku namakan sebagai "MANGKUK AYUN" sebab senyuman dia itu sangat MENGUNDANG... dari sudut mata ku ini.. ha ha ha sebelum aku mengulas lanjut tentang SPESIS "MANGKUK" yang ini, adalah lebih baik sekiranya aku mengundurkan diri terlebih dahulu, sebelum aku AYUN "MANGKUK" ni kat luar tingkap blog PARIPARIPUTIH ne... ha ha ha... oh Zabedah gincu mu menjadi "POJAAN HATI KU" 
ha ha ha ha.... 


Sekian dulu dari saya... lol sungguh menggerunkan wajah Zabedah ni... mohon aku undur diri dulu, risau pulak tidur nanti termimpi wajah dia lol kbai

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

25 comments:

  1. Adoooooiiii....mangkuk ayun Bedah Loya sekor ni buang stim saya saja nak habiskan brekfast saya...Gelinya tekak oooooiiiii..

    ReplyDelete
  2. mangkuk ayun camne rupanye..huhu

    ReplyDelete
  3. Datin.. ini n3 ulangan ke ?

    ReplyDelete
  4. Jay ar bukan bertambah selera ke?? lol

    ReplyDelete
  5. Ewan rupa mangkuk ayun mcm gambar yg paling bawah tu krik krik krik

    ReplyDelete
  6. Datin Sri Nong ya siaran ulangan mood nak menulis blm mai lagi lol

    ReplyDelete
  7. kalulah mangkuk jamban ade kucen kan.. mau aku semput nak berak.. hahahah
    "biar itu dikenali sebagai mangkuk , tapi bukan kita mangkuk itu sendri" - cik jetol 2014-

    ReplyDelete
  8. Jetol klw aku mangkuk jamban ada kucen aku rela gi carik mangkuk lain lol... ya jgn jadi seperti si mangkok hayun dlm entri ni lol

    ReplyDelete
  9. yang last tu mangkuk yang paling best. hahahaha

    ReplyDelete
  10. Zarif lol bekenan ke?? meh aku tolong masuk minangkan nak?? huhuhu

    ReplyDelete
  11. Mangkuk ayun tu lah yang paling mahal sebenarnya, susah nak dapat..hahaha

    ReplyDelete
  12. Hanny limited edition tu lol ^..^

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum..PP,

    seram dan meremang bulu tengkok melihat gambar kat bawah sekali.

    mselim3

    ReplyDelete
  14. wsalam Selim ha ha ha jgn seram... mungkin dia tu tak wujud pun huhuhu

    ReplyDelete
  15. tu diaa... yang bawah sekali tu seramm.hahaha

    ReplyDelete
  16. lol ko nak tak buat jadi bibik mici aku bagi free jer wakakakaka ^..^

    ReplyDelete
  17. LOL. entri recycle yang sudah dibaca sebelum ni. mohon dikerah sel2 otak untuk berhubung untuk menaiktaraf entri mangkuk ni menjadi mangkuk versi 2.0 pula...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous17/3/14

      testing reply komen.... kp

      Delete
  18. @kopi pasta i wish i could... mohon bagi sikit sel2 otak dari mr kopi pasta wakakakakaka ^..^

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak, hahaha mangkuk tingkat tu legend. hihi ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... skrg ni masih ada lagi kira x berapa legend lagi le dema tu eh

      Delete
  20. haha yang last tu sempoi la kak (y)

    ReplyDelete
  21. hahahaa..lama-lama mangkuk jadi magkuk hayun..

    ReplyDelete
  22. Suka gambar last sekali..

    ReplyDelete