Dah berbelas-belas bulan aku nak hantau entri ni, tapi asik tak jadik jer, bukan apa... nanti apa plak kata orang kan?? (PART BERBELAS-BELAS BULAN TU, AKU TIPU HARAP MAKLONG) He he he... sebenarnya baru tadi aku terpikir nak tulis ni... la la la.... aku nak tanya, korang lasak tak waktu tidur? Aku selain dari susah nak titun malam, aku juga ada masalah untuk tidur dengan penuh "displin" ha ha ha. Harap korang menahan la dengan kenyataan aku ini... Macam mana plak aku boleh tahu aku tidur lasak kan?? Ye.. pertama kalau aku bangun keesokan harinya... selimut bantal, semua berada di atas lantai ha ha ha (ini aku tak tipu, dan ada jugak pernah dua, tiga kali En.Somi complain kata aku tendang dia masa tidur ha ha ha alo lo lo, sorry la abe weh... ambo dok sengajo..) keh keh keh...
Kwang! Kwang! Kwang!
Ni Aku Teka Kes Tidur Terlupa Bawak Bantal Peluk :P
Lagi satu kebiasaan aku bila nak tidur, aku suka tutup muka aku dengan bantal. Kalau lampu terang benderang pun, aku tak boleh nak tidur. Aku sendiri tak tahun kenapa aku perlu tutup muka? Kalau aku tak tutup muka, aku rasa tak selesa, aku rasa lapang jer muka aku. Bila dah tutup muka dengan bantal (tutup semua ya harap maklong, bukan sekadar tutup bahagian mata jer), baru aku rasa tenang dan selesa untuk tidur. Kadang-kadang tu, kalau waktu-waktu keritikal aku selubung satu badan macam orang mati, boley?? Tapi itu la pelik tak pelik, memang itu tabiat tidur aku, dari kecik lagi. Korang pulak macam mana, ntah-natah ada yang lagi teruk dari aku tak?? Ha ha ha, mohon jan nak cover-cover line ye... la la la.....
Ato to to to... tomey tomey ia tidur,
tutup muka macam aku gak... ^_^
Ok, cukup le aku bercerita tentang keganjilan aku tidur, ni aku nak share dengan korang, apakah rahsia, cara korang tidur... dah dah jom kita baca...
JANIN PENUH (gaya tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.
TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.
PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.
ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.
FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)
Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.
PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.
Kan best kalau dapat tidur nenyak macam "baby" ^_^
P/S: AZAM AKU TAHUN 2013... NAK TIDUR AWAL.. HE HE HE... :P
sesungguhnya.tidur.tu.ibarat.mati.yg.sementara
@paripariputih.blogspot.com
haha.. anis ade masa lasak.. ada masa sopan??? kot.. ekekekeke
ReplyDeletehahahaa bab bantal sume atas lantai tu wat kb rasa geli ati..sebab kita sama...!! wakakakaka..
ReplyDeletemak gua ckp gua tido gaya gimnastic..kaki ke atas kepala kebawah..
ReplyDeleteAyah aku cakap aku tdur terbang HAHAHAHAHAHAHAHAHHA
Deletenana tidur banyak posisi..berubah rubah..hahaha...
ReplyDelete@zanairin
ReplyDeleteanis masalhanya aku selalu =..=
@Zatil Hulwani
ReplyDeleteyezzaaa jom satu hari kita tidur sama.. tengok ang yg turun katil ke aku?? keh keh keh >..<
@Ikmal Hanif
ReplyDeleteOh... nama ang IKMAL ye?? ha ha ha itu yg tidur gaya kaki atas kepala bawah tu kelawar LOL >..<
@♥ Nana BamBam ♥
ReplyDeletekalau cenggitu aku teka ko tidak punya pendirian tetap... eh?? ha ha ha >..<
hahaa ganas nye PPP tidur.. :D
ReplyDeleteeiqa dulu je selimut bagai terbang, dah besar tak daa.. ehhe
bolat tidoq terlentangg . sblum tidur gesek kaki dkat bantal atau teddy bear bulu lembut .
ReplyDeletesebelum tidur bantal kiri kanan . depan belakang . bantal kaki pun hadoo .
esok pagi semua kat bawah . bahahaha
@Eiqa Almond
ReplyDeleteerk masalahnya aku sampai sekrang pung =..=
kalau tidur mencangkung time tengah uuhh..uuhh cemana pulak tu mama?hahahaha
ReplyDeletenak kena pasang cctv ni , tengok aku tidur macam mana . hahahah .
ReplyDelete@CekbOlat-bOlat
ReplyDeleteko tu aku paham sgt bola mmg cam tu kan berguling2 eh?? ha ha ha >..<
@Mk Syahir
ReplyDeleteamboi kemain mk syahir =..= nak kena pukul montot ke?? ha ha ha >..<
@e_darel
ReplyDeletemohon pasang dalam limanamplo unit siap boh lam toilet sekali ha ha ha >..<
sya tidur kira tak lasak sgt...tidur setempat mmg tak pindah2..hehhee
ReplyDeletemengiring sebelah kanan.. kaki kiri letak atas bolster.. cam flamingo kot.. tapi aku selalu menghadapi situasi 'ditindih' so aku tido terlentang..huhu
ReplyDelete@Mrs Velentine
ReplyDeletealo lo lo... tengok orangnya pun dah tau.. bukan mcm aku ni =..=
@Amirul Verdasco Nadzri
ReplyDeleteerk.. mirul bukan ke kalau ko tidur terlentang la senang kena impit kan?? aku tu sbb kebanyakkan versi tidur aku mengiring sbb dulu aku pun rajin kena hantu impit :P
saya biasa tidur kat tangga.. senang nak terjaga
ReplyDeletewow bloign dh gempak.hehehehe
ReplyDeletehurmmm tido ganas tak ganas tatau...tk rakam time tido.hahahaha mana la dpt gmbr tu.lawak kot
hantu impit?
ReplyDeletesaya suka nasi impit. hihi!
Gila ganas sampai tendang somi. hak3.. Part tutp muka tu kita sama la mama. Hee. dh jd kebiasaan, bila nak tido, tutup muka ngan bantal :D
ReplyDeletewow.. tido awal pada tahun 2013.. cayalah :)
ReplyDeletekite kalo tido mesti nak berselimut tak kira siang ke malam, panas ke idok..haha..part bantal tutup muka tu kita sama hehe :P
ReplyDeleteDatin,
ReplyDeletesamalah kita ahahahaha...
aku pon spesis tido ganas. Tak boleh ada lampu memang tak boleh tido. tak boleh bising maunya aku jadi histeria hahahaha cerewet betul nak tido.
aku ada macam2 style tido jadi tak tau nak pilih yg mana satu antara di atas. melentang pun ya. jadi udang/janin pun ya.. meniarap pun ya juga.. byk gaya lah. Dan Shinta memang ikut style aku gak.. suka melintang kadang jatuh dari tilam ekekekeke..
kalau tido kan. Aku suka kongker tilam. Encik hubby sana kat ujung di tepi-tepi, haha.. selimut pun tak boleh kongsi kalau kongsi kompom aku sensorang pakai selimut ekekekeke.. pasal aku tak sedar pun aku dah tarik n pakai seliput tu sorang diri. jadi masing2 ada selimut sendiri baru tak rebut ekekekeke :p
mama, kita xtau kita tito lagu mana. tapi masa belajak dlu member selalu complaint baby tido pusing 360drjh. betul2 buat pusingan tu. entahla xtau camne blh terkalih.
ReplyDeletetp la ni dah makin dewasa dah makin pemalu idakk lagi la serupa dulu..
agak2 nanti dah ada org sebelah xde la lasak lagi kan mama?? :p
haha gila ganas jugak eh mama tidur :P aida tidur mesti kena pakai stokin kat kaki kalau tak selalu terjaga sebab tang kaki sejuk ya amat. haha.. cara tidur tu semua ada ha cemana? :P
ReplyDeleteposisi tidur plg baik mengiring kanan..
ReplyDeletetp jrg buat..
slalu tidur kena ayu sikit..anak kecil ada kat sebelah
so far korn tidur penuh disiplin.. sebab member tak pernah merungut pon... korn tak tahu la plak kan,sebab korn tidur, celik2 pasti dah jaga... tak pernah laak tengok korn tidur cemana... ahaha.. tak pernah lak terpikir nak rakam time tidur ke apa.. lagi satu, tak pernah la lagi, malam ni tidur dalam bilik, bangun esok kat dapur.. siyes x pernah...
ReplyDelete@boni kacak
ReplyDeleteitu mesti banyak duit dalam rumah tu keh keh keh >..<
@Edy Fee
ReplyDeleteorang yg kena rakam waktu tidur tu... aku rasa org yg dalam tawanan jer kot ha ha ha >..<
@blog-tips-kurus
ReplyDeleteaku teka tu sbb ko kena berdiet asik ingat makan je tau ha ha ha >.<
@Hana Jalil
ReplyDeleteaku tak sengaja :'( paham2 le lau dah tidur tak ingt dunia :P
@hnahdy
ReplyDeleteyo nape?? mohon percaye :P
@Pink Tulip
ReplyDeleteacnor nak duk overseas cenggini?? ^_^
@Nong Andy
ReplyDeleteha ha ha sian mohon dia bertabah ha h aha
@baby comel
ReplyDeleteaku rasa aku dari kecik sampai ke tua ni sama jer kot ha ha ha >..<
@Aida Omar
ReplyDeletetu le.... tak dapek den nak nolong dari bergambau sampai le ke tidur suma ala2 ganazz :p
@MaMa Rey
ReplyDeleteerm aku pun sebenarnya awal2 tidur mengiring ke kana (ikut sunah nabi)... tapi rasa tak sampai 1/2 jam erm.. lari dah posisi... =..=
@KorN
ReplyDeletehambooooooi... perli le tu kannn?? sampai ke dapur gituwww?? ha ha ha sengal KORN :P
lasak juga mama tidur ye... ^_^
ReplyDeletesy tidur bersopan....
masa belajar, kawan sy cakap katil tak bergerak-gerak pun waktu sy tidur. *tidur katil 2 tingkat.sy tidur atas*
err err gambar2 yg petama tu kurg sesuai utk tontonan bawah umur...sy bwh umur lagi!
ReplyDeleteerr, hhaaha buas rupanya ppp tido...naseb baik dpt suami yg sporting..klu tak tak pasal2 kne karate chop dr beliau..
gaya kuak lentang mcm mn pulak personalitinya?
tengs .. pari2 . jadi folower ke 400
ReplyDeleteperrhh...Dasyat gmbo ats tuh tdo..kih2 :D
ReplyDeletepnah jgk la tdo slubung satu bdn.
sue tdo make sure bantal kne ada kiri kanan.ikut time jgk la kdg2 tdo sopan, kdg tu ganas. pnah dlu mak citer,msa dljah 4 tdo buas sgt kaki smpai letak ats dada adik..kcian kt adik.hahaha
hurmmm..aku tudoq stail tenuk lapar..haahaa
ReplyDelete