Assalamualaikum. Selamat malam korang. Amacam ada hujan tak hari ni?? Hu hu hu. Tempat aku sekajap mendung, sekejap hujan. Alhamdulillah sekurang-kurangnya sejuk jugak bumi kita kan? Oh! Dah nak masuk sebulan aku tak update blog aku ni. Maklum busy memanjang. Apa-apapun mari kita pusing rodanya sekarang Halim!!! Ekekekekek (sila muntah tak de kena mengena dengan entri aku hari ni). Bila bukak blog jer aku nampak mangkuk, bila bukak mangkuk jer aku nampak blog aku he he he. Ok sebab dah muak tengok entri pasal mangkuk tu, hari ni aku nak kongsi dengan korang entri pasal makanan (seafood).
Ya.. seafood, bukan siput. Seperti yang korang sedia maklum, masa raya cina tu aku dan segerombolan blogger-blogger retis dan senget aku telah berkunjung ke TAWAU SABAH, untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami, juga merupakan seorang blogger. Tapi biasala, kalau dah gi berjalan-jalan tu mana boleh takat pandang dan belek-belek je kan. Mestila kau nak beli itu, jalan sini, makan itu makan ini kannn? Jadi bila gi sana kami pun seronok bukan kepalang, pertama sebab dapat jalan-jalan, kedua dapat makan-makan hihhihi.
Untuk pengatahuan korang, Seafood di Tawau ni bukan sahaja fresh, manis, lemak isinya, yang paling penting harganya Cik Kiah (tetiba tertag Cik Kiah Blogger) harganya jauh lebih murah berbanding harga di Semenanjung. Paling best, dia punya ikan tak dan nak bergelumang dengan ais, tangkap-tangkap jer "ngaappp" terus kena cekau dengan para pelanggan, termasuk la kiterang huhuhu. Nasib kami bukan saja baik, tapi adalah pulak "tour guide" merangkap "bodyguard" kami yang sentiasa menemani kami sepanjang percutian kiterang ke Tawau tempoh hari. Nanti aku kenalkan la siapakah jejaka kacak tu di bawah... sabar... ha ha ha ha... ok aku tahu korang kalau baca entri aku, malas nak baca tulisan aku kan??? (sentap mak ekekekeek) Eleh.. aku pun sebenarnya, malas nak taip banyak-banyak bukan korang khatam baca pung. Haaa kalau macam tu jom kita tengok gambar-gambar masa kami gi TAWAU hari tu... lai lai lai...
Ni namanya LOBSTER harga dia klw kat sini
mau cecah RM170 sekilo
Nak siang LOBSTER ni kena ada cara
sila tengok ya yg ni cara 1
Ini kaedah ke dua (padahal sama je hi hi hi)
Hah!!! Amekau!! terbelah belakang
(keras ye cengkerang dia tu jan main2)
Yang ni kaedah dah habis dibersihkan...
tolongla model yg pegang bakul tu yoyo je huhuhu
Eh.. bila masa nasi ni dah masak?? Ni nasi kukus ni dap tau
Ha ha ha tak tahu aku mcm mana tiba-tiba
dah terhidang ikan siakap tiga rasa ni kan??
Ha ni udang, bukan kecik sebarang kecik,
manisnya sampai ke ulu jantung
Ni dulu2 nenek aku panggil cumi, atau sotong,
manis lagi fresh!
Aummm nom nom nom! Entah bila pulak le lobster ni lompat
dlm pinggan tu?? tetiba jer dah siap ekekekeke
dlm pinggan tu?? tetiba jer dah siap ekekekeke
Kalau korang nak tahu, inilah 'Chef' kami hari tu, Makcik Su,
yang bersusah payah masak mcm2 utk kami, mekasih makcik
Ha todiaaa aku kasi ZOOOMMM sama ko bah KON huhuhu. Mamat sebelah aku yg duk tersenyum simpul ni la, tour guide kami sepanjang berada di TAWAU. Thanks KON jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila
Ok ok... bertenang aku tahu korang belum puas lagi membaca jelajah aku ni kan?? (huhuhu sila lompat katak). Lek la.. tunggukan entri akan datang, kalau kali ni EPISODE LOBSTER, lepas ni EPISODE apa pulak ek? Nak tahu tunggu. Alright! Sampai sini dulu jumpa lagi di entri akan datang. Tata ^_^
lobster a.k.a lotter la tu. hahaha..
ReplyDeletemesti ko makan tak hengat dunia. yeke?? lol
#jauh perjalanan,luas pemandangan.. hastag utk ko ehh
ha ha ha panjang umur ada rezeki aku nak turun Sarawak pulak Mici mohon ko jadik tour guide aku krik krik krik
Deletewah..tanteknye blog die.. kemas2.. miss the lobster..n tawau.. :)
ReplyDeletetinku ain... huhuhu mekaceh kat kopi pasta semua ni sentuhan dia ^_^ miss u sis eh
DeleteSekali sekala pergi 'oversea' tu seronok juga kan...? Nanti balik ke Semenanjung pasti bawa banyak souvinir :)
ReplyDeleteJay Ar seronok klw kena tempat dan budget ^_^ souvenir tu org mompan mame suke krik krik krik
Deleteaiseh.. ade part 2 ke kak PPP? bikin saspen, hehehe
ReplyDeleteZarif insyallah... aku pergi Tawau 6 hari bah.. mesti byk lagi cerita2 yg aku nak share. Huhuhu terlewat dua bulan aku publish... :P
DeleteAssalamualaikum kak, hoiii lobster tu.. perghhh ~~~
ReplyDeleteSheila mmg sodap huhuhu
DeleteWalla , blog kemas.. syabassss... igt2 nak tukar baju gak.. btw cepatlah abiskan misi jelajah tawau ni.. aku rasa manyak piic woo.. ekekekekek cikjetol
ReplyDeleteCik Jetol kenapa jugak ko jadik anon ni weh?? lol insyallah doakan mood aku ok nak update krik krik krik
Deletenyum2x... tak pernah lg merasa makan lobster besau tu... bila la nak ada peluang~
ReplyDeleteMiko rasa dia sama dgn isi ketam manis, pejal seperti udang dan lebih byk isi dari udang biasa sebab dia lobster huhuhu.... peluang tu ada insyallah
Deleteboleh tahan gak harganya ye, igtkan area ctu harga seafood dah murah.
ReplyDeleteewan bukan kat TAWAU yg RM170 sekilo tu klw kat Semenanjung tpi klw kat sana less like 1/2 kot huhuhu
Deletememang mengancam jiwa betul lobster tu :)
ReplyDeleteAnn jiwa dan tekak ha ha ha ha
Deletedapppnya lobster..mmg mahal rega nya tu
ReplyDeletesub bee klw kat Tawau harga dia boleh tahan la murah...
Deletekat sini nak makan lobster sampai tahap mengidam ... mahal .
ReplyDeleteVee betul klw kat sana mmg puas makan.. tpi klw nak save share la.. lol seekor lobster boleh kongsi 3 org (yg tak kuat makan le) huhuhu
DeleteNana sehingga minjilat jari dan pinggan dan sudu serta garfu lol
ReplyDeleterugi x makan kepala lobster ritu
ReplyDeletela madi x merasa ke?? akak dpt la isi dia sipi sipi lol
Deletebesarnyer lobster die..sedapnyerr...dahla hantu udang
ReplyDelete