Zaman Berubah Begitu Juga Manusia

Assalamualaikum, lama sungguh aku tak update entry kat blog www.paripariputih.blogspot.com. Nak dekat setengah tahun jugak aku 'menyepi diri'. As you can see title entry aku "Zaman Berubah Begitu Juga Manusia". Dan aku pun dah banyak berubah, berubah pada positive ke apa, aku sendiri kurang pasti. Di sebabkan kekangan masa aku selalu tak punya waktu nak upkan entry-entry terbaru untuk korang. Selain dari sibuk mengelolakan FB aku yang semakin bertambah friend listnya... wah gitu... hi hi hi. Siyes FB aku kalau korang nak follow dah tak dibenarkan, sebab dah terlebih 'quota' dah. So pada yg masih tak sempat nak jadi friend kat FB aku tu, jgn sedih, korang masih boleh FOLLOW FB aku tu... tak de masalah yang tak boleh diselesaikan kan?

Berakhir tahun 2014 macam-macam masalah yang aku hadapi, 'sakit' jugak aku bila kenang-kenangkan, tapi alhamdulillah atas dorongan, ahli keluarga, kawan-kawan rapat, kawan2 pejabat, akhirnya aku 'bangkit semula' dari 'ketersungkuran' yang memberi impak besar dalam hidup aku. Aku tahu kalau aku 'menyerah kalah' sekarang, siapa lagi yang akan membela nasib aku? Tak ada siapa, selain aku sendiri yang kena 'bangkit' dan lawan. Aku harus kuat, aku harus bangun, aku harus lawan dan segala harus yg ada perlu aku lalui. Sudahlah macam tu, bak kata pepatah macam dah jatuh ditimpa tangga, lepas satu, satu, masalah datang menyapa. Bukan calang-calang kecik punya masalah, kalau tak betul-betul kuat, mau lunyai dibuatnya jadi macam sayur, lembik, tak bermaya.

Belom pun 'kesakitan' yg dulu pulih sepenuhnya, datang lagi satu masalah yg menggamit, aku diberitahu yg syarikat tempat aku bekerja sekarang, nak 'mengurangkan' tenaga pekerja. Dan beberapa khidmat 'managers' kena dimansuhkan atas alasan syarikat tidak lagi membuat keuntungan, dan tidak lagi mampu untuk membiyaya gaji para mangers. Dusshhhh! lagi satu tamparan maha hebat 'bertepek' sedas atas aku. Terduduk jugak la sekejap aku bila dapat surat dari Majikan aku. Terdiam, nak menagis, terduduk semua perasa ada masa tu macam rojak pasambor. Ya Allah, dugaan apa yg kau bagi pada aku ni? Aku sejujurnya tak mampu nak hadapi dugaan ni. Tapi apakan daya, semua tu Allah dah tentukan, suka atau tidak, terima atau tidak, aku pasrah, redha, usaha dan tawakal... dan sampai hari ni.... semua resume yang aku hantar pada syarikat2 yg mungkin bersesuaian dgn career dan kerja yg aku buat sekrang, tiada respon, sunyi, sepi.... krik krik krik.... itu jer yang kedengaran...

Jadi buat masa ni.... sehingga saat aku mengetuk-ngetuk keyboard lappy aku ni... aku tak tau apa yang harus aku buat, selain menunggu, menunggu dan cuba lagi.... Bak kata org2 kat FB 'SAKTINYA TU DI SINI - (Sambil tunjuk kat ujung jantung). Apalah daya aku, selain dari berdoa dan berusaha.... tak pe macam2 mana berat pun dugaan tu, hidup harus diteruskan, aku ada beberapa mulut yang harus aku suap dgn makanan, menyerah kalah semata-mata tak akan membawa aku ke mana-mana. Pusing-pusing dan penghujungnya aku jugak yang kena usaha.... bukan orang lain... ok la itu jer yang aku nak update... meh sini aku nak belanja korang gambar-gambar terbaru aku masa gi DUBAI Jan lalu.... hati susah, tapi bila tang 'selfie' aku mmg tak boleh nak give up ha ha ha... ok jumpa korang dlm next entry (insyallah)... till then take care, jgn nakal2... jadilah orang yg nakal tapi ttp disayangi ramai... mcm aku ha ha ha (sila terjun lopak) ^_^








Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

4 comments:

  1. Noona, carrier ke career? Huhu.. Takpe noona, Insya Allah. Ada rezeki tu. Maybe sekarang ni Allah bagi masa untuk noona 'berehat' kejap daripada kerja. Gi la holiday ke. Shopping. Update blog ker..*krikkrikkrik* Boleh spend time lebih ngan Mija ngan abang Matt. Nanti Mija sambung belajar takdela rindu sangat..hehe Time tu noona boleh pegi kerja balik. Noona kan pandai masak. Amik le order dari jiran2. *sedaapp jek aku bagi cadangan* Roasted chicken noona tuh. Pehh..tengok gambo jek dah rasa sedap. Haha..

    Kbai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mirul typo wakakakakakaka dua dua pung boley... masak??? abng matt??? ha ha ha krik3

      Delete
  2. semoga dipermudahkan jalan hidupnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ewan terima kasih di atas doa tu... ye sokongan dr kawan2 mmg sgt2 diperlukan tika dan saat ini... harap ewan wife and anak doing good ye :)

      Delete