HALO DUBAI | Ski Dubai

Assalamualaikum and hola semua, krik krik krik jumpa lagi kita dekat www.paripariputih.blogspot.com Baiklah, seperti yang aku dah janji kat korang, aku akan sharing-sharing lagi cerita aku bercuti di DUBAI kan? Sebelum-sebelum ni aku dah ceritakan pada korang tentang BURJ KHALIFAH, JUMEIRAH DUBAI, HARD ROCK CAFE DUBAI, RASHID HOSPITAL, DUBAI MALL dan SOUK AL BAHAR. Banyak dah tu, tempat-tempat menarik DUBAI yg aku dah kongsikan dengan korang. Terbaru hari tu aku dah kongsikan gambar-gambar menarik kat MIRACLE GARDEN dubai. Hari ni aku nak ceritakan pulak pengalaman aku bermain salji di DUBAI. Salji di DUBAI?? Macam tak caya la pulak kan? Mana la hado salji kat tengah2 negara yg 99% nya diselaputi dengan padang pasir kan? Haaa... tu le... korang tak tau... aku pun selama ni ingat DUBAI tu penuh dengan padang pasir je... Sebenarnya mmg tak de salji pun, tapi derang ada Mall yang dibina di tengah2 bandar canggih di DUBAI, ko hado main salji tengah2 bandar? Ha ha ha, aku pun mula2 mcm tak caya... ok caya tak caya jom tengok ni





Ok, nak masuk SKI DUBAI ni mahal sikit. Hari tu aku gi tak silap seorang lebih kurang 250 DIRHAM. Tapi di sebab hakak aku ada ENTERTAINMENT (dia macam groupon) kalau korang beli tu, ada banyak tempat yang korang boleh guna ENTERTAINMENT tu untuk dapat discount. Masuk-masuk je kita gi kaunter tiket, and buat pembayaran. Lepas buat pembayaran kita kena gi kat kaunter baju sejuk and kasut. Paling menarik, baju sejuk dia tu ada dua jenis, satu yg macam aku pakai dalam gambar ni, satu lagi dia baju sejuk tapi labuh macam jubah... ha.. ko hado.. baju sejuk ala-ala arbaya... tpi aku pakai yang seluar ni senang nak gerak (dah la masa tu sebenarnya kaki aku masih sakit tak leh nak jalan laju) So bila dah collect baju dan kasut, korang akan diberi satu coupon utk claim sarung tangan kat kedai berdekatan (dlm ski tu juga) paling best sarung tangan tu tak yah pulangkan, memang jadi hak milik korang, kira souvenir la tu kot. Masa tu aku dah tak sabar2 lagi ni. Maklum jangok la jugak kan, mana la pernah main salji. Tapi ni tak de salji, tiruan punya pun jadilah kan. Bila sampai kat pintu gerbang tu dah terasa2 sejuk, mulut dah mula berasap2 bila bercakap. Sejuk dia 3-4 kali ganda genting kot. Ye la tak silap aku hari tu temperature situ bawah 10 Darjah Celcius... 






Disebabkan kecederaan kaki aku masih lagi tahap membimbangkan, so tersangat la limited activities aku nak berjimba-jimba dalam tu, kalau tidak dah lama dah aku guling2 dalam bola gergasi, naik pelampong pusing2, ski dan banyak lagi. Paling-paling aku jalan-jalan pusing2 ambik gambar jer kat setiap sudut yg ada, kalau ada mesin pengisar salji ada depan mata pun aku rasa nak bergambo gak ha ha ha.... last-last aku cakap kat adik ipar aku, rugi wooo dah masuk bayar mahal2 tapi tak rasa adventures sgt. So aku suggest naik buaian gantung tu (walhal aku dah la gayat). Adik ipau aku pun kata ON, siap tanya aku gi, mampo ke nak naik tinggi2? Aku cakap itu belakang kira, janji naik. Maka kami sebulat suara naik le... ha hahaha padan muka aku bila kat atas buaian tu, adik ipau aku nak snap gambo pun aku tak bagi, takut goyang, takut jatuh... ha ha ha mmg x leh bla... gayat punya pasal. Tinggi siot, klw jatuh tu mau la patah birat dua2 kaki kan.... disebabkan aku x bagi sapa2 gerak, jadi tak de la gambar yg disnap dari atas buaian gantung tu krik3






Bila turun dari buaian tu baru aku berani bersuara, hihihi... Masa aku gi tu, tempat tu derang decorate ikut tema cerita 'FROZEN' so memang kenalah kan, cantik sangat-sangat. Kira puas jugak la aku dapat bergambar, naik kebas-kebas tangan aku nak snap gambar. Mana taknya tiap kali nak snap kena buka glove, sebab phone tak leh detect kalau pakek glove. Dalam pada tu, aku tengah tercanggok2 kat dalam tu, tetiba ada seorang mamat ni berbangsa India, tegur aku. Akak ni dari Malaysia ke? Aku terkejut badak sumbu le kan, ingat orang Arab tu fasih berbahas Melayu. Rupa2nya memang dia dari Sarawak, dah duduk and kerja kat DUBAI tu lebih dari 8 tahun. Rasa bangga dan seronok la masa tu. Yelah siapa sangka ada gak rakyat Msia berbangsa India yg pandai cakap Arab. Masa tu tetiba jer macam nak kerja kat sana eh... 








So, itulah pengalaman aku main dan berjimba-jimba kat salji, kalau korang gi DUBAI, dan nak merasa main salji gi la. Berbaloi la kalau mahal pun. Semua kelengkapan ada, layanan pun ok not bad, tapi sebab duit dah perhabis kat tiket, maka aku pun tak de la bershopping kat kedai SKI DUBAI ni... itu tak penting yang penting boleh main salji... tiba-tiba terasa MACAM ANNA DAN ELSA FROZEN lak... ekekekekek (sila muntah) ok harap2 korang dah puas tengok gambar2 and dapat sikit-sikit info tentang SKI DUBAI ni... lepas ni apa pulak aku nak share kan? Tunggu.... k krik3 bye

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

5 comments:

  1. huhu, takde apa yang ku pohon,melainkan satu autografh dari si Olaf. hihi...untungla dapat bertemu pelakon popular....cool jer si Olaf ni,kann.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perubatan khalifah alhamdulillah... hihihi

      Delete
  2. uyooo. jeles p dubai

    ReplyDelete
  3. Mat Remos ada duit g aaa seronot.. krik3

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete