SANTAI | Kucing

Assalamualikum, harap korang semua sihat hendaknya, walaupun  udara kat luar tu macam kita berada di alam kayangan rasanya. Bilalah jerebu ni nak 'clear' sepenuhnya ni kan? Ramai yang jatuh sakit disebabkan jerebu ni. Tapi yang sebenarnya post aku hari ni, takde kena mengena pun dengan jerebu hihihi. Kali ni tulisan aku ada agak segan silu sikitla, maklum lain macam pulak rasanya bila dah lama tak menulis kat sini, walaupun blog sendiri. Mesti korang tertanya-tanya mana aku 'ghaib' kan? Ada jer tak ke mana-mana pun 'aku masih di sini' cuma ada masalah dengan 'domain' so beberapa bulan, blog aku ni 'sepi' tak berpost apa-apa, selain dari 'kisah kisah' 'basi' yang dah tamat tempoh luput dia. 

Apa-apapun aku nak cakap BIG THANKS dekat blogger Copy Pasta, yg telah mengembalikan 'blogspot' aku sekali gus, mood untuk aku berblog balik. Takpe biar tak berdot.com, asalkan aku masih boleh menulis. Thanks Miko. Ok berbalik pada topik di atas. Ha, kalau sesiapa yang friend dengan aku kat Facebook, mesti korang tengok sejak-sejak kebelakangan ni aku asik dok post gambar anak-anak kucen yg sangat comel, sangat mungil, sangat cutekan? Ye, aku sekarang dan jadi 'gembala kucing' diam tak diam anak-anak kucing tu pun dah semakin nakal, semakin comel dan kami sekeluarga semakin sayang (dah macam anak-anak sendiri plak). 

Dulu sebelum derang lahir, rumah aku tu sunyi jer, tapi sekarang ni meriah, balik-balik jer bukannya cari air ke apa, tapi aku, cik somi dan anakku lelaki, akan mencari anak-anak kucen tu dulu. Cuma sekarang ni aku dok berkira-kira sama ada nak bagi pada orang atau terus bela. Sebenarnya hati aku tak menyampai, tapi kondo aku tu tak boleh bela haiwan peliharaan (walaupun aku tahu ramai jer yg dok bela jugak). Bila tengok derang jinak and manja siyes tak sampai hati aku. Aku harap akan ada jalan penyelesian, aku nak bela, tapi tak mahu rumah aku bila masuk disambut dengan bau "bahan buangan kitkat ku" huhuhu... Harap derang akan pandai "melabur" kat tempat khas. Aku tak sampai hati nak letak derang kat luar... tak sampai hati... dan itu tak kan berlaku kot... entah... tak pasti apa yg aku akan buat... Ok, kalau korang nak tengok comel tak comel derang ni meh aku kenalkan sekor-seko ye... hu hu hu 


Yang muka nakal ala-ala anak harimau ni satu-satunya jantan, 
nakal kemain sebab muka dia mcm harimau aku namakan dia TIGER

Ha yang ni paling gebu, palin bulat badan dia aku syak ni yg sulung, 
aku namakan dia BOO yg ni betina.. (aku agak kak long kot)

Yang ni betina aku syak dia ni paling bongsu kot 
sebab paling kecik yang ni aku namakan BELLA

Ye... gambar yang ni aku curi-curi ambil, masa derang dalam 'wad bersalin' hihihi, 
itu yg mata bulat tu mak dia, bengkeng makcik ni sejak2 dlm pantang (nama dia MEMBANG). 
(sebenarnya anak kucen tu 4 ekor, tapi sekor mati)

Cer tengok aksi si BOO duk melekap kat dalam pangkuan aku... 
hihihi geram rasa nak picit2 jer

Ni la muka tak bersalah si TIGER, pantang nampak 
tilam, selimut, kain ke apa mula la dia lena, 
lena yg tak peduli orang lain ha ha ha memang cute...

Comelkan? Tulah anak-anak gembalaan aku, ok la lain kali klw ada citer baru pasal derang aku akan post lagi ok. Jumpa lagi bye bye...


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

10 comments:

  1. Replies
    1. Salam Ewan ye mmg lama gi betapa kat gua niah he he he tak la ada problem dgn domain, now back dgn blogspot ^_^

      Delete
    2. Haaa baruler berhapdet bloglist saya hehehe

      Delete
    3. empayar utama... biasala mood tenggelam timbul mcm sabut huhuhu

      Delete
  2. Ramainye anak meow...^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir Zahari itupun mati sekor lau tak 4

      Delete
  3. cantik2 pic kucing kat blog ni...ini blog penyayang jg ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Etuza tq... rasanya walaupun tak semua... tak de siapa yg x suka kucen kot krik3

      Delete
  4. Replies
    1. mama iskhandar mmg comel tpi tiga-tiga dah bagi org... sedey... :(

      Delete