HALLO DUBAI - JUMEIRAH DUBAI, RASHID HOSPITAL HARDROCK CAFE DUBAI

Assalamualaikum, jumpa lagi dalam penggembaraan HALO DUBAI paripariputih. See? I told you aku akan ceritakan lagi pengalaman aku masa bercuti kat sana. Well, hari ke dua aku kat sana, kiterang gi pantai, JUMEIRAH DUBAI. Cantik sangat laut dia biru je, seluas mata memandang la orang kata kan. Tapi aku tak berenang pun... pertama, mmg x minat nak berenang sbb nak begambo jer, ke dua nanti klw aku pakai swimming suit, ada plak pak arab-pak arab yang dok berlonggok tgk dugong ke org ni kan? (hihihihi). Ada la jugak sorang dua mat-mat salleh, yg terlentang macam 'mayat kering' kat tepi-tepi pantai tu. Tapi kiterang apa lagi, tak lepaskan peluang nak bergambar. Walaupun langit cerah, tapi sejuk korang tau tak, tu yg aku pakek baju sejuk. Bestkan... dok pantai dalam cuaca yg sejuk, berangin tapi cerah... wah gitu....



MALANG TAK BERBAU.... ha tu la, sebelom pergi DUBAI mak aku dah banyak kali pesan kat aku bebaik, kalau apa-apa jadi kat sana susah, tempat orang, mana nak cari sepital bagai. Sekali masa tengah dok 'excited' bergambor kat tepi pantai, siap lompat2 'kelepup' terjatuh macam nangka busuk, aku sudah cederakan kepala lutut kiri aku, masa tu tuhan aja yg tahu betapa sakitnya lutut aku, aku pikir lain tak de dah, ingat jadi OKU sepanjang hayat. MASIN tul mulut mak aku, lain kali aku nak suruh mak aku cakap baik2 gi sana, hati2 nanti aku jadi kaya... ha ha ha mana la tau masin mulut mak aku kan... so selepas kejadian kecederaan tu, aku memang jalan dengkot2. Sakit siot... rancangan kitarang nak merayap-rayap ke beberapa tempat, terus terbantut. Tengah hari tu aku tidur sbb demam, aku tidur je sepanjang hari. Esoknya tu tak leh jadi, aku dibawah utk dapatkan rawatan di RASHID HOSPITAL. 





Di Rashid Hospital Dubai tu, aku daftar sebagai out patient. Mujur tak kena tahan. Walaupun ramai orang tapi suasana hospital dia  relax, dan bersih. Kebanyakkan pekerja sepital ni 'pinnoy' tau tak pinnoy tu hape?? Lebih kurang macam sejenis lolipop ha ha ha tak... tak.. aku wat lawak. Pinnoy tu adalah pekerja warga Filipino. Aku syak mereka dihire sbb mereka mampo berbahasa Inggeris dgn fasih. Ha gitu. Lepas mendaftar tu dlm sejam lebih gak le menunggu, aku dibawa gi x-ray. Lepas tu bawak jumpa Doktor, bila dah cek2 semua tak de keretakkan pada tulang lutut aku, tpi tissue otot sudah bengkak yg menyebabkan 'muscle pain'. Past dah cek tu aku dihantar untuk 'bandage' lutut aku. So impian aku nak bergerak bebas di DUBAI terus terbantut, bayangkan aku cedera 2nd day kat DUBAI... lagi 8 hari tu acanor kan? Haaa... tau tak pe.... paling best aku tak dikenakan bayaran langsung masa kat sepital tu, aku cuma kena bayar duit obat 2 jenis yg berjumlah 40 Dirham. Krik3 mahal lagi rega klinik kat Msia ni.... Tapi kecederaan aku tu tak menghalang untuk kiterang terus-terus merayap dan menikmati suasana malam di DUBAI... dalam kaki aku dengkot2 guna 'tongkat sakti' aku tetap merayap huhuhuhu.... malam tu kiterang gi dinner kat HARD ROCK DUBAI... happening giler.... HARD ROCK dia besar 3 kali ganda kat MSIA punya. Siap ada stage lagi, level bawah tu utk purchase merchandise HRC. So sini lebih happening la klw dibandingkan dgn kat MSIA....







Makanan dia macam mana? Makanan dia standard la... mcm gak HRCM or Chili's western food. Kat sana kiterang makan, and ada la shopping sikit dlm 5-6 bag... wakakakakakaka.... kebetulan ada sale, so peluang la nak dapat murah kan. Aku biasa la tak kan le aku nak shoping 'mike tyson' kt dalam gambo atas tu kan? Harus le aku rembat t-shirt HRC... overall ok, seronok walaupun kaki dengkot, tapi tak sedau diri berjalan macam orang sihat... krik3 ^..^








Ok, nanti lain kali aku sambung lagi and kongsi dengan korang tempat-tempat menarik lain kat DUBAI ni. Kalau korang gi DUBAI, kena at least duduk 10 hari. Baru puas berjalan, cuci2 mata, makan2, shopping2, jimba2. Cuma jimba2 la, jangan jadi cedera macam aku dah le... tak nanti nyesal lak korang ha ha ha. Apa-apa pun alhamdulillah walaupun tak baik 100% lutut ni, and still solat guna kerusi, tpi syukur sgt2 sbb aku boleh jalan and drive macam biasa... huhuhu tetiba lak rasa nak nagis.. krik3... ok la korang next time aku share lagi ek... till then bye bye...


                                        ppp.go.holiday.dubai.jumeirah.rashidhospital.hardrockcafe


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

2 comments:

  1. nasib baik semuanya dah ok kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Little Voice alhamdulillah... tapi masih x leh solat mcm biasa kena duk atas kerusi sbb x leh bengkok or duk bersimpuh... krik3

      Delete