JELAJAH TAWAU | Episode LOBSTER

Assalamualaikum. Selamat malam korang. Amacam ada hujan tak hari ni?? Hu hu hu. Tempat aku sekajap mendung, sekejap hujan. Alhamdulillah sekurang-kurangnya sejuk jugak bumi kita kan? Oh! Dah nak masuk sebulan aku tak update blog aku ni. Maklum busy memanjang. Apa-apapun mari kita pusing rodanya sekarang Halim!!! Ekekekekek (sila muntah tak de kena mengena dengan entri aku hari ni). Bila bukak blog jer aku nampak mangkuk, bila bukak mangkuk jer aku nampak blog aku he he he. Ok sebab dah muak tengok entri pasal mangkuk tu, hari ni aku nak  kongsi dengan korang entri pasal makanan (seafood). 

Ya.. seafood, bukan siput. Seperti yang korang sedia maklum, masa raya cina tu aku dan segerombolan blogger-blogger retis dan senget aku telah berkunjung ke TAWAU SABAH, untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami, juga merupakan seorang blogger. Tapi biasala, kalau dah gi berjalan-jalan tu mana boleh takat pandang dan belek-belek je kan. Mestila kau nak beli itu, jalan sini, makan itu makan ini kannn? Jadi bila gi sana kami pun seronok bukan kepalang, pertama sebab dapat jalan-jalan, kedua dapat makan-makan hihhihi.

Untuk pengatahuan korang, Seafood di Tawau ni bukan sahaja fresh, manis, lemak isinya, yang paling penting harganya Cik Kiah (tetiba tertag Cik Kiah Blogger) harganya jauh lebih murah berbanding harga di Semenanjung. Paling best, dia punya ikan tak dan nak bergelumang dengan ais, tangkap-tangkap jer "ngaappp" terus kena cekau dengan para pelanggan, termasuk la kiterang huhuhu. Nasib kami bukan saja baik, tapi adalah pulak "tour guide" merangkap "bodyguard" kami yang sentiasa menemani kami sepanjang percutian kiterang ke Tawau tempoh hari.  Nanti aku kenalkan la siapakah jejaka kacak tu di bawah... sabar... ha ha ha ha... ok aku tahu korang kalau baca entri aku, malas nak baca tulisan aku kan??? (sentap mak ekekekeek) Eleh.. aku pun sebenarnya, malas nak taip banyak-banyak bukan korang khatam baca pung. Haaa kalau macam tu jom kita tengok gambar-gambar masa kami gi TAWAU hari tu... lai lai lai...

Ni namanya LOBSTER harga dia klw kat sini 
mau cecah RM170 sekilo

Nak siang LOBSTER ni kena ada cara 
sila tengok ya yg ni cara 1 

Ini kaedah ke dua (padahal sama je hi hi hi)

 Hah!!! Amekau!! terbelah belakang 
(keras ye cengkerang dia tu jan main2)

 Yang ni kaedah dah habis dibersihkan... 
tolongla model yg pegang bakul tu yoyo je huhuhu

Eh.. bila masa nasi ni dah masak?? Ni nasi kukus ni dap tau

Ha ha ha tak tahu aku mcm mana tiba-tiba 
dah terhidang ikan siakap tiga rasa ni kan??

Ha ni udang, bukan kecik sebarang kecik, 
manisnya sampai ke ulu jantung

Ni dulu2 nenek aku panggil cumi, atau sotong, 
manis lagi fresh!

Aummm nom nom nom! Entah bila pulak le lobster ni lompat
dlm pinggan tu?? tetiba jer dah siap ekekekeke

Kalau korang nak tahu, inilah 'Chef' kami hari tu, Makcik Su, 
yang bersusah payah masak mcm2 utk kami, mekasih makcik 

Ha todiaaa aku kasi ZOOOMMM sama ko bah KON huhuhu. Mamat sebelah aku yg duk tersenyum simpul ni la, tour guide kami sepanjang berada di TAWAU. Thanks KON jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila

Ok ok... bertenang aku tahu korang belum puas lagi membaca jelajah aku ni kan?? (huhuhu sila lompat katak). Lek la.. tunggukan entri akan datang, kalau kali ni EPISODE LOBSTER, lepas ni EPISODE apa pulak ek? Nak tahu tunggu. Alright! Sampai sini dulu jumpa lagi di entri akan datang. Tata ^_^










Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

27 comments:

  1. lobster a.k.a lotter la tu. hahaha..
    mesti ko makan tak hengat dunia. yeke?? lol

    #jauh perjalanan,luas pemandangan.. hastag utk ko ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha panjang umur ada rezeki aku nak turun Sarawak pulak Mici mohon ko jadik tour guide aku krik krik krik

      Delete
  2. wah..tanteknye blog die.. kemas2.. miss the lobster..n tawau.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinku ain... huhuhu mekaceh kat kopi pasta semua ni sentuhan dia ^_^ miss u sis eh

      Delete
  3. Sekali sekala pergi 'oversea' tu seronok juga kan...? Nanti balik ke Semenanjung pasti bawa banyak souvinir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jay Ar seronok klw kena tempat dan budget ^_^ souvenir tu org mompan mame suke krik krik krik

      Delete
  4. aiseh.. ade part 2 ke kak PPP? bikin saspen, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarif insyallah... aku pergi Tawau 6 hari bah.. mesti byk lagi cerita2 yg aku nak share. Huhuhu terlewat dua bulan aku publish... :P

      Delete
  5. Assalamualaikum kak, hoiii lobster tu.. perghhh ~~~

    ReplyDelete
  6. Anonymous19/3/14

    Walla , blog kemas.. syabassss... igt2 nak tukar baju gak.. btw cepatlah abiskan misi jelajah tawau ni.. aku rasa manyak piic woo.. ekekekekek cikjetol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Jetol kenapa jugak ko jadik anon ni weh?? lol insyallah doakan mood aku ok nak update krik krik krik

      Delete
  7. nyum2x... tak pernah lg merasa makan lobster besau tu... bila la nak ada peluang~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miko rasa dia sama dgn isi ketam manis, pejal seperti udang dan lebih byk isi dari udang biasa sebab dia lobster huhuhu.... peluang tu ada insyallah

      Delete
  8. boleh tahan gak harganya ye, igtkan area ctu harga seafood dah murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewan bukan kat TAWAU yg RM170 sekilo tu klw kat Semenanjung tpi klw kat sana less like 1/2 kot huhuhu

      Delete
  9. memang mengancam jiwa betul lobster tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann jiwa dan tekak ha ha ha ha

      Delete
  10. dapppnya lobster..mmg mahal rega nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sub bee klw kat Tawau harga dia boleh tahan la murah...

      Delete
  11. kat sini nak makan lobster sampai tahap mengidam ... mahal .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee betul klw kat sana mmg puas makan.. tpi klw nak save share la.. lol seekor lobster boleh kongsi 3 org (yg tak kuat makan le) huhuhu

      Delete
  12. wah...besarnya lobster....mesti manis kan PPP :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana sehingga minjilat jari dan pinggan dan sudu serta garfu lol

      Delete
  13. rugi x makan kepala lobster ritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. la madi x merasa ke?? akak dpt la isi dia sipi sipi lol

      Delete
  14. besarnyer lobster die..sedapnyerr...dahla hantu udang

    ReplyDelete