RESEPI | Nasi Ayam Cinta Hati Si Pari Pari

Assalamualaikum ^_^  Sorry aku lambat buat entri lagi. Macam biasalah sebab dah mula menyarung jersi "SUPERMOM" suka tak suka kena la aku menabah dengan kerja 4 in one aku ni. Kenapa lak aku cakap 4inOne? Haruslah dah tu aku ni kan 'MULTITASK". Tugasan sebagai seorang PEKERJA sosial, ISTERI, IBU dan BLOGGER. Perghhhhh! Tak lama lagi ni akan naik lagi pangkat aku ni weh... Nak nages pun hado rasanya... Udah asal lak aku nak nages kan?? Haaaaaa! Itu le... itu le aku nak kabo ni... 

Aku baru dapat assignment baru dari BOSS aku. Nak tahu apa dia? Ye.. aku kena buat sebuah laman WEB. Cooking Website :P. Boss aku nak aku handle projek ni, dah le memang tak de kena mengena dengan apa yang aku buat sekarang... so nak tak nak, aku sahut cabaran dari dia erk! SABAU JE LA.. Dia nak aku buat web tu, based on my own cooking ekeekek... hampir muntah pelangi ku mendengarnya.. ha ha ha... tapi sebagai IRON MAN.. LADY aku tak mudah mengalah.. aku akan jadikan itu sebagai batu loncatan untuk aku kembangkan lagi bakat aku. Who knows one day I'll be Malaysia Most Popular Chef eh.. ha ha ha (berangan tu tak salah weh... aku memang kuat berangan harap maklong - mohon terjun tingkap kalau ko tak dapat terima pengakuan ikhlas aku ni ha ha ha)

So... for a start. Aku nak practice le sikit-sikit kan... ni harap korang dapat la sedikit ilmu dari resepi NASI AYAM CINTA HATI SI PARI PARI ni.. mohon jangan sekadar baca je weh.. masak, bukan susah pun, aku siap bagi step and complete ingredients... so gi le amek kertas dan pen untuk korang salin. Dah sedia? Jom kita tengok camner nak bikin NASI AYAM ni...

Bersihkan ayam 
Rebus ayam 
Toskan ayam yang dah direbus
Perap ayam
Tambahkan rempah ratus pada ayam
Bakar ayam dalam ketuhar dgn suhu 200°C
Bahan tumis dan rempah ratus untuk nasi
Tumis dengan minyak sapi 
Masukan bahan tumis dalam beras yang tlh dicuci
Campurkan air rebusan ayam ke dalam nasi
Nasi ayam yang telah dimasak
Hidangkan dengan hirisan timun, tomato, dan daun kethumbar

BAHAN AYAM:
Ayam peha (ikut banyak mana suka)
Sos tiram (ikut banyak mana suka)
Serbuk lada hitam (4 sudu teh)
Maggie seasoning (4 sudu teh)
Honey (4-5 suduh besar)
Hirisan Halia (5-6 keping)
Bawang putih (tumbuk 4 biji)
Kiub ayam Knorr (3-4 kiub)
Sup bunjut (2 paket)

Cara:
Bersihkan peha ayam dengan garam, basuh tos. Rebus ayam dalam periuk masukan air, masukan halia, sup bunjut, bawang putih yg diketuk, tos ayam yang dah masak. Asingkan dalam dulang. Perap dengan sos tiram, maggie seasoning, honey. Taburkan lada hitam, garam, rosemary (kalau ada ni option je). Panaskan kethuar dengan suhu  200°C. Bakar dalam 25 minit - 30 minit. Angkat dah potong. Hidang dalam pinggan.

BAHAN NASI:
Beras (ikut suka la)
Bawang merah (6-8 biji hiris halus)
Bunga cengkih (4-5)
Kayu manis (2 batang sedang)
Buah pelaga (4-6 biji)
Daun pandan (2 helai ikat)
Garam (secukup rasa)
Minyak sapi (4 sudu besar)
Halia (mayang ikut suka)
Bawang besar kuning (mayang) 

Cara:
Bersihkan beras. Tumis bahan-bahan. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumis bawang, halia, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bawang besar. Masukan bahan tumis ke dalam periuk nasi, dan campurkan dengan air rebusan sup ayam. Masukan sedikit garam, dan daun pandan. Masak nasik. Hidang. 

SELAMAT MENCUBA OK ^_^ AGAGAGA HE HE HE

RESEPI | NASI AYAM CINTA HARI SI PARI PARI
@




Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

31 comments:

  1. dah jadi blog resepi Pulak... Huhu

    ReplyDelete
  2. Cayalah mama, multitask.. hebat! baby nk ikut jugak jejak langkah mama PPP ni nanti..
    esok2 baby try eh nasi ayam ni=)
    Lapar

    ReplyDelete
  3. cayalah bagus2 ade hikmahnye sume ketenangan jiwa kau terganggu kebelakangan ni

    aku sapport ko dr tepi, dr belakang kang ko jatuh aku penyek

    p resepi mne ley ikut suke ati. buatlah sukatan betul utk porsi orng y nk makan

    sengal =P

    ReplyDelete
  4. nnt bg kitorg rasa ppp...ahahahaha... nmpk sedap

    ReplyDelete
  5. hai kak ppp. kita jumpa blog aka! :)

    kita tlg tgk akak buat jela eh. rumah ni takde ketuhar. so, blh jadi alasan xnak masak? hihi.

    ReplyDelete
  6. @the malay male

    Dell once in a blue moon jer ni ^_^

    ReplyDelete
  7. @baby comel

    Dah jadi buat entri tau agagaga nak tengok gak org buat resepi ni ^_^

    ReplyDelete
  8. @Iffah Afeefah

    Iffa bukan tak nak buat sukatan betul.. sebab aku kalau masak semua bahan aku lebihkan so aku takut yg nak buat tu takat sorang makan acnor ha ha ha ^_^

    ReplyDelete
  9. @Syakir Rahman

    boleh saja kalau ko bah ha ha ha ^_^

    ReplyDelete
  10. Lada hitam nak masuk sebiji2 ke nak tumbuk dulu? ni pun kena bagi tau. Kang ada yg tk pndai masak main masuk je sebijik sebijik. Hoho. nanty boleh lah tukar2 resepi dgn MAT GEBU. :D

    ReplyDelete
  11. @Hana Jalil

    opkos kena tumbuk... lau tidak mentabah le klw tergigit seketui-seketui ha ha ha apakah...

    ReplyDelete
  12. wah.. hehehe teringin nak merasa tapi jauh, nanti nak kena cuba sendiri ni :D

    ReplyDelete
  13. Datin PPP

    masalah betul.. haku tak nampak langsung gambar masakan ko..

    hampeh...

    nanti aku datang lagi.. k. myb leh gak try Nasi ayam Cinta tu :)

    ReplyDelete
  14. @ahsfantasy Ryu

    sila sila mohon cuba buat tak susah mana pun ^_^

    ReplyDelete
  15. @Nong Andy

    Datin Nong aku harap ko bertabah.. gambar tu aku buat pun size kecik bah sbb byk and takut ada yg x leh bukak, rupa2nya mmg betul pun :P

    ReplyDelete
  16. Nampak menyelerakan..sedap ni

    ReplyDelete
  17. perghhh, buat website seyhh. good luck :)

    nyum nyum sedap, bila lah gua dpt rasa air tangan mama PPP :P

    gua penah makan nasi ayam banglong afzal sukasuki, haaa yg itu mmg sedap, umphh umphhh rasa dia

    ReplyDelete
  18. @zafira othman

    ha ha ha lu mai turun KL le weh... agagaga ^_^

    ReplyDelete
  19. uiii menyelerakan~

    ReplyDelete
  20. alaa teringin nk mkn nasi ayam pulakzz..
    hikhik.
    lapo :D

    ReplyDelete
  21. @Michelle Hopell

    mici masak... ko kan pandai masak dah ha ha ah ^_^

    ReplyDelete
  22. Bagi yg tak suka mkn paha ayam (sebab dia cuma suka paha manusia), bole ke paha ayam tu diganti dgn bhg lain ayam spt dada atau sayap ayam??

    ReplyDelete
  23. nmpak sedap laahh...
    teringin,,,huhu

    ReplyDelete
  24. kak pp ajar aq masak.... plizzzz

    ReplyDelete
  25. @Jay Ar

    ha ha ha kemain tak leh bla tu yg dlm kurungan tu... boleh jer.. ppp pilih peha sbb senang nak potong ^_^

    ReplyDelete
  26. @Jay Ar

    ha ha ha kemain tak leh bla tu yg dlm kurungan tu... boleh jer.. ppp pilih peha sbb senang nak potong ^_^

    ReplyDelete
  27. @Lina Hamiedah

    ko nak kawen suk aku ajau ha ha ha

    ReplyDelete