Berlabuhnya tirai 2015

Assalamualaikum, semoga semua dalam sejahtera. Aamin. Lagi beberapa hari jer kita akan beranjak ke tahun baru, iaitu tahun 2016. Apakah yang telah menanti kita di birai 2016 nanti kan? Adakah perjalanan hidup kita akan lancar seperti yang kita harapkan? Atau mungkin juga lebih baik dari apa yang kita jangkakan. Tapi seperti yang ramai telah sedia maklum, tahun 2016 ni akan bertambah lagi 'bahang' kemerunduman ekonomi dunia terutama sekali Malaysia.

Sebenarnya belum pun kita meninggalkan 2015, kesan kemelesetan tu sudah terlebih dahulu menjengah kita. Besar atau kecil impak dari itu, aku agak semua dah terasa tempiasnya. Tak perlu pergi jauh, aku sendiri dah mengalami semua tu. Ye la, masa awal tahun semua tak terasa sangat, bila tiba-tiba syarikat tempat aku bekerja mengumumkan supaya pekerja-pekerja dinasihatkan untuk mula mencari pekerjaan lain, kerana syarikat terpaksa mengurangkan tenaga pekerja... jadi bertitik tolak dari situlah, aku sudah mula menconggak-conggak untuk menyelongkar semula resume-resume lama yang dah berkapok.

Mencari kerja pada usia 40 an bukan la satu kerja mudah. Dengan lambakan permohonan dari mereka-mereka lepasan garduan yang lebih diperlukan tenaga kerja mereka berbanding pemohon yang sudah berusia seperti aku, aku terpaksa bekerja keras dan menggandakan usaha supaya ada majikan-majikan yang sudi untuk membuka resume aku, dengan harapan aku akan dipanggil untuk sesi temuduga. Lama juga aku jadi 'penggangur' terhormat setelah menamatkan perkhidmatan di pejabat lama aku pada akhir Jun, 2015. Selepas beberapa minggu menganggur, akhirnya aku mendapat tawaran pekerjaan yang luar dari bidang aku, bekerja di syarikat Guaman, di sini aku hanya mampu bertahan selama beberapa minggu, kemudian aku mendapat tawaran bekerja di syarikat 'Event Management' pula, malangnya ianya juga hanya mampu bertahan selama 2 bulan. Dan selepas itu aku dilamar pula oleh sebuah syarikat yg mengendalikan Khidmat Pelanggan di talian, nasib masih tidak menyebelahi aku, aku tetap tak mampu bertahan...

Aku tanya pada diri aku, mungkinkah faktor umur membuatkan aku tidak lagi sekuat dan setabah dulu? Pelik, setiap kali aku di tempat kerja baru, pasti ada yang tak kena. Dan setiap syarikat yang aku kerja tu aku berhenti, bukan atas sebab diberhentikan, tapi aku yang meminta untuk menamatkan khidmat aku di syarikat-syarikat tersebut. Dan boleh dikatakan setiap tempat yang aku berhenti itu, sebelum aku melangkah keluar, sama ja kata-kata dan omokan-omokan mereka yang mengatakan aku tidak akan dapat peluang pekerjaan di tempat lain, memandangkan faktor usia. Dan memang aku akui, setiap kali mereka memberi kata-kata itu, aku jadi hilang semangat. Aku tahu, mungkin niat mereka murni, dan mahu aku terus kekal bekerja di syarikat mereka, serta khuatir dengan kebolehan aku yang dianggap sudah tidak relevan untuk mencari kerja dikalangan pemohon-pemohon yang jauh lebih muda dari aku. I do appreciate their concern. And i thank them for that. Tapi mereka lupa... rezeki Allah itu ada di mana-mana. Yang penting usaha, sabar, doa dan tawakal. Itulah yang sentiasa aku pegang. 

Alhamdulillah, apa pun kata-kata yang telah melemahkan semangat aku sebelum ni, aku hanya pekakkan telinga, dan terus ke depan. Dan, alhamdulillah, rezeki Allah sentiasa ada untuk mereka-mereka yang tidak pernah berputus asa. Aku akan mula bekerja minggu depan. So pada pengganggur di luar sana, yang masih tercari-cari pekerjaan, jangan jadikan 'kata-kata mereka yang hanya akan melumpukhan semangat kita' sebagai alasan untuk tidak mencari kerja di zaman kemelesetan ekonomi negara. Kita harus lawan, fikirkan bahawa tiada apapun di muka bumi Allah ini yang tidak boleh kita jadikan sebagai sumber rezeki, selagi kita tidak berputus asa, selagi itulah sudah pasti ada jalan. Ingatlah selalu pepatah orang dulu-dulu, Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan...

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

4 comments:

  1. all the best utk akak :)

    ReplyDelete
  2. Good luck kat tempat baru, noona!! Aku ni pun tengah cari keje.. Tak dapat2 lagi..huhu

    P/s: Kalau tempat noona ada kosong nak pakai orang, roger2 r aku..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amirul Nadzri thank you.... dekat tempat noona tak de post belah2 mayat orang ha ha ha... anyway Mirul looking for what post? Let me know kot2 ada vacant ;-)

      Delete