SANTAI | Hilang Taring

Assalamualaikum, aku doakan semua yang baca entri aku ni sihat walafiat hendaknya. Perghhh! Lama betul aku menyepikan diri dari dunia blog, disebabkan kesibukan masa (krik krik krik... pada hal penyakit MALAS). Entah kuasa apa tah yang dah merasuk kepala aku ni. Asal aku nak update entri jer... malas, asal aku malas jer itu tandanya aku nak update entri le tu. Hu hu hu hu. Tengok orang lain punya blog dah macam 7Eleven pulak, 24 jam non stop ada jer cerita yang derang update, paling-paling pun seminggu 2 - 4 entri. Dulu-dulu waktu zaman kegemilangan blog PariPariPutih (ekekekekek gemilang la sgt sila terjun lopak jap) usahkan seminggu aku update 3 - 4 entri, sehari 4 - 5 entri pun hado. Ha ha ha cayo tak cayo? Aku pun sendiri tak cayo. Tapi tu la ini semua selain dari faktor-faktor persekitaran, aku rasa ada jugak berkait dengan faktor jari dan idea aku yang sudah kehilangan "taring" you know what is taring?? Not the JAWS punya taring or the LION King punya taring... no no no... not that one. This taring i'm talking about is "ideas", "creativity". 

Oh ye ini bukan aku... ini gambar hiasan, 
kot-kot la ada yang tak tahu taring tu mcm mana rupanya 
krik krik krik


Pada mereka-mereka yang menjadi pembaca tetap blog PPP ni, korang mesti perasan bahwasanya, aku jarang mengupdate entri dari cerita-cerita yang sedang hangat dipasaran. Aku sukakan "originality" sebab cara macam tu, idea aku akan terus berkembang, dan aku tak perlu risau digam, atau disaman oleh mana-mana pihak. Itulah sebabnya aku lebih suka "cara bebas" atau "santai" bila berkarya. Dan apa yang aku tulis ni selalunya aku terus masukan ke dalam entri-entri aku, aku tidak menjadikan ia sebuah "draft" terlebih dahulu, dikhuatiri idea aku itu sama ada akan jadi basi, atau jalan ceritanya akan melencong. Jadi bila tiba musim idea aku datang mencurah-curah masa tu la baru seronok aku nak update entri-entri aku. Bak kata orang-orang muda, bila idea tengah "lebat" masa tu memang sesuai le aku menulis. 

Nampak tak muka boring? 
Aaa ni time aku bosan cenggini le muka aku 


Paling penting dalam berblogging ni jangan buat sambil lewa atau tangkap muat, semata-mata nak penuhkan entri biar nampak banyak, tapi isi kandungan 'hampeh'. Dulu aku selalu update entri-entri event yang aku selalu buat, tapi la ni semua dah berubah, jadi entri pun kena berubah mengikut trand. Lupakan yang lama, lupakan yang lalu-lalu, bukak buku baru. Jadi kira aku ni macam retis punya stail le, kalau tak de album, tak de la gossip atau cerita-cerita terbarukan. Macam alasan2 sekma sesetengah artis kite cengginla sedikit sebanyak dialogue derang "bagi saya tak perlulah cerita2, atau gosip2 kosong kalau tak ada album atau projek terbaru" krik krik krik... ha ha ha gitukan katanya... (itu contoh, bukan aku yang cakap macam tu). Sukati lu le BEDAH ada aku kesah?? Ha ha ha. Tak janji tapi insyallah, aku akan cuba kuatkan semangat, ringankan tangan, kumpulkan idea-idea untuk mengupdate blog aku ni. Aku tak nak la blog PARIPARIPUTIH ni nampak macam 'HAUNTED HOUSE' plak kat pembaca-pembaca kan?? Ekekekekek. Oklah sekian saja (ha ha ha taring dah tertanggal) nanti bila nak tulis entri baru aku asah lagi taring aku ek?? Ok chau chin chau... Assalamulaikum. 

paripariputihquotes


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

13 comments:

  1. kite pon dah takde idea nak updte ape.. ekekeke

    ReplyDelete
  2. ain tahu murung blog 2013 2014 tak tahu kenapa... bnyk event pun tpi tak de hati nak update krik3

    ReplyDelete
  3. Kalau berhenti menulis lama2 penyakit malas pun bercambah di jiwa. Sebab itu saya cuba tulis sekerap mungkin, kalau boleh hari-hari bagi mengelakkan entiti malas menguasai diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat bernas tq jr pp akn cuba insyallah

      Delete
  4. Template ni kemas..! hilang taring? sy hilang gigi susu je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq amir... kena kasi credit ke kopi pasta... hilang gg susu je takpe jgn hilang suma gg dah ekekek

      Delete
  5. Assalammualaikum...PPP,

    mselim3 pun dulu suka bertandang ke mari kerana ada isu2 terbaru.. cuma sekarang nie.. agak sepi.takper kumpul idea byk2 ... bommm satu entry kasi meletup k..
    Template menarik.. dan kemas. nice..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ya selim tu la psal. Mudah mudahan pp akn bertambah rajin lepas ni... amin

      Delete
  6. berhenti sekejap berehat makan la kit kat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bitt ha ha ha you are right... tpi ni dah lama sgt dah berholiday.... sunyi dah blog ni ^_^

      Delete
  7. Anonymous14/5/14

    I know I am a hard gainer thus i really need advice.
    Another transdermal means of raising testosterone is through the use of the testosterone ointment.
    Also the fuel consumption dropped to an average of 12.


    Also visit my web page - testoboost reviews

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak.

    Zaman kita hu-ha dgn taring masing2 tu..dah berlalu,huhu

    Sekurang2nya, kita ada kenangan tu kak.. rindu phoenix,apai, ety..dan bbrpa lagi yg memeriahkn suasana kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Lana... betul tu... zaman2 tu dah hilang bila masing2 punya tanggungjawab lebih penting yg perlu kita galas.... rindu sgt zaman2 tu kan??

      Delete