Nak Tahu Perangai Pasangan Korang? Jom Skodeng Bentuk Gigi Dia

Salam Jumaat semua, korang sihat? Harap-harap cenggitu la kan? Hari ni aku nak ajak korang skodeng gigi pasangan korang. Bukan apa... pepatah ada berkata, selain rambut, gigi juga merupakan mahkota diri, ye dok?? He he he. Jangan pandang remeh tau, perkara ni sebab apa, mula-mula sekali kalau orang yg baru kita jumpa, perkara pertama yang derang akan nampak adalah senyuman kita. Kalau awal-awal lagi senyum, pagar dah takde, tak ke potong kaki mood ko nak berkenalan kan?? Ekekekek (harap2 yang tak de gigi tu, jangan le pelangkong aku lak, aku cakap perkara yang betul) Ok la, tak nak membebel banyak-banyak. Balik nanti, atau bila-bila korang jumpa pasangan korang, suruh derang sengih nampak gigi, ye la kata nak skodeng orang jenis macam mana pasangan korang tu kan?? Hu hu hu aku punya gigi tak la cantik... tapi manis tu ada le.. wakakakakka cabut kbai :P

 Gambar Hiasan - BERIKLAU TAK GIGI KAK TON?? 
Kenalah guna gigi sendirik, nanti tak pasal-pasal lak ada yang marah 
kalau aku guna gambar gigi orang lain ekekekke


01 - Jarang dan kecil 
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah! 

02 - Bersaiz sederhana dan rata 
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan? 

03 - Besar dan jarang 
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya! 

04 - Jongang dan kecil 
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya! 

05 - Jongang dan besar 
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang! 

06 - Tidak tersusun 
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain 

07 - Seolah masuk ke dalam 
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka. 

08 - Kecil dan tersusun 
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

09 - Takde gigi.
Yang tak ada gigi ni, mesti susah nak senyum kan? Hu hu hu, tapi kalau takde gigi tak semestinya sikap kita tak elok, itu tak de gigi sebab masa kecik-kecik dulu mak suruh gosok gigi malas kan??? Ha ha ha... Ada sesiapa yang belum gosok gigi lagi? Ekekekekekek ^..^ Kbai.






Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

20 comments:

  1. kalau gigi palsu camner.. erkkk kbai

    ReplyDelete
  2. @Mawardi Yunus

    kalau gigi palsu wa teka personaliti dia pun palsu gak madi... wakakakakka kbai ^..^

    ReplyDelete
  3. ni nak kena tgk seimbas saja atau belek sume gigi pasangan kita?

    ReplyDelete
  4. @Marhamah

    Marhamah klw telek sekali imbas jer sekali imbas jugak le kita tau perangai dia lol kbai ^..^

    ReplyDelete
  5. Anonymous25/10/13

    Patut la... gigi ppp memang tersusun cantik..



    Nong andy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekek datin gg ko pun tersusun rapi pe lalalala

      Delete
    2. Ekekek datin gg ko pun tersusun rapi pe lalalala

      Delete
  6. takutnye... gigi pasanagan wawa besar and jarang.... 70% yang dikatakan diatas hampir sama huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. kna suruh dia senyum lpas nih... hehe

    ReplyDelete
  8. @wazniah hadiman

    takpe le ko nak kawen dgn dia buka sbb fizikal gg dia walaupun gg x leh nak di bentuk balik, tapi sikap boleh eh :P

    ReplyDelete
  9. @Maria Firdz

    mueh mueh mueh... puasla jugak ti dia tersengih tiap kali jumpa ko lol

    ReplyDelete
  10. kalau gigi pakai brace acane plak maknanya?ce citer..ce citer :D

    P/s : plan berjimba jemput la kau skali next time :)

    ReplyDelete
  11. kalau yang suka korek idung canner hahahahah

    ReplyDelete
  12. @afzalsukasuki

    kalau gigi brace tu aku teka ko harus punya hati besi mcm gg dia gak apzal lol

    p/s: kau yg berjimba ke? aku weh?? ekekekek

    ReplyDelete
  13. @ch000tz axoera ヅ

    klw yg suka korek idung tu maknanya dia sukakan perkara-perkara yg berkaitan dengan bijih ekekeke ^..^

    beb nice to hv u back

    ReplyDelete
  14. hahahahaha lawak lah =))

    ReplyDelete
  15. @ch000tz axoera ヅ

    ya i mmg layak jadi peserta raja lawak lol :)

    ReplyDelete
  16. kalau gigi dia dah pasang braces tu kira tak semulajadi.. ha tu camana?

    ReplyDelete
  17. itu maknanya perangai dia ala2 hati besi Tatie eh.. lol

    ReplyDelete
  18. Bersaiz sederhana dan rata .. :D

    ReplyDelete