Aku | Tidur Lasak....

Dah berbelas-belas bulan aku nak hantau entri ni, tapi asik tak jadik jer, bukan apa... nanti apa plak kata orang kan?? (PART BERBELAS-BELAS BULAN TU, AKU TIPU HARAP MAKLONG) He he he... sebenarnya baru tadi aku terpikir nak tulis ni... la la la.... aku nak tanya, korang lasak tak waktu tidur? Aku selain dari susah nak titun malam, aku juga ada masalah untuk tidur dengan penuh "displin" ha ha ha. Harap korang menahan la dengan kenyataan aku ini... Macam mana plak aku boleh tahu aku tidur lasak kan?? Ye.. pertama kalau aku bangun keesokan harinya... selimut bantal, semua berada di atas lantai ha ha ha (ini aku tak tipu, dan ada jugak pernah dua, tiga kali En.Somi complain kata aku tendang dia masa tidur ha ha ha alo lo lo, sorry la abe weh... ambo dok sengajo..) keh keh keh...

Kwang! Kwang! Kwang! 
Ni Aku Teka Kes Tidur Terlupa Bawak Bantal Peluk :P


Lagi satu kebiasaan aku bila nak tidur, aku suka tutup muka aku dengan bantal. Kalau lampu terang benderang pun, aku tak boleh nak tidur. Aku sendiri tak tahun kenapa aku perlu tutup muka? Kalau aku tak tutup muka, aku rasa tak selesa, aku rasa lapang jer muka aku. Bila dah tutup muka dengan bantal (tutup semua ya harap maklong, bukan sekadar tutup bahagian mata jer), baru aku rasa tenang dan selesa untuk tidur. Kadang-kadang tu, kalau waktu-waktu keritikal aku selubung satu badan macam orang mati, boley?? Tapi itu la pelik tak pelik, memang itu  tabiat tidur aku, dari kecik lagi. Korang pulak macam mana, ntah-natah ada yang lagi teruk dari aku tak?? Ha ha ha, mohon jan nak cover-cover line ye... la la la.....

Ato to to to... tomey tomey ia tidur, 
tutup muka macam aku gak... ^_^


Ok, cukup le aku bercerita tentang keganjilan aku tidur, ni aku nak share dengan korang, apakah rahsia, cara korang tidur... dah dah jom kita baca...

JANIN PENUH (gaya tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.

TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.

PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.

ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.

FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)
Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.

PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.

Kan best kalau dapat tidur nenyak macam "baby" ^_^


P/S: AZAM AKU TAHUN 2013... NAK TIDUR AWAL.. HE HE HE... :P

sesungguhnya.tidur.tu.ibarat.mati.yg.sementara
@paripariputih.blogspot.com


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

48 comments:

  1. haha.. anis ade masa lasak.. ada masa sopan??? kot.. ekekekeke

    ReplyDelete
  2. hahahaa bab bantal sume atas lantai tu wat kb rasa geli ati..sebab kita sama...!! wakakakaka..

    ReplyDelete
  3. mak gua ckp gua tido gaya gimnastic..kaki ke atas kepala kebawah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah aku cakap aku tdur terbang HAHAHAHAHAHAHAHAHHA

      Delete
  4. nana tidur banyak posisi..berubah rubah..hahaha...

    ReplyDelete
  5. @zanairin

    anis masalhanya aku selalu =..=

    ReplyDelete
  6. @Zatil Hulwani

    yezzaaa jom satu hari kita tidur sama.. tengok ang yg turun katil ke aku?? keh keh keh >..<

    ReplyDelete
  7. @Ikmal Hanif

    Oh... nama ang IKMAL ye?? ha ha ha itu yg tidur gaya kaki atas kepala bawah tu kelawar LOL >..<

    ReplyDelete
  8. @♥ Nana BamBam ♥

    kalau cenggitu aku teka ko tidak punya pendirian tetap... eh?? ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  9. hahaa ganas nye PPP tidur.. :D
    eiqa dulu je selimut bagai terbang, dah besar tak daa.. ehhe

    ReplyDelete
  10. bolat tidoq terlentangg . sblum tidur gesek kaki dkat bantal atau teddy bear bulu lembut .
    sebelum tidur bantal kiri kanan . depan belakang . bantal kaki pun hadoo .

    esok pagi semua kat bawah . bahahaha

    ReplyDelete
  11. @Eiqa Almond

    erk masalahnya aku sampai sekrang pung =..=

    ReplyDelete
  12. kalau tidur mencangkung time tengah uuhh..uuhh cemana pulak tu mama?hahahaha

    ReplyDelete
  13. nak kena pasang cctv ni , tengok aku tidur macam mana . hahahah .

    ReplyDelete
  14. @CekbOlat-bOlat

    ko tu aku paham sgt bola mmg cam tu kan berguling2 eh?? ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  15. @Mk Syahir

    amboi kemain mk syahir =..= nak kena pukul montot ke?? ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  16. @e_darel

    mohon pasang dalam limanamplo unit siap boh lam toilet sekali ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  17. sya tidur kira tak lasak sgt...tidur setempat mmg tak pindah2..hehhee

    ReplyDelete
  18. mengiring sebelah kanan.. kaki kiri letak atas bolster.. cam flamingo kot.. tapi aku selalu menghadapi situasi 'ditindih' so aku tido terlentang..huhu

    ReplyDelete
  19. @Mrs Velentine

    alo lo lo... tengok orangnya pun dah tau.. bukan mcm aku ni =..=

    ReplyDelete
  20. @Amirul Verdasco Nadzri

    erk.. mirul bukan ke kalau ko tidur terlentang la senang kena impit kan?? aku tu sbb kebanyakkan versi tidur aku mengiring sbb dulu aku pun rajin kena hantu impit :P

    ReplyDelete
  21. saya biasa tidur kat tangga.. senang nak terjaga

    ReplyDelete
  22. wow bloign dh gempak.hehehehe
    hurmmm tido ganas tak ganas tatau...tk rakam time tido.hahahaha mana la dpt gmbr tu.lawak kot

    ReplyDelete
  23. hantu impit?

    saya suka nasi impit. hihi!

    ReplyDelete
  24. Gila ganas sampai tendang somi. hak3.. Part tutp muka tu kita sama la mama. Hee. dh jd kebiasaan, bila nak tido, tutup muka ngan bantal :D

    ReplyDelete
  25. wow.. tido awal pada tahun 2013.. cayalah :)

    ReplyDelete
  26. kite kalo tido mesti nak berselimut tak kira siang ke malam, panas ke idok..haha..part bantal tutup muka tu kita sama hehe :P

    ReplyDelete
  27. Datin,

    samalah kita ahahahaha...
    aku pon spesis tido ganas. Tak boleh ada lampu memang tak boleh tido. tak boleh bising maunya aku jadi histeria hahahaha cerewet betul nak tido.

    aku ada macam2 style tido jadi tak tau nak pilih yg mana satu antara di atas. melentang pun ya. jadi udang/janin pun ya.. meniarap pun ya juga.. byk gaya lah. Dan Shinta memang ikut style aku gak.. suka melintang kadang jatuh dari tilam ekekekeke..

    kalau tido kan. Aku suka kongker tilam. Encik hubby sana kat ujung di tepi-tepi, haha.. selimut pun tak boleh kongsi kalau kongsi kompom aku sensorang pakai selimut ekekekeke.. pasal aku tak sedar pun aku dah tarik n pakai seliput tu sorang diri. jadi masing2 ada selimut sendiri baru tak rebut ekekekeke :p

    ReplyDelete
  28. mama, kita xtau kita tito lagu mana. tapi masa belajak dlu member selalu complaint baby tido pusing 360drjh. betul2 buat pusingan tu. entahla xtau camne blh terkalih.
    tp la ni dah makin dewasa dah makin pemalu idakk lagi la serupa dulu..
    agak2 nanti dah ada org sebelah xde la lasak lagi kan mama?? :p

    ReplyDelete
  29. haha gila ganas jugak eh mama tidur :P aida tidur mesti kena pakai stokin kat kaki kalau tak selalu terjaga sebab tang kaki sejuk ya amat. haha.. cara tidur tu semua ada ha cemana? :P

    ReplyDelete
  30. posisi tidur plg baik mengiring kanan..
    tp jrg buat..
    slalu tidur kena ayu sikit..anak kecil ada kat sebelah

    ReplyDelete
  31. so far korn tidur penuh disiplin.. sebab member tak pernah merungut pon... korn tak tahu la plak kan,sebab korn tidur, celik2 pasti dah jaga... tak pernah laak tengok korn tidur cemana... ahaha.. tak pernah lak terpikir nak rakam time tidur ke apa.. lagi satu, tak pernah la lagi, malam ni tidur dalam bilik, bangun esok kat dapur.. siyes x pernah...

    ReplyDelete
  32. @boni kacak

    itu mesti banyak duit dalam rumah tu keh keh keh >..<

    ReplyDelete
  33. @Edy Fee


    orang yg kena rakam waktu tidur tu... aku rasa org yg dalam tawanan jer kot ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  34. @blog-tips-kurus

    aku teka tu sbb ko kena berdiet asik ingat makan je tau ha ha ha >.<

    ReplyDelete
  35. @Hana Jalil

    aku tak sengaja :'( paham2 le lau dah tidur tak ingt dunia :P

    ReplyDelete
  36. @hnahdy

    yo nape?? mohon percaye :P

    ReplyDelete
  37. @Pink Tulip

    acnor nak duk overseas cenggini?? ^_^

    ReplyDelete
  38. @Nong Andy

    ha ha ha sian mohon dia bertabah ha h aha

    ReplyDelete
  39. @baby comel

    aku rasa aku dari kecik sampai ke tua ni sama jer kot ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  40. @Aida Omar

    tu le.... tak dapek den nak nolong dari bergambau sampai le ke tidur suma ala2 ganazz :p

    ReplyDelete
  41. @MaMa Rey

    erm aku pun sebenarnya awal2 tidur mengiring ke kana (ikut sunah nabi)... tapi rasa tak sampai 1/2 jam erm.. lari dah posisi... =..=

    ReplyDelete
  42. @KorN


    hambooooooi... perli le tu kannn?? sampai ke dapur gituwww?? ha ha ha sengal KORN :P

    ReplyDelete
  43. lasak juga mama tidur ye... ^_^
    sy tidur bersopan....
    masa belajar, kawan sy cakap katil tak bergerak-gerak pun waktu sy tidur. *tidur katil 2 tingkat.sy tidur atas*

    ReplyDelete
  44. err err gambar2 yg petama tu kurg sesuai utk tontonan bawah umur...sy bwh umur lagi!

    err, hhaaha buas rupanya ppp tido...naseb baik dpt suami yg sporting..klu tak tak pasal2 kne karate chop dr beliau..

    gaya kuak lentang mcm mn pulak personalitinya?

    ReplyDelete
  45. Anonymous16/11/12

    tengs .. pari2 . jadi folower ke 400

    ReplyDelete
  46. perrhh...Dasyat gmbo ats tuh tdo..kih2 :D
    pnah jgk la tdo slubung satu bdn.
    sue tdo make sure bantal kne ada kiri kanan.ikut time jgk la kdg2 tdo sopan, kdg tu ganas. pnah dlu mak citer,msa dljah 4 tdo buas sgt kaki smpai letak ats dada adik..kcian kt adik.hahaha

    ReplyDelete
  47. hurmmm..aku tudoq stail tenuk lapar..haahaa

    ReplyDelete